Monday, September 21, 2009

Hari lebaran.

Hari ini hari raya Aidilfitri. Dengan kesempatan yang diberi, saya menyusun sepuluh jari meminta ampun kepada sesiapa sahaja yang terguris hati dengan perlakuan atau percakapan dalam sengaja atau tidak sengaja. Minta halal makan dan minum. Semoga hari lebaran ini disambut dangan penuh kemeriahan. Insyallah. Bagi yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Yang kanak-kanak, janganlah bermain mercun. Nanti putus jari baru tahu. Jadikanlah hari mulia ini satu peluang untuk kita saling bermaaf-maafan selain mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia.


tashanajwa.

Wednesday, September 16, 2009

Penat lelah.

Setelah 3 minggu berjuang dengan paper trial. Akhirnya, telah selesai segalanya. Tapi itu tidak bermakna perjuangan SPM telah selesai. Masih tinggal 2 bulan untuk bersedia. Makin cemas rasanya. Doakan lah yang terbaik, bertawakal lah atas segala usaha yang telah dilakukan. Aminnn..


tashanajwa.

Tuesday, September 1, 2009

Keluh kesah yang melanda.

Pelbagai dugaan yang ku tempuhi. Pelbagai tomahan yang ku terima. Pelbagai perkataan yang ku dengari. Pelbagai perasaan yang ku rasai. Terima kasih wahai manusia. Terima kasih. Diri ku bagaikan bunga yang dulunya mekar tapi kini kembali layu. Tanpa adanya air. Tanpa adanya udara. Aku bersedih dengan dirimu wahai manusia. Air mata yang kian menghujani tanpa henti tidak pernah dikesati. Alhamdulillah teman. Alhamdulillah. Moga Allah mendengar rintihan hati ini. Moga doa insan teranaiya ini dimakbulkan. Aminn.


tashanajwa.