Wednesday, December 29, 2010

Almost End of the year!

huhu. sekarang ni dah nak dekat hujung tahun. kita bakal meninggalkan tahun 2010 yang telah pun mencatatkan pelbagai kenangan. mahupun pahit ataupun kenangan manis. sejarah tetap tertulis. wahhh! sekarang nie dah kena set azam baru. walaubagaimanapun azam 2010 alhamdulillah tercapai. walau ada yang tersasar sikit dari target. yang penting usaha tu ada. jadi... apa tunggu lagi. korang semua dah set azam baru tak?

hehe. azam baru tasha kali ni dengan rambut baru. haha. rambut yang telah disimpan sekian lamanya, telah selamat digunting oleh Wendy saloon. nasib baik la lawa. kalau tak, naya aje makk.. ;)


ni la style terbaru tasha. short and light. :)

Sempena nak akhir tahun ni, banyak pulak MEGA sales. Apa lagi korang? hehe. Okay la, beransur dulu ya. 


Lots of love,
Natasha Najwa. :)

Sunday, December 26, 2010

Are you inspired? - YouthSays Campaign - YouthSays.com

Are you inspired? - YouthSays Campaign - YouthSays.com

Sunday, November 28, 2010

Lihat Ini!

cube korang tgok ni.
http://malaysia.youthsays.com/tashanajwa/frontera

Tuesday, November 23, 2010

Cerita Ini Cerita Aku!

Hello sayangku, lama tidak bertemu.
Kini aku pulang dengan hati yang gumbira. Ni yang nak story kat korang semua ni. Tertulislah sejarah dimana aku dan rakan-rakan Puncak ku berhijrah ke Pulau Pangkor setelah selesainya paper terakhir kami CTS121 ( film & television ). Huhu. Malam tu lepas isyak kitorang gerak dari puncak ke KL Sentral naik bus. Azab nye, tuhan je tau, tapi gembira berbunga-bunga hati nie, wah! tak dapat digambarkan. Kitorang pergi tu 15 orang semuanya. Sangat la syokk! Kitorang sampai je KL Sentral semua duduk lepak kat McDonald. Memandangkan ada yang kebuluran, hehe. Duduk la lepak sampai pukul 5 pagi. Sementara tu pulak, papa and mama sume datang. Lepas je mama and papa balik, Hafidz puselama 2jam, dan tiba lah kami semua di Jety Lumut! huhu. Naik feri pukul 11.15 and sampai pulau pangkorlak mai teman. Dah tu, teman ain pulak jumpa Zhafran. Pastu ada abg polis tu sibuk je kacau kitorang. Mentang-mentang lah dia pakai baju polis, kan. So sambung balik cerita, pukul 5 kitorang naik ktm, menuju ke ipoh. Seronok yang amat. Yela first time tuhh! Sampai je kat Ipoh pukul 8.45. Time tu dengan perutnye lapa, haih. Jalan-jalan cari bus nak pegy ke jety Lumut. Naik bus Roadway . ;)

Ni gamba kat dalam feri nak g P.Pangkor
Ni pun sama gamba nak pegy P.Pangkor

Nanti bersambung okayyy! ;)


Wednesday, September 22, 2010

Kata ku : kau gila!

Baru je berapa hari duk balik kat puncak ni. tak kan la nak buat hal weyh! Tak tau malu betul lah kau ni. Kan? Nak kata BODOH, pandai kut. Nak kata SELEKEH, kemas kut. Tapi aku pun tak faham kenapa kau buat perangai macam tu. Hish, buat susah hidup orang kau tau! Nama dia MR A, pandai-pandai la korang cari sendiri. Tak nak la aku cakap kau nie macam-macam, sebab muka kau BAIK sangat! Hahaha. Nasib kau la kena belasah kan. Agaknya selagi orang tak buat macam tu mesti tak kan jumpa barang aku, and kau mesti terus kan kerja terkutuk kau tu. Mesti lepas nie banyak lagi mangsa kau, kan?!

p/s : berwaspadalah kamu dengan orang yang sedemikian. Sesungguhnya tangannya sangatt panjang! haha. :)

Wednesday, September 15, 2010

Pada hari itu!

Saya suka sangat! Saya suka sangat sebab! Saya suka sangat sebab hari! Saya suka sangat sebab hari itu! Saya suka sangat sebab hari itu hari! Saya suka sangat sebab hari itu hari jadi! Saya suka sangat sebab hari itu hari jadi saya! Haih,, Penat tak? Sangat kan. 11september2010 jatuh pada hari sabtu dan ianya bersamaan dengan 2 syawal. ;)



Sekian,
Terima Kasih. ;)

Sunday, September 5, 2010

Rumah kesayangan hamba (;

"Katakan lah hanya aku dihatimu."
kata ku : ya sayang, hanya kau yang dihatiku.

