Monday, March 17, 2014

Khas buat kamu.

Bagaimana ya mula cerita ini?
Oh ya, aku sudah ingat!

Lebih kurang 4 tahun yang lalu.
Di situ mulanya,
Ditempat itu.
Kita bersahabat.

Ada yang bertambah,
Dan ada yang berkurang.
Ada cerita yang suka,
Ada juga tambahnya duka.

Bergelak ketawa,
Bertepuk tampar,
Berlari berjalan bersama,
Tak kira masa.

Yang seorang,
Sudah pun menjadi milik orang.
Tapi tetap tak lupa,
Tetap bertanya khabar.
Kadang ada kisah gembira,
Kadang mengusik saja.
Tetap ada untuk mendengar,
Tetap ada untuk bercerita,
Tapi jauh duduknya.

Yang seorang,
Ada depan mata,
Masih bertemu mesra,
Cuma ada kala kepala tak berapa.
Kadang ada halnya,
Kadang okay sahaja,
Kadang gila menerpa,
Kadang semua tak kena.
Tapi ingatannya sudah jauh,
Dia jarang yang ada,
Dia jarang bercerita,
Tidak seperti dulu agaknya,
Cuma ingatannya saja,
Sudah jauh mungkin perginya,
Sudah jauh hatinya.
Mungkin.

Yang seorang,
Dulu tidak berapa nak ada,
Tidak ramah seperti yang ada,
Tidak ngam dengan kepala.
Tapi itu semua ceritanya dulu.
Sekarang dia yang ada depan mata,
Ada disisi sekali sekala,
Buat perkara yang aneh sekala,
Tak kering gusi mendengar cerita.
Kadang menangis bersama,
Kadang meraba raba terasa,
Kadang bergusti sahaja,
Ilmu yang ada ditatap bersama,

Yang seorang,
Dulu pernah sekali,
Tapi yang dulu tak serasi,
Kini ada lagi mukanya,
Masih ada,
Tapi tak seperti dulu,
Kali ini berbeza,
Kita masih akrab,
Cuma ada prosesnya,
Aku tetap ada,
Kau tetap ada,
Kadang saja mengimbas,
Kemudian gelak bersama,
Semoga kita baik baik sahaja.

Kamu semua,
Ada sama,
Sama aku,
Aku ada sama,
Sayangnya sama,
Waktu berbeza,
Caranya beza,
Tapi,
Kiranya ada yang masih,
Masih ada buat aku,
Ini untuk kamu,
Aku tuju semua,
Untuk kamu.

Wednesday, February 19, 2014

Beredar tanpa sedar

Assalammualaikum,

Macam dah lama je tinggalkan blog ni. Hahahaha. Cliche kan ayat. Berzaman. Masa sangat la mencemburui gua. huhu. Even now jarang jarang dapat online. Ada juga sekali dua nak update. tapi tak kesampaian. Last last save draft. Hahaha. So apa cer? Ada cerita yang best ke? Cepat je masa bergerak kan? tup tup dah 2014. dah nak masuk march. Mak ai. sekejap nya masa.. Masa tu macam air, laju gila. Cuti pun dah nak habis. Macam macam benda dah jadi. Degree ni mengajar aku untuk jadi orang yang lebih tabah kut. Semoga semester depan aku dapat tempuh dengan cekal. Aminn. Faa dah remind dah pasal subject semester depan tough katanya. So aku memang kena get ready la. Berdebar pule hati kita. Kolej taktau dapat ke tak. Hopefully dapat lah, sebab macam malas je nak sewa sebenarnya. bulan bulan nak kena fikir pasal duit rumah pulak. Cukup cukup lah dengan bil yang bersusun sekarang ni. Fuhh! tak sanggup mak oi..
Alright! dah puas mencecer. Nanti ada masa, gua cecer lagi banyak ye. Doa doakan gua dipermudahkan segala, dimurahkan rezeki yaw! Amin hendaknya.. 



Buat yang merindui gua.. :p :p




Lots of love,
Natasha :)
Daisypath Friendship tickers