Saturday, August 21, 2010

Sangkaanku bukan begitu!

kenapa? mengapa? bagaimana?
tanda soal yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga
ianya menjadi satu persoalan yang tidak sesekali terlindas dihati.
kenapa persoalan itu tiba-tiba terjerumus ke dalam otakku?
mengapa pula timbul persoalan yang sedemikian?
bagaimana pula boleh terjadinya perkara begitu?
apakah itu suatu pertanyaan yang merumitkan?

jawapanku bagi hati ini yang tertanya.

mungkin kerana aku cemburu akan dirinya.
mungkin juga kerana aku merindukan dirinya.
mungkin kerana aku banyak dosa terhadap dirinya.
mungkin sekali aku iri hati terhadap dirinya.
mungkin juga aku terasa dengan kata-katanya.
mungkin juga aku tergolong dalam kalangan orang yang bongkak.
mungkin kerana aku mula sedari akan hati budinya.
mungkin juga aku tersilap langkah pada mulanya.

walaupun begitu banyak kemungkinan yang berlaku dalam hidupku
tidak ada lagi cara yang mampu mengembalikannya.
namun aku pasrah dan merelakannya pergi.
ku susun sepuluh jari, ku mohon ampun.
walaupun kita tidak bersua muka lagi.
namun aku tidak pernah akan melupakannya.

titik.

menjadi tanda tanya bukan?
bukan sesuatu yang pelik, tetapi..
inilah yang terbuku dihati secara tiba-tiba.
diluahkan mengikut kata isi hatiku.
aku harap dia akan membaca dan menerimanya. :)

tashanajwa (: