Friday, June 26, 2009

Sinar cahaya.

Setelah beberapa hari diriku dekat padaNya. Aku terasa diriku amat lah kerdil. Sekerdilnya si semut di celahan pokok. Aku kini bersujud dan berdoa padaNya. Aku kini telah sedar dari lamunanku selama ini. Aku telah sedar! Ya! ini bukan satu igauan atau mimpi ngeri, malah ini adalah kehidupan yang nyata. Aku reda atas suratan mu. Kini aku mencari kain yang putih itu. Ya, kain yang suci di kamarku. Aku menyelak baju-bajuku, sehingga aku menjumpai kain itu. Ini lah telekung solat ku yang selama ini tersimpan rapi,tersusun elok di dalam kamar itu. Telah sekian lama baru aku mencarimu. Aku kini harus berpijak di bumi yang nyata ini. Aku patut lupakan segala igauan yang fantasi semata-mata. Badanku kekok, kaku sementara. Terasa malu seketika. Aku kini mencuba sedaya yang mampu. Alhamdulillah, aku menuju ke jalan yang lurus. Setiap detik jika ku ingatkan pasti menyesal. Namun ia mengajar aku erti penyesalan. Doaku tidak berputus memohon ampun, tidak ada yang lain selain keampunan dariNya. Semoga ia berkekalan hingga nafas terhenti. Moga ia jadi teladan setiap manusia. Selagi termampu mengubah menjadi yang terbaik, teruskan lah sehingga berjaya.

tashanajwa.

Thursday, June 18, 2009

Liku-liku hidupku.

Sememangnya pasti bahawa yang hidup akan pergi suatu hari nanti. Dan yang tinggal perlu teruskan kehidupan. Hidup ini selalu diduga, setiap manusia diduga dengan ujian yang berbeza. Aku juga sering dilanda dengan masalah yang pelbagai. Dari dalaman hinggalah luaran, dari kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa. Namun dalam menghadapi dugaan dan rintangan perlukan kesabaran dan keimanan yang kuat. Aku takkan diduga jika Maha Esa tidak menyayangi hambanya. Aku juga bersyukur kerna disaat ini nafas ku masih dirasai kehangatannya, nadi ku masih lagi terasa berdenyut. Ini lah makna kehidupan, kehidupan yang penuh bermakna kerna hidupku bagaikan warna-warna indah. Di lukis, di warna dengan kenangan-kenangan yang terpahat dalam ingatan. Walaupun hidupku diwarnai, namun disebaliknya tetap akan ada kisah hitamnya. Kisah hitam yang menggelapkan duniaku yang ceria bagaikan pelangi. Aku sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh ranjau kehidupan yang aku lalui, semoga ia dapat membantu diriku menjadi seorang manusia yang lebih baik dan terbaik antara semuanya.

tashanajwa.

Thursday, June 11, 2009

Apa erti kehidupan?

Hidup bagaikan layang-layang yang sentiasa tak menentu. Kadang kala di awangan, kadang kala ia jatuh ke tanah. Percaya pada phenomena alam yang tak semua orang hidupnya senang. Ujian memberi kesedaran pada semua terutamanya diri sendiri. Bayangkan jika hidup ini dipenuhi dengan kemewahan tapi suatu hari di uji dengan ujian yang perit. Masa itu baru la terkontang kanting menyedari tentang kesilapan kita yang sering memanjakan diri. Salah siapakah pada masa itu.? saya? Tidak! kamu yang salah. Tetapi manusia sering melakukan kesalahan. Tak semuanya sempurna. Jadi belajar la dari kesilapan masing-masing, jadikan dirimu sebagai tanggungjawab. Tanggungjawab untuk berjaya menempuhi segala ujian dengan menggunakan akal yang di kurniakan oleh Nya. Gunakan akalmu sebaik mungkin agar suatu hari nanti kamu tidak menyesali perlakuanmu. Kita diberi peluang untuk hidup hanya sekali, jadi sebagai hamba yang soleh dan solehan taati la apa yang perlu, jauhi yang dilarang supaya dapat menikmati hidup yang bahagia dan sentiasa diberkati.

tashanajwa.

Pengenalan.

SALAM.

Kepada sesiapa pengunjung blog ini, saya create blog ni supaya dapat berkongsi pendapat, perasaan, buah fikiran, agar dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
Sebarang cadangan boleh la diberi. Blog ini sekadar untuk mengurangkan tekanan hidup dan sekadar untuk 'ENJOY'. sekian.

tashanajwa