Good Morning Malaysia. ;) Selamat pulang ke rumah Natasha. Sukanya hati, riang ria cornflakes. haha. Begitulah nampaknya Cik Tasha. Gembira tetap gembira, tapi assignment tetap jalan. Aduh! "Hancur hatiku, mengenang dikau." tak tau ke assignment ni nak kasi kita pandai? 'ye ke sayang?' bak kata maksu "assignment tak kan pernah habis, lepas satu, satu datang" betul tu. memang tak nak berhenti. Macam kereta api express. Tapi kereta api pun tau stop kejap tau. Kepenatan minda ku. Tolonglah, tolong sangat siapkan Natasha. Awak nak raya dengan tenang kan? So please makesure okay. Bila lah nak abis Sem ni. Kepulanganku bukannya dengan tangan kosong, tetapi membawa assignment yang bertimbun. hahaha. Bagus sangat lah tu kann.. Okay lah, udah duluan dong, bentar lagi sambungi lagi ya.

Saturday, August 21, 2010

Sangkaanku bukan begitu!

kenapa? mengapa? bagaimana?
tanda soal yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga
ianya menjadi satu persoalan yang tidak sesekali terlindas dihati.
kenapa persoalan itu tiba-tiba terjerumus ke dalam otakku?
mengapa pula timbul persoalan yang sedemikian?
bagaimana pula boleh terjadinya perkara begitu?
apakah itu suatu pertanyaan yang merumitkan?

jawapanku bagi hati ini yang tertanya.

mungkin kerana aku cemburu akan dirinya.
mungkin juga kerana aku merindukan dirinya.
mungkin kerana aku banyak dosa terhadap dirinya.
mungkin sekali aku iri hati terhadap dirinya.
mungkin juga aku terasa dengan kata-katanya.
mungkin juga aku tergolong dalam kalangan orang yang bongkak.
mungkin kerana aku mula sedari akan hati budinya.
mungkin juga aku tersilap langkah pada mulanya.

walaupun begitu banyak kemungkinan yang berlaku dalam hidupku
tidak ada lagi cara yang mampu mengembalikannya.
namun aku pasrah dan merelakannya pergi.
ku susun sepuluh jari, ku mohon ampun.
walaupun kita tidak bersua muka lagi.
namun aku tidak pernah akan melupakannya.

titik.

menjadi tanda tanya bukan?
bukan sesuatu yang pelik, tetapi..
inilah yang terbuku dihati secara tiba-tiba.
diluahkan mengikut kata isi hatiku.
aku harap dia akan membaca dan menerimanya. :)

tashanajwa (:

Wednesday, July 28, 2010

Hey! Hey! Hey!

di kala bulan mengambang malam tadi, tiba- tiba tercetuslah idea untuk aku menulis skrip, haiyooo!!! bila mau abiss laa.

Monday, July 26, 2010

UiTM Puncak Perdana.

Di sinilah bermulanya segala pengalaman. Tidak pernah sekali pun terlintas difikiran untuk meneruskan pengajian ke hingga ke tahap ini. Namun aku masih kaku dan baru mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupanku. Alangkah bagus jika semua ini berjalan dengan lancar namun sayangnya,, mana kah ada kehidupan yang tidak diduga dengan masalah. itu adalah lumrah kehidupan. Dimana pun kaki ku jejak dimuka bumi ini tidak akan pernah ku lupa asal dan usulku. Ibu bapa yang banyak mengorbankan simpanan mereka untuk memastikan aku terus kekal belajar disini, aku sebagai anak harus menjalankan kewajipanku 'Belajar'. Balajarlah selagi mampu. pujuk lah hati ini agar terus mengekalkan kedudukan ku begini.

:) tashanajwa (:

Monday, June 14, 2010

cuti-cuti si anak ikan.

Makan Time!

This one time kat zoo negara. Dapat la pergi tengok animal show pukul 11 tu. Before tu, that morning hujan pulak. Yela, mane tak nye. tasha bangun pagi weyh! haha. Macam tak percaya pun ada. Almaklum la. hehe.


Dan seterusnya, pergi karaoke pulak kat wangsa walk. Yeay! Abes hilang suara den. Haih. Macam2 jenis lagu i nyanyi you. Lagu rock, slow motion, balada, rap, yang paling best DANGDUT laa. haha. Memang best lepak ramai2 time cuti nie dengan family. Dan ianya belum lagi berakhir.


