Thursday, May 24, 2012

Lagu Lagu Jiwa ;)

Assalammualaikum,

Fuh Fuh Fuh. Tiup tiup sikit habuk kat blog ni. Hehehe. Lama jugak lah tak update blog ni since hari tu. But now, i'm back! Hehehe. Panjang je kaki melangkah. Merata dah tempat di jelajah masa cuti. Lepas tu bertimbun gambar nak kena edit. Senapang baru saya juga telah pun di rasmi. :) Today aku nak cerita sikit ni. *sikit ke? Hahaha. Okay, cerita BANYAK! So, entry kali ni sudah semestinya lah akan panjang berjela. But telah di pecahkan kepada beberapa bahagian. Hahaha. Nanti takda lah korang bosan nak baca. Kannn. :)

Masa cuti 2 bulan ni timetable aku penuh dengan wedding! Oh my, aku semakin berusia. Hahaha ;) Memang sengaja taknak tulis tua. First wedding is Kak Syu @ Ti Syuhada. Sangat mengejutkan actually. Tiba-tiba je masa online twitter, penuh kat timeline. Lasti time masa duduk rumah sekali dengan kak syue, dia cakap nak kahwin lambat lagi. Atleast dia kena ada harta, then after degree macam tu lah. Tub tub, kahwin dah. Jodoh kan. Tak siapa yang boleh halang ketentuannya. So masa tu duk whatsapp dengan faa semua. So excited kutt! Yelah, siti tunang, dia kahwin dulu. Apa-apa pun Congratulation to Kak Syu n Hubby. Few picture yang sempat di-snap. Weee! Nasib baik rumah kak syu tak jauh.






So.. Who's next? Hehehe. Macam banyak bebenor je kan. Tadi kat KL kan. Now kita berubah angin ke Pahang pulak ye. Wedding Abang sedara aku pulak. Few days lepas kak syu kahwin, Abang sedara aku pulak kahwin kat pahang. Kat area Felda Kumai. Masa on the way nak ke sana, aku tidur je dalam kereta. Mabuk oh kalau jalan jauh jauh ni. Hehehe. Last time masa dia bertunang aku tak ikut pergi pahang. Ni baru lah aku pergi. Anyway, tahniah juga kepada Abg Tam & Kak Ida. 



This is my BIG FAMILY. :)




So.. Setakat ni lah yang mampu aku untuk bercerita buat masa ni. Nanti akan di sambung kemudian pula. Bawak bersabau ye anak-anak. Semoga mereka mereka ini kekal hingga ke akhir hayat. Aminn.


Lots of love,
Natasha :)

Saturday, May 12, 2012

Tuhan berikan aku kekuatan. :')

Assalammualaikum,

05 Mei 2012 - 6.35 petang

Kembalinya Mohamed Sain Bin Kawi (Atuk) kepada PenciptaNya. Aku seakan kaku seketika setelah mendapat berita sedih itu. Tiba sahaja di rumah, tak ada yang lain terlintas, hanya ingin melihat wajahnya sahaja. Titisan demi titisan gugur ke bumi. Baru semalam aku menyuapkan makanan ke mulutnya. Duduk di tepi arwah, tidak putus putus alunan yaasin dibacakan. Sayu rasa hati kehilangan orang yang tersayang. Siapalah aku hendak melawan ketentuanNya. 83 tahun berjuang di muka bumi Allah. Atuk kuat! :') Malam itu juga aku temankan atuk sehingga ke liang lahad. Aku jenguk, aku intai, sehinggalah hilang susuk tubuh itu dari pandangan. Berat rasa hati nak melangkah pergi. Tapi aku gagahkan jua. Kenangan bersama tak mungkin sesekali luput di ingatanku. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan atuk di alam barzakh. Semoga atuk sentiasa tenang disana dan tergolong dalam orang orang yang beriman. Insyallah :)

P/s : Kak long sentiasa akan doakan atuk. Insyallah. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab jaga kak long dari kecik sampai la boleh berdiri di atas kaki sendiri. Semoga kita berjumpa nanti di sana. 

Lots of love,
Natasha :')