Friday, April 19, 2013

5 huruf.

Assalammualaikum,

Lama dahulu,
Berkembang mekar,
Segar.
Kemana menghilang?

Hambar kesuraman,
Pudar.
Kian layu dan bakal kering.

Berusahalah.
Jangan biar mati terkulai.
Kau mahu, maka berusahalah.
usahakanlah sebelum terlambat.



Lots of love,
Natasha. 

Tuesday, April 16, 2013

Tekan dan tekan dan tekan lagi

Assalammualaikum,

Di situ aku berdiri, memandang ke arah sana. Sendirian bertemankan sepi. Aku kaku disitu. Mengeluh. Tak siapa yang tahu rasa dihati. Kepala turut berpusing. Senada hembusan nafas dan nadi. Kalau diberi pilihan, pasti berbeza jalanku. Tapi ketentuan ilahi tak siapa berani menghalang. Aku tatap lembut. Ku genggam erat. Ku semat di dalam hati. Langkah demi langkah tersusun kemas.

Ya tuhan,
Aku mohon,
Tetapkan hatiku ini,
Kuatkan jiwa raga ini,
Aku lemah tanpamu,
Aku serahkan segala ketentuanku padamu,
Hanya kau yang tahu apa yang terbaik bagiku,

Aminn.


Lots of love,
Natasha :'(