Saturday, December 31, 2011

Hey hey!

Assalamualaikum,

Wahh! Dah nak hujung tahun kutt. Macam tak percaya doh. Hahaha. Confirm ramai update blog pasal countdown malam ni. Anyway, alhamdulillah kebanyakkan yang dihajatkan dah tercapai. Walaupun tak semua, tapi aku tetap bersyukur. Okay la kan. :)

si kecil pun nak sekolah dah tahun depan. bukan main lagi dia shopping barang sekolah.

Apa apa pun, tahun yang baru, azam yang baru, buka buku yang baru. Berubah menjadi manusia yang lebih baik. :) Akhir kata, 


Happy New Year! 
2012

Lots of love,
Natasha :)

Thursday, December 29, 2011

Ajarkan diriku

Assalamualaikum,

Aku ajarkan diri ku,
Agar kenali dunia sebenar
Aku ajarkan diriku,
Agar mengerti palsu dan dusta
Aku ajarkan diriku,
Tentang cinta dan harapan
Aku ajarkan diriku,
Mengejar pasti bukannya sementara
Aku ajarkan diriku,
Nilai setitik air mata
Aku ajarkan diriku,
Tentang sabar dalam kehidupan
Aku ajarkan diriku,
Tentang maruah agama dan bangsa
Aku ajarkan diriku,
Beza khayal dan nyata

Lots of love,
Natasha :)

Rambut rambut! :p

Assalamualaikum,


Gua sudah kerat rambut gua! Sekian, terima kasih :)

Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, December 28, 2011

Getaran

Assalamualaikum,

Mata semakin layu. Tik tok tik tok. Dan akhirnya mata tertutup semua. Aku lena dibuai mimpi. Tidur di tilam yang empuk. Dikelilingi bantal busuk dan juga anak patung beruang kepunyaanku. Asyik sekali tidurku. Dalam tidur yang nyenyak itu, aku bermimpi. Mimpi yang penuh tanda tanya. Mereka hadir dalam mimpiku. Apakah maksudnya? Seusai bangkit dari tidur, aku termenung. Apakah ada lagi coretan dalam hatiku? Aku masih menanti, menanti yang pasti buat diriku. Dengusan hampa menyelubungi diri. Andai kata ada, kau tunjukkanlah padaku. Andai kata tiada, aku akur dengan keputusanmu. Titik.



Lots of love,
Natasha :)

Saturday, December 24, 2011

Bicara tentang dia

Assalamualaikum,

Sepi tanpa kata. Sendirian di sudut kecil itu. Berlegar-legar di kepalaku soalan yang penuh tanda tanya. Mengapa aku? Bisu seketika. Merenung jauh ke dasar itu untuk mencari jawapan. Apakah mungkin ia terjadi lagi? Rantai yang selama ini membelit hati, hampir saja meleraikan diri. Arghhh! Aku bingung! Kata-kata yang menghentam diriku seolah-olah membuat aku terpana. Kaku. Diam seribu bahasa. Perlukah aku bersuara? Perlukah? Watak apakah akan dilakonkan lagi. Hurmmm. Berhentilah, sesungguhnya engkau menyakiti aku. 


Lots of love,
Natasha :)

Monday, December 19, 2011

Juara di mata kami

Assalamualaikum,

Berakhir sudah Sukan Antara Fakulti. 

MUNGKIN nasib tidak menyebelahi. Namun kita telah berusaha hingga ke titisan terakhir. Di uji dengan pelbagai kekangan. Hanya tuhan sahaja yang tahu. MUNGKIN ada kelalaian yang tidak di sedari. MUNGKIN ada hikmah disebalik kejadian ini. Apa pun jua yang berlaku, kamu semua tetap juara di hati kami. MUNGKIN ada sedikit sedih, tapi pasrah dengan ketentuannya. Sebagai pengurus kalian, saya memohon maaf jika ada yang terkasar bahasa, terguris hati sesiapa, terkurang dan terlebihnya perbuatan saya sepanjang pengurusan kalian. Ada rezeki kita berjumpa lagi. Ada rezeki kita merebut tahta kita kembali. :)


Lots of love,
Natasha :)

Sunday, December 18, 2011

suara hati

Assalamualaikum,

Soalan demi soalan diajukan. Otak tidak berhenti memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang ditanyakan itu. Konflik di dalam diri yang membuat aku serabut. Konflik yang mengundang seribu pertanyaan tanpa henti. Konflik yang sering menjerut diri. Segalanya bermula dengan sebuah konflik. Seribu orang yang sedang berbicara tentangnya, namun masih tidak punya jawapan yang dikehendaki. Apa mungkin ini satu permainan teka teki yang tidak punya jawapan sampai kapan pun. Aku sendiri masih bingung. Kenapa ya? Arrghh! Sudah lah, hentikan lah, tolong. Aku tak sanggup! 


Lots of love,
Natasha :)