Thursday, December 31, 2009

Happy New Year!

Bye2009, welcome2010. Semoga segalanya akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Mudah-mudahan. Amin, :)


tashanajwa.

Tuesday, December 22, 2009

Awesome!


Last night was awesome. The foods was marvelous. Everybody also in a good mood and dressed superb!

Tuesday, December 15, 2009

MERDEKA!!

Yeayyy! At last habis jugak paper SPM Hehe. But i'll miss the school day. Haiyoo,, sekarang pun da rindu da. Nanti lepas ni dah tak dapat duit belanja sekolah tiap-tiap hari. Kering la jawapnyeee. :) Now think some other things that i can do to fill up later. Moga-moga mendapat keputusan yang cemerlang setelah berusaha keras. Hehe. 9 A+ okay. Aminnnnn. (cikgu amin punya berkat) haha. joking around okay cikgu. i'll miss you too.


tashanajwa.

Tuesday, December 8, 2009

BOOM!!

Hari yang membosankan. Hanya meniti hari-hari yang akan datang. Kepenatan saja yang terpancar dalam diri. Rasa rindukan zaman persekolahan telah bermula. Tapi kekok rasanya jika hanya duduk melanguk di rumah. Haih, bosan sungguh dengan hidup yang sebegini. Rasanya mahu ku ulangi zaman tadika ku. lalala. Apakan daya untuk mengubah masa yang telah berlalu. Pantas masa berlalu tak akan kembali, malah ia semakin jauh meninggalkan diri ini.


tashanajwa. 

Tuesday, December 1, 2009

Cuti-cuti sekolah!

Tasha da tak sekolah lagi. Hehe. Tapi paper still ada la. Nanti after paper Geo, nak pergi main paintball. Sesiapa yang nak ikut join main kat sunway Extreme park, call la sha nanti. Anything nanti roger ok. Post box ada kat tepi tuu. :)


.tashanajwa.

Tuesday, November 24, 2009

4 more papers to go!


Erwin Dulait.Eryzatul Fashiqin.Natasha Najwa.Nadiah Farhanah.Nur Syazana Iffah.

hehe. bestnye lagi 4 paper je nk merdeka. haih. kurang beban rasenye. :) tapi bila da abes skula boring pulak rase nanti. lalala. da xtau nak buat ape da time tuu.


tashanajwa.

Tuesday, November 17, 2009

GOOD LUCK!

To those SPM candidates,
HEY. Good Luck guys, semoga dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Insyallah! Bersama-sama kita berdoa dan tawakal. Amin.

tashanajwa.

Tuesday, November 10, 2009

Eh, cikgu amni kawin.

Mellysa Ameerah.Eryzatul Fashiqin.Natasha Najwa
Actually gambar ni time ktorang pegy uma cikgu Amni time dia kawin ary tu. Tapi si fiza tu la lambat sangat kasi gamba. Haha. Jot2,, Btw, sementara nak tunggu fiza amik kete ktorang pun berposing la si Azim la jadi mangsa. Haha. thanks Azim, nasib baik la gamba akk lawa. :)

Monday, November 9, 2009

Count Down!

9 hari lagi! Rasenya sekelip mata sahaja masa berlalu. Haih. Cuak wooooo! Segalanya hampir siap dengan rapi. Minta2 la segalanya berjalan dengan lancar. woi korang, doa2kan la ye! Sumpah takut gile.

tashanajwa.

Monday, November 2, 2009

graduation superb!

Hey, memang cun la jubah that day. The most i love that the cameras, haha. Macam2 kerenah la. But ape2 pun all the best to all my friend and also to the all SPM people. ok? Everyone is so pretty and so hensem. haha.


tashanajwa.

Tuesday, October 27, 2009

21 days to go!



Alamak! macam tak percaya jee. hurm. Dalam masa 2minggu akan datang, masa untuk berjuang demi masa depan yang akan menjadi matlamat hidup. Moga2 di permudahkan segala pembelajaran dan moga tak ada kecelakaan akan menimpa di saat genting ini. Di harap juga kepada para pembaca blog ini turut mendoakan kejayaan saya. Gerak gempur, majlis graduasi, segalanya terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Dalam sekalip mata 5 tahun telah berlalu. Dahulunya sering kali tidak serius, namun kini bukan masanya untuk berfoya lagi. Inilah saatnya untuk berjuang mati2an. Doakan saya yeee! amin.


tashanajwa.

