Monday, November 28, 2011

Sticky Note!

Assalamualaikum,

Sticky Note! hehehe. Dah lama tak buat wish list tampal tampal guna sticky note kan. Rindu nak semak kan dinding dengan tampalan gua. Baru hari tu sebut pasal pizza and durian, minggu ni terus dapat. Harus lah teruskan tradisi nampaknya. Wee! 



Duhai Housemate, 
Sudahkah anda bersedia dengan tampalan tampalan saya macam last semester. 
Hehehe.. Nanti jangan lupa ye tunaikan. Ni yang sayang korang lebih ni. 

Ni memang habit gua ye sejak azalinya. Asal mulut ni terkumat kamit je nak something, sticky note tu la jadi sahabat paling cool dalam dunia. Sebabkan cik lekat lekat ni la, permintaan ditunaikan. Cool en, en. Macam ada magik power tuh. Peace yaw! Okay dah start merepek. *Blank kejap. Sebenarnya agenda utama post ni aku nak cakap..

Salam Maal Hijrah, Salam Tahun Baru.
Ayuh kita sama sama berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. :)
Semoga azam tahun ni akan tercapai seperti mana hendaknya. Aminnn.


Lots of love,
Natasha :)

Friday, November 25, 2011

Lembaran baru :)

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tak update. Lama ke? Huhu. Dalam tak sedar aku telah pun melangkah ke semester ke-empat. Dalam tak sedar ke, aku memang selalu tak sedar pun. Mamai je lebih selalunya. Hahaha. Quite different la untuk semester kali ni. Dah start serious. *muka serious okay. Serious sangat ye anak anak. Masing-masing dah set target. Macam biasalah, azam untuk setiap semester. Last time punya azam dah pun tercapai, walaupun ada lah sikit yang tersenget benget. Hehehe. Tapi Alhamdulillah la semuanya smooth. Even belum daftar diri hari tu pun aku dah start busy dengan Sukan Antara Fakulti (SAF). Sangat mencabar minda okay. Boleh pitam rasanya. Hahaha. Tapi benda benda macam ni la yang buat diri aku matang sebenarnya. Buat aku rasa bertanggungjawap sikit. Tak banyak, sikit pun jadilah kan. Lalalala.. Walaupun kesibukan dalam keserabutan tu selalu sangat menyerang, aku sangat menghargai mereka mereka yang selalu support aku dari belakang. *terharu kutt.. Apa apa pun SAF memang takboleh keluar dari kepala den ni ha. Nak buek lagu mano laei, acano. Senyum je lah, mintak mintak la semuanya berjalan macam mana yang dirancang. Nervous lerrr! 

Yukk bergabung meletop! TEKA POWER kutt.. 

P/s : adik adik kakak kakak abang abang, ayuh SAF!
Top 10 okay :)


*Promote sangat tau! :p

Lots of love,
Natasha :)

Thursday, November 17, 2011

Kalau awak mendengar..

Assalamualaikum,

Awak awak. Saya baca kat wall awak. Saya nak mintak tolong boleh tak? Tolong teruskan hidup awak, boleh? Nama saya bukan untuk di jaja. Memanglah tak semudah ABC 123. Its all done. Ramai yang bercakap. Saya rimas. Buku kisah cinta antara kita sudah pun tamat. Perpisahan itu mungkin sakit, tapi kadang-kadang rasa sakit tu lah yang banyak mengajar awak erti hidup. Mungkin saya bukan jodoh awak. Jangan lah mengalah sebelum bertindak. Awak tak cuba lagi pun. Kalau saya boleh melangkah keluar dari zon duka tu, kenapa awak tidak? Awak tak perlu la nak cari yang serupa dengan saya. Terima lah si dia dengan seadaanya. Okay? Saya tak nak la jadi buah mulut kawan-kawan awak. :)


Awak,
Ajal maut jodoh pertemuan semuanya ketentuan Dia. :)
Kalau ada jodoh antara you dengan i, pasti tak kan ke mana. 


Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, November 9, 2011

Mr Purple. :)

Assalamualaikum,

Hey Mr Purple! Wee.. :) 

Semenjak 2 3 hari ni, aku rasa macam pelik lah. Bukan apa. Tetiba rasa macam rindu pulak. E'eh, tak ke pelik tu. Dah lama aku tak contact dengan Mr Purple tu. Asyik jadi biskut je kalau tiba time cuti. Tiap kali aku ada masalah, dia macam tau tau je. Tup tup muncul. Macam nujum pak belalang pulak la dia ni. Sekarang ni tak tau la apa yang dia buat. Mesej pun tak reply. :'( Diam je. 


*Gemokk! orang rindu awak ler..

Hurmm.. Bila la awak nak jumpa saya ek Mr Purple? Mesti pelik en, sebab takda angin takda ribut pun boleh teringat kat dia. Oh lupa, dia hanya teman akrab saya ye. Jangan buat kontrovesi pulak. Hahaha. Nak chop scandle pun tak boleh tau. Aku paling tabik kat lelaki macam dia. Nak tau sebab apa? Sebab sepanjang kami kenal, tak pernah sekali pun dia tersentuh ke pegang tangan ke apa. Walaupun masa kat masjid india yang dikategorikan lautan manusia. Hahaha.. Serious oh, tak pernah la tengok lelaki protect perempuan macam dia. Cewah! Puji bukan main lagi ye. Lepas ni boleh la mintak upah ek awak. :p hehehe.. Okay la, badan pun penat hari ni. Mata dah kurang power. Macam tau tau je nak balik puncak dah. Huhu.. 

kepada Mr Purple :
Orang pun pelik lah macam mana awak boleh muncul dalam kepala orang tiba tiba. Awak seru nama orang ek? Hahaha.. Bila la nak keluar lepak sama? Macam ni la kawan, lupa kat orang. *merajuk. :p


Lots of love,
Natasha :)

Monday, November 7, 2011

Suka dalam duka!