Ini pula activiti dekat desa water park. Asalnya kiteorg nak pergi A'famosa, tapi xjadi pulak. Then ke sini la jawapnya. At least dapat mandi manda. Yaw! berendam macam badak je keje en. Haha. Anda rasa ini sudah tamat?



Cameron la, hehe. Dan seterusnya kiteorg pergi cameron. Dah alang2 nak balik kg tu, singgah la kejap kat cameron. Jangan jelous weyh. :) Singgah minum teh strawberry nak hilangkan penat naik bukit tu kan. Tapi nasib tak la baik sangat. Turun dari cameron tu tasha demam. Sampai la hari ni. Dapat flu, batuk, plus demam and sakit kepale. Ambik kau 1 set dapat. haha.

Thursday, June 3, 2010

2nd June 2010. :)

Yeay!
GoodBye work. Hello FreeDoom. Gonna Miss Those Moment.
Yaw, i'm gone with tears. But the tears also gone with joy.
ILoveYouKorang!!



Monday, May 31, 2010

ini itu sana sini!

Kecoh suda! haha. Tasha suda jadi pengganggur terhormat. mekacih. Plus, story terbaru. 3 bulan sudah pun berlalu. :) ANDDD, rambut pendek suda. Yeay! At last. Sukaaa,, walaupun abun mara. haha. bak kate die, 'gatal xsaba' haha. Abun, xmau mara2, nanti cepat tua. Pakwan cakap da macam Kuda padi dah ekor rambut. eleh, pawan jelous. kite ade, pakwan xde. :D

Monday, April 26, 2010

Itu ini!

Detik-detik yang pernah aku lalui sungguh berwarna-warni. Pelbagai ragam dan gelgat yang aku tempuhi. Namun apabila mengingatinya kembali, aku sering tergelak sendirian tanpa aku sedari. Masa berlalu begitu pantas, semuanya telah jauh tinggal ke belakang. Tidak ku sangka sekelip mata sahaja masa telah meninggalkan kesan. Aku merindui zaman kanak-kanak ribena ku. Mengingati zaman kenakalan, keceriaan, membuatku rasa ingin mengulanginya. Tapi sayng seribu kali sayang, masa telah berlalu, yang tinggal hanyalah kenangan. Gelak tawa bersama kawan-kawan, cerita suka dan duka yang dikongsi bersama, membuatkan ia rasa sungguh istimewa.

Tuesday, April 20, 2010

Bulat kecil, bulat besar.

Bulat kecil ke bulat besar? sama sahaja. Bulat macam roda. Bulat macam syiling. Bulat macam polo. Hehe. Bulat macam bulan. Seronok kadang-kadang boleh bertukar menjadi sedih. Sedih juga boleh bertukar menjadi satu ikhtibar. Faham tak agak-agak? Semuanya macam bentuk bulat sentiasa ditepi kiri kanan depan belakang. Jadi bersedia menghadapi segalanya. :)


tashanajwa.

Thursday, April 15, 2010

Lagu itu!

That song, yes. lagu itu yang sering kali bermain di corong radio, dan kini sering kali melekat dalam ingatan. Mahukah anda tahu? jeng3

Wednesday, April 7, 2010

Gelombang itu muncul.

Tuhan tolong nyatakan lah,
padanya tentang cinta,
adakah masih diri ku diperlukan.


Segalanya menjadi lebih rumit. Rumit dengan perasaan yang bercelaru. Apakah yang sebenar dan setulusnya hati ini mahukan? Persoalan yang pelbagai menjadi tanda tanya. Mengapa aku? Rumitnya keadaan ku kini. Dibelenggu dengan segala madah yang diungkapkan. Bukan aku tidak memberi peluang, namun hati ini sememangnya tidak boleh dipaksa. Aku diulit mimpi yang tak pernah hilang. Setiap masa memikirkan keadaan yang harus ku hadapi. Alangkah bagusnya jikalau segalanya mimpi. Namun aku masih sedar, ini semua adalah kenyataan. Hai kamu disana, dengarkan lah suara hatiku. Aku tak ingin sentiasa dibelenggu dengan tanda tanya. Masihkah perlu dipertimbangkan. Aku tidak mahu ditabur dengan persoalan yang membuatkan aku lemah. Aku tak mahu kehilang sesiapa. Aku berkawan dengan semuanya. Namun mengapa? Mengapa aku yang disalah sangka. Sesungguhnya aku tidak mahu tersalah langkah. Aku tak ingin disakiti kembali dan tak mahu menyakiti sesiapa pun. Penyataan ini sememangnya menyeksa jiwa dan ragaku. Hai tuhan ku, berikan lah aku kekuatan untuk membuat keputusan. Berikan lah aku petunjukmu agar tidak tersalah langkah. Andai hati ini memutuskan keputusan, biarlah ia yang terbaik bagi diriku. Biarlah aku tidak menghampakan sesiapa. Walau seteguh mana pun hati ini ku pertahankan, namun aku tidak dapat menyembunyikan segala kebenaran yang tersurat. Sayangku, jika engkau mendengar segalanya, pasti kau bersedih. Namun bukan niatku untuk menyakiti mu. Aku ingin menyatakan segala kesedihan yang membelenggu diriku selama ini.