Saturday, October 10, 2009

Nenek saya cun. haha.

Merapu je keje la tasha ni. Hari ni kan, ada kursus sembelihan kat sekolah tadi. Best gila wey! Rugi sape tak datang. lalala. At last, berjaya pegang ayam. haha. nanti tasha upload gamba dengan ayam. haha. ayam tu comel. tapi kan, Cikgu Amin potong sampai kepala ayam tu putus, sian kepala ayam tu. haha. tapi kan, bila ayam tu takut kiteorang angkat die, sampai terberak kat reban ayam tuu. hahahaha. kelakar betul lah! nanti la tasha upload moment bersejarah tu. haha. jangan lupa saksi kan tau. tapi kena beli tiket wayang dulu. *ape la aku merepek lagi ni..


tashanajwa.

Friday, October 2, 2009

kak shakylaa!





hehe. :)
tashanajwa.

Monday, September 21, 2009

Hari lebaran.

Hari ini hari raya Aidilfitri. Dengan kesempatan yang diberi, saya menyusun sepuluh jari meminta ampun kepada sesiapa sahaja yang terguris hati dengan perlakuan atau percakapan dalam sengaja atau tidak sengaja. Minta halal makan dan minum. Semoga hari lebaran ini disambut dangan penuh kemeriahan. Insyallah. Bagi yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Yang kanak-kanak, janganlah bermain mercun. Nanti putus jari baru tahu. Jadikanlah hari mulia ini satu peluang untuk kita saling bermaaf-maafan selain mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia.


tashanajwa.

Wednesday, September 16, 2009

Penat lelah.

Setelah 3 minggu berjuang dengan paper trial. Akhirnya, telah selesai segalanya. Tapi itu tidak bermakna perjuangan SPM telah selesai. Masih tinggal 2 bulan untuk bersedia. Makin cemas rasanya. Doakan lah yang terbaik, bertawakal lah atas segala usaha yang telah dilakukan. Aminnn..


tashanajwa.

Tuesday, September 1, 2009

Keluh kesah yang melanda.

Pelbagai dugaan yang ku tempuhi. Pelbagai tomahan yang ku terima. Pelbagai perkataan yang ku dengari. Pelbagai perasaan yang ku rasai. Terima kasih wahai manusia. Terima kasih. Diri ku bagaikan bunga yang dulunya mekar tapi kini kembali layu. Tanpa adanya air. Tanpa adanya udara. Aku bersedih dengan dirimu wahai manusia. Air mata yang kian menghujani tanpa henti tidak pernah dikesati. Alhamdulillah teman. Alhamdulillah. Moga Allah mendengar rintihan hati ini. Moga doa insan teranaiya ini dimakbulkan. Aminn.


tashanajwa.

Monday, August 24, 2009

Cabaran ramadhan.

Alhamdulillah syukur pada yang maha esa. Hari ke3 puasa telah pun dilalui. Walaupun dahaga di panas terik, namun kesabaran mengharungi tetap ada. Pahala pun berganda-ganda. Syukur padaNya di atas nikmat yang diberi. Semoga kudratku masih kuat untuk mengharungi segala cabaran. Aminn.


tashanajwa.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan.

Salam ramadhan buat semua.
Semoga amalan di bulan yang mulia ini mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Perbanyakkanlah amalan di bulan puasa agar mendapat pahala yang berlipat ganda di samping mendekatkan diri dengan Allah SWT.
tashanajwa.

Wednesday, August 19, 2009

Segalanya terserah pada takdir.

SPM kini menunggu masa. Hati yang gemuruh acap kali menjelma. Jantungku bagaikan mahu runtuh berguling-guling. Namun aku hanya bertawakal dan sentiasa berdoa agar segalanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun dilanda pelbagai musibah, namun diriku tetap bangun dan berdiri semula. Tika kesusahan ataupun dalam serba kemewahan ku terima segala dugaan. Tanda Maha Esa menguji hambanya. Namun demikian rupa cobaannya, kini aku masih berdoa dan berterima kasih padaNya kerana masih bernyawa. Aku serahkan segalanya pada takdir yang ditentuka. Manusia hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Moga memperoleh kebaikan dan kesenangan di dunia dan akhirat. :)

tashanajwa.

