Sunday, March 31, 2013

Kembali

Assalammualaikum,

Lama aku biarkan tempat usang ni. Bagi yang merindui, sorry la gua busy banyak kerja. :p :p :p Rasa macam dah lama sangat tinggal. Cerita pun banyak jugak yang tercicir. Aku menulis sekadar untuk meluah rasa. Rasa rindu, rasa sedih, rasa ralat. Semuanya. Janggal terasa. Nak mula dari mana? Bait bait kata mulalah disusun. 

Selama aku tinggalkan blog ni. Banyak betul dugaan yang aku terima. Dari yang di jangka sehinggalah luar jangkaan. Dari satu ke satu perenggan aku lalui. Perit, usah dikata. Ermm. Tapi dari mana mahu ku mula? 

Semester yang kulalui penuh rasa tabah, tapi kadang kadang tergelincir juga. Dari mula diuji hebat. Sepi. Tapi aku terus melangkah. Lama kelamaan muncul pula dikatanya Mak enon. Aku ikutkan saja. Sudah ku katakan dugaannya hebat. Segalanya baik pada mula, sehinggalah jatuh merudum. rebah melutut. Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana. Hati dihujani renyaian hujan, tidak juga reda. 

Langkah demi langkah ku gagahkan jua. Ada yang menghulurkan tangan. Oh, terima kasih kerana bukakan peluang. Aku mulai gagahkan diri. Aku cuba naiki anak tangga itu. Tersekat. Oh entah mengapa. tapi masih mencuba. 

Masanya makin hampir aku rasa. Oh debaran usah la kau menjengah. Peritnya. Kini aku sampai ke penghujungnya. Aku harap aku lihat kebahagian di pangkal jalan itu. Sinar. Tuhan, tolong aku. Aku perlukan kekuatanmu. 





Lots of love,
Natasha :')