Assalamualaikum,

Apa habaq orang orang kampung! Sihat naa? Al-maklum la hari ni dapat makan redang ketupat semua. Aku pun bedal ketupat dengan kuah kacang yang duk ada tadi. Amboi, bertambah comei noo perut hari ni. Makan tak hengat! Hahaha. Hari ni aku suka sebab dapat jalan-jalan. Mana taknya, asyik terperap aje kat rumah ni ha. Tapi dalam suka tu ada dukanya, kepenatan yang tak terhingga. Hahaha. Sangat penat okay. La ni cheq nak masuk tidoq dulu. Esok nak kena bangkit awal. Huhu. Okay la. 


Buat teman-teman tersayang :
Saya rindu kamu semua okay. Tinggal dua minggu lagi. :)

Lots of love,
Natasha :)

Sunday, November 6, 2011

Woot woot! :)

Assalamualaikum,

Hello korang. Hari ni hari ahad. haha. Semua orang tau sebenarnya hari ahad. lalalalala~~ Aku just nak cakap satu benda je actually.

Selamat Hari Raya Aidil Adha! 
buat semua readers & yang saja datang jengah jengah kepala je. Hehehe..

P/s : Nanti nak tengok lembu jangan pakai baju merah ye. :p


Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, November 2, 2011

Kakak gebu punya kerja. :p

Assalamualaikum,

Apo bondo pulak ha ni? Aishh. Berkerut muko den ni ha kak. Hahaha. Den nak buek lagu mano laei ha jang. Jawap jangan tak jawap. :p

First : The Rules.
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.

*11 things about me:
Let me see...

- Friendly
- Banyak cakap
- Suka stalk orang!
- Sangat suka melalak, terutama depan laptop. Haha.
- Kadang-kadang minah jiwang.
- Menggila bila datang sawan.
- Sangat kuat! hahaha.
- Suka melaram sorang-sorang
- Suka cabut rambut gatal orang :p
- Tak suka cover cun
- Saya single :)

The questions that been given by Kakak gebu is :

1. First impression terhadap RADZIETY ALFIAH?


*Macho kutt! hahaha.. sweet gitu :p

2. Pandangan korg terhadap long distance relationship?

*Long distance? Hurmm.. So far okay la, sebab kadang-kadang lebih mematangkan diri sendiri. :)

3. Bf/Gf vs Kawan baik? which u nak selamatkan?

*Both! tapi prefer Kawan baik. Sebab cinta kat mana mana je boleh cari. Tapi nak cari kawan yang setia susah. 

4. Cite cikit pengalaman cinta pandang pertama korg.

*Tetttt! Ada la. haha :D

5. Target umur nak kawin?

*Entah la. Errm, 22? kut. Entah.. *mudanya :p

6. Jenis lelaki/wanita idaman?

*Boleh membimbing family & jadi ketua keluarga yang adil :)

7. Kawan yang paling-tidak disukai-zaman sekolah?sbb?

*Si polan. Tangan panjang.


8. Adakah kau pandai simpan rahsia?

*See the leg larr.. Nama pun Najwa = bisikan rahsia. *Poyo. hahaha

9. Barang yang wajib ada kalau korg keluar?

*Perempuan kan.. So Compact powder harus la kan.. Lip bum & perfume!


10. Boleh hidup tanpa handphone tak?sbb?

*Tak! Sebab itulah nyawa paling berharga. lalalalala~~


11. 3 perkara tentang diri korg.
* Simple
* Open minded
* Suka sangat merepek :p

Fuhh!, okay dah habis dah. haha :)) 
Mari kita lihat, sapa yang kena...


Soalannya berbunyi begini :

1. Impian kamu yang dah tercapai setakat ni?
2. Habit kamu yang tak pernah tinggal?
3. Kenangan paling kelakar semasa dibangku sekolah?
4. Describe saya in 3 words?
5. Dalam sebulan berapa kali topup?
6. Kat mana biasanya kamu akan lepaskan tension?
7. Hobi kamu?
8. Saya comel tak? HAHA.. 
9. Hubungan saya dengan kamu?
10. Kalau dapat duit seribu apa kamu akan buat?
11. Errrmm.. Ada ucapan apa apa tak? :)


Sekian sahaja segmen merepek untuk kali ini. hahahaha.. 


Lots of Love,
Natasha :)

Tuesday, November 1, 2011

Hello november!

Assalamualaikum,

Hey november. Selamat datang! :) Sekejap je rasa masa berjalan. Haih. Tinggal 20 hari je lagi nak masuk balik Puncak. Nak balik, tapi malas. Boleh tak macam tu? Haha.. So untuk november ni aku takda nak mengharap apa apa pun. Just harap hari aku jadi bertambah baik dari sebelumnya. Insyallah :) November ni aku ada aim sikit. A few things yang aku nak achieve. Hopefully dapat la. Okay la. Nothing much to say. Just simple entry dan membosankan. Tak kan nak cerita pasal Jodoh lagi macam entry yang lepas kan. Hahaha.. Why dont we change the topic. Sekali skala kan. Orang yang baca pun dah jemu dah. 

Apa apa pun, hello november! To October, you are my sweet memories. Cewah! Please be nice okay dear november. Lalalala~~ Till then readers.. Toodles 

*minggu ni asyik hujan je kan. 

Lots of love,
Natasha :)