Friday, August 14, 2009

Pulihkan lah semangat.

Ya Allah,
Sesungguhnya kau maha pengasih, kau pulihkan dan ceriakan lah kehidupan hambamu kembali. Kau kuatkan lah semangat dalam diriku agar kental dan tabah menghadapi segala ujianmu. Kau teguhkan lah juga keimanan ku terhadapmu Ya Rahman. Sesungguhnya engkau maha mendengar dan maha berkuasa. Hanya padamu tempat aku mengadu dan hilangkan segala keperitan yang telah aku lalui selama ini. Perkenankan lah doaku ini Ya Allah. Rahmatilah kehidupanku di dunia dan akhirat jua. Aminn..


tashanajwa.

Tuesday, August 11, 2009

Wabak hypocrite.

Kenapa dengan wabak ini? Wabak yang akan menjejaskan segalanya. Ianya juga membunuh secara pelahan. Tidak percaya? Percayalah kerana ianya telah melanda diriku. Adakah menjadi kepuasan bagi orang yang seronok melihat rakan2 nya jatuh terhempas bagaikan tanpa payung keselamatan. Adakah itu satu kepuasan? Rugilah bagi dirimu yang berbuat demikian wahai teman. Sesungguhnya kamu dalam kalangan orang yang selalu kerugian. Namun segala balasan ditentukan olehNya. Tidak perlu gentar, tidak perlu berpuas hati atas segala kejayaanmu. Karma duniawi amat berkuasa. Segalanya akan dikembalikan pada kamu bagi setiap perbuatan itu. Maka bersiap sedia lah untuk menghadapi segala yang kamu telah lakukan. Sesungguhnya doa orang2 teranaiya itu doa yang termakbul. Aminn.





tashanajwa.

Thursday, August 6, 2009

Esok sekolah dibuka.

Setelah seminggu bercuti, akhirnya kini kembali ke sekolah. Aduh! Homework!

Tuesday, August 4, 2009

H1N1

Seminggu di Quarantine. Terasa masa cepat berlalu. Hari ini, selasa. Sekejap rasanya bercuti, khamis yang dinanti akan muncul kembali. :)

tashanajwa.

Monday, August 3, 2009

Al-fatihah.

20 julai 2009 21.00

Telah perginya insan tersayang. Embin bt Ngah Heman (maktok) telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang,Kuala Lumpur. Pemergiannya begitu mengejutkan diriku. Terlantar di hospital tanpa aku tahu. Tapi Allah swt lebih menyanyangi dirinya. Moga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang2 mukmin. Walaupun sedih, namun aku redha. 2 minggu sebelum maktok pulang keramahtullah adalah kali terakhir aku bersemuka dengannya.

Maktok, terima kasih untuk segalanya. Kami di sini akan terus berdoa. Maafkan segala kesilapan.


tashanajwa.

Sunday, August 2, 2009

Guru sebagai teman.

Ustzh Saleha & Cik Liena

Cik Mastina & Pn Hamimy

Guru inilah yang seringkali membimbing tika aku rebah menghadapi ujian. Guru ini mendidik tanpa mengenal erti jemu. Itu lah tugasnya. Mendidik anak-anak bangsa yang kini telah berjaya. Guru ini juga seperti teman ku. Menjadi rakan walaupun berbeza umurnya. Tika susah dan senang, sentiasa disisi untuk membantu. Guru yang menegur kesilapanku. Dia bagaikan ibu di sekolah. Segala ilmu di dada, tetap dicurahkan demi mendidik anak-anak bangsa ini.

Untuk guru tersayang :


Cikgu, saya memang nakal kan. hehe. I'm sorry. :) tapi pegi skula memang best!



tashanajwa.

Ibu ratu hatiku.


