Tuesday, June 25, 2013

My angels

Assalammualaikum,
Takda apa yang hebat hari ni. Cuma aku rindu mereka ini. Buah hati pengarang jantung. Teman bergolek bersama katanya. Masing masing jauh. Aku kat kl, depa sorang kat tanjung malim, sorang kat machang. Tapi walaupun jauh, masih bergelak ketawa bersama. Kalau la tuhan tu dapat tunjuk macam mana banyaknya aku rindu kan bagus.
P/s : bila nak mandi wet world sama sama. Orang dah lama tak terjun terjun taman tema. Nnt kite jenjalan ek.
Lots of love,
Natasha :'(

Monday, June 24, 2013

Untuk engkau yang berjiwa kejam

Assalammualaikum,

Tak banyak yang aku ingin perkatakan. Cuma aku ingin menyatakan, jika kau sakiti dia, kau lukai dia.
Ketahuilah sesungguhnya engkau telah menjadi manusia yang kejam.
Aku tak faham dengan kehendak dan kemahuanmu. Fahamilah dia telah menurut segala yang diperkatakan. Tapi kau?
Aku terasa peritnya melihat dia derita, kecewa.
Jadilah manusia yang punya pertimbangan rasa.
Tetapkan pendirianmu. Buangkan segala rasa ragu-ragu.
Kenapa memilih jalan sengsara.
Aku kecewa!

Lots of love,
Natasha :'(

Friday, June 21, 2013

Satu kesalahan

Assalammualaikum,

Gemuk tu satu kesalahan ke?
Gemuk tu satu jenaka ke?
Gemuk tu satu bahan ujikaji mungkin?
Gemuk tu diukur bagaimana?

Aku tak rasa gemuk tu salah. Tapi manusia sering menyalahkannya.
Aku rasa aku gemuk, tapi atas sebab kelalaian diri aku sendiri. Atas sebab kemalasan diri aku.
Tapi yang berkata kata itu, sila jaga batas. Sekali aku cepuk, mungkin kau akan terus membisu.
Aku jarang lontarkan kemarahan. Tapi aku tetap manusia biasa, punya had had tertentu.

Lots of love,
Natasha. :)

Tuesday, June 18, 2013

Doa buat diri aku.

Assalammualaikum,

Sudah jam 3.45 pagi, tapi mata masih tak menunjukkan tanda mengantuk. Masih lagi duduk menonton tv cerita P.Ramlee. Hidup yang dikatakan terbalik. Sekian lama tak meluah rasa disini. Aku sebenarnya masih lagi bingung tentang keadaan yang tak tahu bagaimana mahu dikata. Apa ya? Berat bebanan di bahu. Aku pasti semuanya ada hikmah. Kuatkan semangat wahai diri. Tak mengapa, hari ini mungkin kurang bernasib baik, di kemudian hari siapa yang tahu. Haihh dunia. 

Ya tuhan, 
Aku meminta padamu,
Murahkan rezeki aku,
Sihatkan tubuh badanku,
Permudahkan perjalanan hidupku,
Semoga engkau sentiasa memelihara hambamu ini.

Aminn.


Lots of love,
Natasha :')

Monday, June 17, 2013

Demi segalanya.

Assalammualaikum,

Manusia kadang alpa. Perlu disedarkan dari mimpi yang sementara. Perlu ditepuk tampar sebelum nampak yang nyata. Mungkin itu istilahnya hidup. Ada asam garam kehidupan sebagai rencahnya, baru cukup rasa. Aku mungkin tidak melatah dengan segala tindak tanduk nya. Namun aku tak pasti. Tak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Bertahan sebelum aku melangkah.

Wahai diri.
Jadilah orang yang cerdik akalnya
Jadilah orang yang tabah hatinya
Jadilah orang yang teguh peribadinya

Semoga engkau permudahkan segala.

Amin.

Lots of love,
Natasha ;)

Miliki

Assalammualaikum,

Aku punya mata
Mata aku sering memerhati
Kadangnya dari jauh
Kadangnya betul betul didepan

Aku punya telinga
Telinga aku sentiasa terbuka
Mendengar segala madah yang gembira
Mahupun yang gundah gulana

Aku punya hati
Hati aku sentiasa berkata
Kadangnya benda yang tak pernah ada di benak akal
Kadangnya pula sudah terang lagi bersuluh

Lots of love,
Natasha :)