Tuesday, February 28, 2012

Setiap detik dihitung. :')

Assalamualaikum,

Bulan ni bulan yang sangat mencabar bagi aku. Setiap detik itu sangatlah berharga bagi aku. Semua yang terjadi dalam bulan ni benar-benar mencabar diri aku. Sehinggakan kadang-kadang tak berapa nak cukup rehat. Makan pun tak tentu masa. Tidur lagi lah, lari terus timing. Tak apalah, nak berjaya bukan mudahkan? Ujian yang aku tempuh dalam bulan ni sangat menguji aku. Ya allah, andai ini dapat membaiki diriku supaya lebih baik. Aku redha. Penat sangat rasa bulan ni. Kepala otak ni tak berhenti berfikir langsung rasanya. Celik mata je dah kena fikirkan kerja, tanggungjawap, assignment. Lumrah la hidup sebagai pelajar kan. :)


*Andai ada penyinar disisi, itu sudah membuatkan diriku selesa. :)

Lot of love,
Natasha :')

Sunday, February 19, 2012

Bintang Hati

Assalamualaikum,

Bintang. Bintang yang aku puja sentiasa berkedipan di langit. Senang rasa hati. Seronok melihat telatahnya. Tersenyum aku seketika mengingatkan kerenahnya. Duhai sang bintang, aku akan sentiasa duduk di sini menunggu kamu. Sebulan bersama kamu bagaikan bertahun lamanya. :)

* Aku tidak pernah jemu bergelak tawa bersama kamu :)

Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, February 15, 2012

Hati kertas.

Assalamualaikum,

'PAP!'. Tersentak aku seketika. Hati ku bagaikan kertas yang sedang dikoyakkan secara pelahan. Sedih. Nak menangis, nanti di katanya budak budak. Nak marah, buang air liur. Nak buat apa lagi. Makan hati berulam jantung lah nampaknya. Aku hanya membisu. Cukup sekadar bersabar. Aku juga punya perasaan. Sabar dan terus bersabar. Hampa rasanya diperlakukan begitu. Noktah.



Lots of Love,
Natasha :'(

Tuesday, February 7, 2012

Perlu buat aku :')

Assalamualaikum,

Sunyi. Aku hanya mampu mengetap bibir. Salahkah aku? Aku juga perlukan waktu. Mati. Aku mati untuk seketika. Tolonglah. Aku bencikan semua ini. Aku mahu keluar dari tempat ini. Setahun sahaja lagi. Kau berdikarilah. Berjalanlah kau atas bumi yang nyata. Kau nampak aku tersenyum riang. Tapi zahirnya tak siapa yang tahu. Perlukah aku tunjuk? Tidak. Tak perlu. 


*ku ukirkan senyuman untuk mengubat hati yang lara.


Lots of love,
Natasha :')

Saturday, February 4, 2012

Bila aku start warming up, ni yang jadi.

Assalamualaikum,

Salah ke aku untuk merasa bahagia?
Salah ke aku untuk rasa selesa?
Salah ke aku merahsiakan ia?
Salah ke aku membuat keputusan?

Aku pelik bin hairan. Bila kau mencipta jurang.
Aku pelik bin hairan. Bila kau mula menghilang.
Aku pelik bin hairan. Bila kau mula membisu.

Memang semuanya salah aku ya? Damn!
Aku benci semuanya!

*terserahlah kalau kau nak terasa ke apa. Aku rasa kau yang bodoh!

Lots of love,
Natasha -___-"

Wednesday, February 1, 2012

Dengar sini!

Assalamualaikum,

Walau orang orang gila itu muncul, aku tak gentar.
Walau mulut mulut itu berpuaka, aku tak gentar.
Walau jiwa jiwa itu mula menyerang, aku tak gentar.
Walau suara suara sumbang itu terngiyang-ngiyang, aku tidak juga gentar.

kau ingat kau kuat,
kau ingat kau hebat,
kau ingat kau boleh jatuhkan aku,
kau ingat aku heran bila kau buat macam tu,
kau lupa ada yang lebih kuat dan hebat di atas sana.

Buatlah selagi kau mampu. 

*kesah pulak aku! -___-"