Ibu. Wanita yang telah mengandungkan diriku selama 9bulan. Tanpa merungut sesaat pun. Ibu. Wanita yang bersusah payah menentang maut melahirkan diriku ini. Betapa perit pun, namun ibu terus berjuang demi melahirkan aku. Ibu. Wanita ini lah yang membesarkan diriku dengan penuh kasih sayang, mendidik diriku, menyekolahkan aku sehingga lah aku telah dewasa menjadi anak remaja. Ibu. Wanita yang seringkali memeliharaku seperti menatang minyak yang penuh. Tanpa bersunggut, tanpa mengharap balasan dari anak-anaknya. Dia lah ibuku. Di telapak kakinya syurgaku terletak. TAPI! Kita sebagai anak? Adakah kita melakukan pekara yang sewajarnya? Pernahkah kita memikirkan perasaan ibu setelah pengorbanan yang dia lakukan untuk kita. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan, hanya yang dia pinta menyayangi dirinya.


Untuk mama tersayang:

Ma, acha banyak dosa ngan mama. Maafkan acha. I love you ma.
tashanajwa.

Monday, July 27, 2009

Bicara Hati.

Hati yang kian meronta untuk dikeluarkan. Tapi malangnya, hanya dipendam begitu sahaja. Namun begitu, hati ini tetap menangis dan terus bersedih di dalam. Adakah itu salah diriku? Oh Tidak! keadaan menjadi seolah-olah membinggungkan. Aku yang tidak berkata menjadi taruhan percakapan mulut. Aku hanya bersabar, memendam sehingga ianya hilang kehanyutan oleh masa. Hari berganti hari, semoga ia pergi. Aku biarkan kesemuanya ditentukan ilahi. Hindarkanlah diriku dari segala petaka. Biarkan diriku sentiasa bahagia dan gembira. Aminn. :)
tashanajwa.

Saturday, July 18, 2009

Keunikan itu suatu rahmat.


Sesuatu yang unik itu adalah satu rahmat yang diberi khas untuk seseorang. Anda setuju dengan kata-kata itu? Sesungguhnya tiada yang diciptakan yang sama walaupun seiras rupa dan bentuknya. Pasti keistimewaan itu berlainan. Itulah yang dikatakan unik. Unik itu membezakan diri anda dengan orang lain. Itu memang menakjubkan. Segalanya terletak pada hati seseorang untuk membentuk keunikan dirinya supaya menyerlah.

tashanajwa.

Friday, July 10, 2009

activity shoot by tashanajwa. :)


.ketekunan.

.keharmonian.

.persahabatan.


.keceriaan.


.keunikan.

tashanajwa :)

hehe. tq Cikgu Amni.

PJ memang seronok. kan!

tashanajwa.

Monday, July 6, 2009

Persahabatan.

Persahabatan. Ya! Rakan, kawan, teman, sahabat. Pelbagai ungkapan yang terungkap dari satu perkataan itu. PERSAHABATAN. itu la sebuah ikatan yang murni, suci. ikatan yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi. Ianya tak perlu memiliki rupa paras yang cantik semata-mata, mahupun kayanya sekaya Sultan Brunei. Namun, niat hati setiap manusia berlainan cita rasanya. Bukankah begitu anda rasa? Inilah paradoks zaman serba moden ini, suka duka dikongsi bersama. Tidak ketinggalan yang hanya dikala suka dan gembira sahaja. Setibanya musibah, tinggallah kau bersendirian sunyi tanpa sokongan. Lumrah alam semuanya berekreasi begitu. Yang jujur sehingga lah lakonan semata-mata. Tapi bagi diriku, sebuah ikatan persahabatan itu tiada tolok bandingnya dengan apa pun di dunia ini. Memperoleh ramai kawan tidak lah satu kebanggaan. Biarlah sedikit tapi menyenang dan mengembirakan hati. Kebiasaannya kini memilih rakan dalam kalangan minat yang sama. Kawan boleh mendorong kita ke puncak kejayaan, malah ada juga kawan yang mampu menyesatkan kita. Hargailah sahabat baik mu. Sahabat harta yang paling berharga selain ibu dan bapa mu.

J.E Newton pernah berkata 'Manusia sunyi kerana mereka membina tembok dan bukannya membina jambatan' .

'Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan... daripada kelompok individu beginilah munculnya kegagalan' kata Alfred Adler, Pakar Psikologi Austria.

tashanajwa.

Friday, June 26, 2009

Sinar cahaya.

