Monday, July 27, 2009

Bicara Hati.

Hati yang kian meronta untuk dikeluarkan. Tapi malangnya, hanya dipendam begitu sahaja. Namun begitu, hati ini tetap menangis dan terus bersedih di dalam. Adakah itu salah diriku? Oh Tidak! keadaan menjadi seolah-olah membinggungkan. Aku yang tidak berkata menjadi taruhan percakapan mulut. Aku hanya bersabar, memendam sehingga ianya hilang kehanyutan oleh masa. Hari berganti hari, semoga ia pergi. Aku biarkan kesemuanya ditentukan ilahi. Hindarkanlah diriku dari segala petaka. Biarkan diriku sentiasa bahagia dan gembira. Aminn. :)
tashanajwa.

Saturday, July 18, 2009

Keunikan itu suatu rahmat.


Sesuatu yang unik itu adalah satu rahmat yang diberi khas untuk seseorang. Anda setuju dengan kata-kata itu? Sesungguhnya tiada yang diciptakan yang sama walaupun seiras rupa dan bentuknya. Pasti keistimewaan itu berlainan. Itulah yang dikatakan unik. Unik itu membezakan diri anda dengan orang lain. Itu memang menakjubkan. Segalanya terletak pada hati seseorang untuk membentuk keunikan dirinya supaya menyerlah.

tashanajwa.

Friday, July 10, 2009

activity shoot by tashanajwa. :)


.ketekunan.

.keharmonian.

.persahabatan.


.keceriaan.


.keunikan.

tashanajwa :)

hehe. tq Cikgu Amni.

PJ memang seronok. kan!

tashanajwa.

Monday, July 6, 2009

Persahabatan.

Persahabatan. Ya! Rakan, kawan, teman, sahabat. Pelbagai ungkapan yang terungkap dari satu perkataan itu. PERSAHABATAN. itu la sebuah ikatan yang murni, suci. ikatan yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi. Ianya tak perlu memiliki rupa paras yang cantik semata-mata, mahupun kayanya sekaya Sultan Brunei. Namun, niat hati setiap manusia berlainan cita rasanya. Bukankah begitu anda rasa? Inilah paradoks zaman serba moden ini, suka duka dikongsi bersama. Tidak ketinggalan yang hanya dikala suka dan gembira sahaja. Setibanya musibah, tinggallah kau bersendirian sunyi tanpa sokongan. Lumrah alam semuanya berekreasi begitu. Yang jujur sehingga lah lakonan semata-mata. Tapi bagi diriku, sebuah ikatan persahabatan itu tiada tolok bandingnya dengan apa pun di dunia ini. Memperoleh ramai kawan tidak lah satu kebanggaan. Biarlah sedikit tapi menyenang dan mengembirakan hati. Kebiasaannya kini memilih rakan dalam kalangan minat yang sama. Kawan boleh mendorong kita ke puncak kejayaan, malah ada juga kawan yang mampu menyesatkan kita. Hargailah sahabat baik mu. Sahabat harta yang paling berharga selain ibu dan bapa mu.

J.E Newton pernah berkata 'Manusia sunyi kerana mereka membina tembok dan bukannya membina jambatan' .

'Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan... daripada kelompok individu beginilah munculnya kegagalan' kata Alfred Adler, Pakar Psikologi Austria.

tashanajwa.