Ternyata semua bicaraku,
Tersimpan di dalam hatiku,
Ternyata semua persoalan,
Tak pernah kau fikir di fikiran,
Mengapa kau masih,
Mencari kepastian dalam cinta,
Dan di sini masih,
Menanti jawapannya.



Hanya disinilah kau akan mendapat jawapan yang tulus dari hatiku.
semoga diriku mendapat pentunjuk darinya, dan semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik bagi diriku ini.
tashanajwa.


Sunday, March 28, 2010

Santapan jiwa.

Hidup ini sememangnya indah. Di lukis dengan pelbagai kenangan, yang pahit mahupun manis. Namun begitu, kenyataannya hidup ini selalu tak seindah yang disangka. Walaupun ia tak seindah ciptaan ilahi yang luas terbentang ini, ianya masih semanis gula kapas, sepahit sayur peria. Hidup bagai kain putih yang diwarnai dengan liku-liku kehidupan. Sebagaimana kita mendidik dan menjaga maruah dan harga diri, begitulah warna hidup yang akan kita lalui.

Saturday, March 27, 2010

Bila diri dipersalahkan, siapa yang menanggung siksa?

Menasihati, memberi petunjuk, memberi petunjuk. Adakah itu satu kesalahan? Namun mengapa mereka sering memberi tanggapan yang salah tentangnya. Kenapa begitu berat untuk diperkatakan. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan dan dosa. manusia yang lemah lagi tidak sempurna ini hanya mampu untuk menunjukkan jalan yang lurus kembali ke pangkal jalan. Namun begitu,kabaikan ku disalah tafsirkan oleh orang sekeliling dan juga dirimu. Haih, sesak dada ini untuk bernafas. Sebegitu payahnya dugaan yang melanda.

Hari itu telah tiba!

Hari itu telah tiba. Walaupun berat untuk aku menerima, namun aku tetap akur. Namun kata nya yang selalu mengingatkan ku "U, i tak lama pun kat sana. 3bulan je. Nanti i balik okay". Kata nya yang menyejukkan hati,namun hatiku terus bergelora dengan perasaan yang bercampur gaul.

wahai sang angin,
pergi lah kau membawa dia dengan selamat,
pergi lah kau membawa perasaan yang tiada kepastian ini,
pergi lah kau diiringi doa dari diriku ini.

wahai penglipurlara,
pergi lah kau dengan niat yang suci,
pergi lah kau tanpa ditangisi,
aku disini tetap menanti.

wahai kekasih hati,
jangan lah kau lupakan daku disini,
simpan lah rindu pembakar semangat,
semoga ia jadi peneman.

tashanajwa.

Sunday, March 7, 2010

Sepatu kerja!

Kepenatan setelah hampir 2 bulan bekerja. hehe. Tapi berbaloi la jugak en. Macam iklan celcom tuu. Btw, nak story story nie. Setelah sekian berkurun blog nie ditinggalkan tanpa diupdate, kini tasha dapat story baru you. Haha. Jadi kepochi sat. Tasha pun tak tau la nak cerita macam mane nie. Tasha bukan nak cakap tasha baik ke apa. But kenapa, some people iri hati sangat bila tengok orang lain. Tak baik tau. Kasut kerja tasha kene rembat woi,bukan kasut je kene, tshirt pun dia angkutnya skali. Haih. Apa la nak jadi dengan orang zaman sekarang. Nak kata miskin sangat, berduit. Nak kata barang branded, cikai je. Apa la salah kasut aku tuu. Kepada korang yang membaca cerita kasut ku yang hilang nie, xpayah la nak ngambik kasut orang lain. Kasut ada bau kaki pun boleh jadi en. Hish. Okay lah. Nnt tasha post lagi.


ps: jangan curi2,allah marah. :)

Friday, February 12, 2010

Wedding!

Yea.. Cikgu Gemuk nak kawin dah. Alhamdulillah. Best nye, kan3. Nanti pkul 4pagi dah nak bertolak. tapi xboleh lame la kat kedah. 14hb tuu nak kene masuk kerja dah. Alahai, da naseb. :)


tashanajwa.
Daisypath Friendship tickers