Setelah beberapa hari diriku dekat padaNya. Aku terasa diriku amat lah kerdil. Sekerdilnya si semut di celahan pokok. Aku kini bersujud dan berdoa padaNya. Aku kini telah sedar dari lamunanku selama ini. Aku telah sedar! Ya! ini bukan satu igauan atau mimpi ngeri, malah ini adalah kehidupan yang nyata. Aku reda atas suratan mu. Kini aku mencari kain yang putih itu. Ya, kain yang suci di kamarku. Aku menyelak baju-bajuku, sehingga aku menjumpai kain itu. Ini lah telekung solat ku yang selama ini tersimpan rapi,tersusun elok di dalam kamar itu. Telah sekian lama baru aku mencarimu. Aku kini harus berpijak di bumi yang nyata ini. Aku patut lupakan segala igauan yang fantasi semata-mata. Badanku kekok, kaku sementara. Terasa malu seketika. Aku kini mencuba sedaya yang mampu. Alhamdulillah, aku menuju ke jalan yang lurus. Setiap detik jika ku ingatkan pasti menyesal. Namun ia mengajar aku erti penyesalan. Doaku tidak berputus memohon ampun, tidak ada yang lain selain keampunan dariNya. Semoga ia berkekalan hingga nafas terhenti. Moga ia jadi teladan setiap manusia. Selagi termampu mengubah menjadi yang terbaik, teruskan lah sehingga berjaya.

tashanajwa.

Thursday, June 18, 2009

Liku-liku hidupku.

Sememangnya pasti bahawa yang hidup akan pergi suatu hari nanti. Dan yang tinggal perlu teruskan kehidupan. Hidup ini selalu diduga, setiap manusia diduga dengan ujian yang berbeza. Aku juga sering dilanda dengan masalah yang pelbagai. Dari dalaman hinggalah luaran, dari kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa. Namun dalam menghadapi dugaan dan rintangan perlukan kesabaran dan keimanan yang kuat. Aku takkan diduga jika Maha Esa tidak menyayangi hambanya. Aku juga bersyukur kerna disaat ini nafas ku masih dirasai kehangatannya, nadi ku masih lagi terasa berdenyut. Ini lah makna kehidupan, kehidupan yang penuh bermakna kerna hidupku bagaikan warna-warna indah. Di lukis, di warna dengan kenangan-kenangan yang terpahat dalam ingatan. Walaupun hidupku diwarnai, namun disebaliknya tetap akan ada kisah hitamnya. Kisah hitam yang menggelapkan duniaku yang ceria bagaikan pelangi. Aku sentiasa berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh ranjau kehidupan yang aku lalui, semoga ia dapat membantu diriku menjadi seorang manusia yang lebih baik dan terbaik antara semuanya.

tashanajwa.

Thursday, June 11, 2009

Apa erti kehidupan?

Hidup bagaikan layang-layang yang sentiasa tak menentu. Kadang kala di awangan, kadang kala ia jatuh ke tanah. Percaya pada phenomena alam yang tak semua orang hidupnya senang. Ujian memberi kesedaran pada semua terutamanya diri sendiri. Bayangkan jika hidup ini dipenuhi dengan kemewahan tapi suatu hari di uji dengan ujian yang perit. Masa itu baru la terkontang kanting menyedari tentang kesilapan kita yang sering memanjakan diri. Salah siapakah pada masa itu.? saya? Tidak! kamu yang salah. Tetapi manusia sering melakukan kesalahan. Tak semuanya sempurna. Jadi belajar la dari kesilapan masing-masing, jadikan dirimu sebagai tanggungjawab. Tanggungjawab untuk berjaya menempuhi segala ujian dengan menggunakan akal yang di kurniakan oleh Nya. Gunakan akalmu sebaik mungkin agar suatu hari nanti kamu tidak menyesali perlakuanmu. Kita diberi peluang untuk hidup hanya sekali, jadi sebagai hamba yang soleh dan solehan taati la apa yang perlu, jauhi yang dilarang supaya dapat menikmati hidup yang bahagia dan sentiasa diberkati.

tashanajwa.

Pengenalan.

SALAM.

Kepada sesiapa pengunjung blog ini, saya create blog ni supaya dapat berkongsi pendapat, perasaan, buah fikiran, agar dapat mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
Sebarang cadangan boleh la diberi. Blog ini sekadar untuk mengurangkan tekanan hidup dan sekadar untuk 'ENJOY'. sekian.

tashanajwa