Wednesday, May 22, 2013

Seutuh kasih ikatan janji

Assalammualaikum.

Bila masa dan jarak memisahkan, maka engkau wahai manusia jangan putus meminta doa. Bila jarak menjadi kuasa, maka dekatkanlah diri dengan yang maha Esa. Namun bila masa mengambil alih tugasnya, jangan engkau leka dengan dunia. Kerna ianya hanya syurga sementara. 

Kurang lebih aku, dia lengkapkan. Kurang lebih dia, aku cuba lengkapkan. Hanya itu yang terdaya. Namun semua takkan berlaku jika tanpa usaha. Aku sedang mengenal erti hidup di dunia. Aku sedang mengenal apa kehendaknya cinta. Aku sedang mengerti apa sifatnya di dunia.

Oh Tuhan, 
Engkau yang maha berkuasa bukan?
Tolong aku tuhan,
bantu aku 
Pimpin aku
Dimana silapnya
Aku buta barangkali
Jadi aku minta
Perlihatkanlah padaku
Apa itu dunia.



Amin.



Lots of love,
Natasha :')

Friday, May 10, 2013

Saya cerita, awak baca.

Assalammualaikum & salam jumaat,

Bila agaknya kali terakhir kita bersua? Tanda tanya yang muncul buat seketika. Mengimbas memori di ingatan. Mungkin semasa ketiadaan air. Bilakah itu ya? Ermm. Awal bulan kut. Haih. Kenapa dan mengapa. Janganlah ditanya. Pasti jawapan yang terpacul 'entah'. Sukar mencari punca. Adakah ia semakin pudar. Keduanya tidak mahu perbaiki. Bukan. Masing masing mungkin kesibukan. 

Kini kita dalam kesamaran itu. Bila ia akan kembali cerah, itu aku pun tak pasti. Kau kata kau usahakan, tapi sepertinya tidak. Terkadang itu, aku rela bersendiri. Terlalu banyak yang harus difikirkan selain cerita ini. Sepi tidak bermakna hilang, sepi itu tanda memberi peluang. Cuba faham.

Saki baki perit dihati masih berbekas. Tidak tahu bagaimana cara untuk melenyapkan. Sesungguhnya aku rasa ianya tidak kuat. Bukan aku yang memadamnya. Bila difikir, dimana silapnya? Persoalan itu, hanya kau yang tahu. Mungkin juga aku sepertinya telah putus asa. Hurm. Mungkin juga. Aku tidak kesah. Selagi adanya rasa, ku turutkan jua.

Seperti yang aku pinta, pupukkanlah kembali jika tidak mahu kehilangan. Semaikanlah, hidupkanlah bait bait cinta. Sejujurnya aku tidak rasa. Mungkin satu ketika dahulu ya, tapi seperti iklan ditelevisyen, dunia semakin berubah, manusia turut berubah sama. Jika kau alpa, engkau yang tertinggal.

Jika engkau yang ku maksudkan membaca. Fahamilah sebaiknya.





Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, May 8, 2013

Lihat jam itu.

Assalammualaikum,

jam sudah pun menunjukkan angka 4.35, dan aku masih berjaga. Ingin sekali melelapkan mata dibuai mimpi indah, tapi tidak berjaya. Apakah keserabutan ini menyebabkannya. Hurmm. Aku pun tak pasti. Letih tidak jugak reda tatkala melihat timeline yang agak semak dengan isue semasa yang tidak juga reda. Nasib la. Celaru jadinya. Alunan ayat suci bermain di pembesar suara telefon bimbit milik aku. Berdoa agar diberi ketenangan dan dipermudahkan segala jalan bagiku. Semoga dimakbulkan. Amin.



Lots of love,
Natasha :)

Saturday, May 4, 2013

Debu

Assalammualaikum, 

Buat seketika, mungkin blog usang ini berdebu. Debu debu ini buatkan nafasku sesak dan kian sempit. Oh, mungkin ada yang tertanya apa yang terjadi. Seribu tanda tanya mungkin timbul lagi. 

Terima kasih bagi yang memberi semangat. Aku cuba bangkitkan diri ini. Aku ingin sekali menghapus segala mainan dunia. Semoga tuhan tabahkan diri ini.

Oh ya, nyaris saja aku terlupa. Kepada yang rasa tersakiti, ku pohon ampun. Segala yang tertulis disini tidak sesekali ditujukan pada mereka mereka yang terasa. Ini sekadar luahan hati telus dari jiwa. 

Kepada yang menyakiti, semoga kalian menemui jalan pulang. Aku maafkan kalian. Sesungguhnya tuhan itu maha adil bukan? Tidakkah engkau takut akan kuasa yang maha esa. 

Ucapan terima kasih buat kalian yang sudi membaca. Mungkin doa buat aku semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sudah cukup. Amin.

Sekali lagi aku ingin katakan, maaf. 




Lots of love,
Natasha :)