Saturday, October 29, 2011

Jodoh itu sentiasa ada..

Assalamualaikum,

Jodoh. Topik yang sangat hangat buat masa sekarang ni. Hurm.. Entah la. Semenjak banyak benda yang dah jadi. Tiba-tiba ramai pula yang persoalkan tentang jodoh. Kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum saja. Yela, apa lagi yang nak di komen kan tentang jodoh ni. Benda dah tersuratkan. Ada yang family sanggup "buat" orang demi nak satu kan anak-anak jorang ni. Tapi bagi aku, kenapa perlu buat macam tu kalau kau percaya pada ketentuan takdir. Entah la, zaman dah serba canggih tapi masih ada lagi orang yang berfikiran cetek. Jodoh tu ada kat mana-mana. Bagi aku, kalau kau dah usaha dan tawakal. Insyallah dapat lah seperti mana yang kita usahakan. Alam perkahwinan bukannya sesuatu yang boleh main pakai taram je. Perkahwinan adalah satu peringkat yang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kepercayaan dan juga satu tanggungjawap yang besar. Kalau kau rasa dah mampu untuk bagi makan anak dara orang, why not kan. Kalau orang lain sibuk bertunang, berkahwin. Aku gembira untuk melihat kebahagiaan tu. Kenapa perlu rasa iri hati melihat kebahagiaan orang lain kan. Awak pun boleh jadi macam tu as long as berusaha. Tuhan tu sentiasa ada untuk membantu. 


P/s * hanya sekadar luahan hati okay :)


Lots of love,
Natasha :)

Thursday, October 27, 2011

Titis embunan

Assalamualaikum,

First, aku tak tau kenapa aku tak boleh tidur semenjak 2 3 hari ni. Entah apalah yang aku asyik fikir. 
Second, aku rasa macam mimpi pelik-pelik je beberapa hari ni. Mula lah tu mimpi benda bukan-bukan. 
Third, aku asyik rasa macam nak nangis je. Tapi tak tau atas sebab apa. Bangun tidur je rasa sebak.

Conclusion, dugaan apa lagi ni. Tolonglah, Natasha just face it okay. Then it will be alright. 


P/s * Ada sesiapa boleh bedahkan kepala ni tak? :'(


Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, October 26, 2011

Puitiskah?

Assalamualaikum,

Di kala aku keresahan, hanyut di buai malam nan kelam. Aku buntu dengan segala permainan yang menjerat diri ini. Seakan terdengar setiap hembusan nafas itu. Sayup sahaja kedengaran bunyinya. Haih. Apa saja lah yang akan melanda diri ini lagi. Puas aku termenung, di sambung pula dengan pertanyaan yang tak pernah terjawap. Andai kata setiap ujian ini mampu menguatkan diri ini, aku terima. Cuma padamu aku berserah. Nada-nada lagu tersusun merdu menghanyutkan diri ku ini. Bagai mengimbas kembali sejarah silam. Mengapa ya? Aku buntu sekali. Hairan. Semuanya kerana dia. Hurmm.. Mungkin dulu aku bernyanyi riang bersama teman-temanku. Kini aku hanya berlagu seorang diri.


* lagu-lagu indah sentiasa bermain di fikiran :)


Lots of love,
Natasha :)

Tuesday, October 25, 2011

100 - Smile ;)

Assalamualaikum,

Coretan demi coretan dah pun tercoret. Hari ni hari yang sangat pelik, hari yang penuh dengan tanda tanya. Kadang kala aku terfikir tentang apa yang telah diperkatakan sebelum ini. Haih. mengeluh sahaja yang mampu keluar dari mulut ni. Ada sesuatu yang berlegar-legar di ruang fikiran, yang sering sahaja mengganggu aku. Bila la semuanya akan berakhir ya? Semuanya bermula dengan persoalan di antara hati. Pertemuan di antara dua hati, tiga hati dan selebihnya. Keliru? Tapi itulah yang terjadi pada aku. Keliru. Niat berkawan di salah tafsirkan. Memang aku tiada status apa-apa, tapi hatiku keras berkata belum lagi masanya. Haih. Kadang-kadang persoalan hati ini sangat rumit kan? Jendela itu seringkali menjadi tempat luahan hati aku. Kadang kala orang kata hebat. Tapi bagi aku, tidak. Hidup aku tak normal. Hidup aku penuh dengan kisah-kisah perit. Aku hanya inginkan sebuah kehidupan yang sederhana. Jangan kamu menganggap aku tidak bersyukur dengan kehidupan ini pula. Tapi ini hanya sekadar luahan hati. Aku inginkan kehidupan tanpa ada calar balar. Aku inginkan kehidupan yang sentiasa cerah dan mendung, tetapi bukan hujan. Aku hanya ingin menjadi biasa. :)



Lots of love,
Natasha :)

Saturday, October 22, 2011

Seminggu di perantauan :)

Assalamualaikum,


*alahai kurusnya la den masa ni.

Hari ni aku sibuk godek-godek external lama. Tiba-tiba jumpa lah balik dengan gambar masa form 3 dulu. Alahai, menangis kalau tengok. Haha. Masa ni kurus je, rambut lawa lagi. Sekarang ni dah gemuks + rambut dah tak lawa macam dulu. Muka suci je. Haha. *okay mula mengarut.

 *meluangkan masa bersama korang adalah salah satu kenangan yang terindah. Even training dalam dorm tak pernah dibuat orang, kita dah buat. :p


Aku baru je balik dari johor beberapa hari yang lepas. Ada game karisma kat sana. Bunyi macam gempak je masa first tu. But then, sedih dengan keadaan aku kat sana. Macam nak tak nak je pihak pengurusan tu jaga team aku. Plus aku dah diberi tanggungjawap jadi kapten pulak. Makin berat lah bahu memikul. Nak jaga anak-anak buah bukan senang woi. Hurm. Kami seharian tak makan kat stadium. Untunglah team kelantan tumpangkan team aku balik and singgah makan dulu kat Angsana Mall, Johor. Memang sedih la bila pengurus kelantan tanya kat aku tentang bas Puncak Alam. Alahai, sayu je hati masa tu.. Aku duduk termenung je kat tepi tingkap tahan air mata. Sedih kut bila kena perli semua. Balik pun dapat bas tah apa-apa. dengan memecut bukan main laju lagi, kecut perut duduk dalam bas. Sampai kat puncak pulak kena tidur kat surau, sebab tak diberi penempatan kat ktorg. Hurm. Apa-apa pun, kiteorg still having a good time. Even keluar kene panggil teksi sendiri, kene perli dengan coach ke. Ktorg tolak semua benda ke tepi. Sebab ktorg tau kalau ikutkan sangat dengan pengurusan yang macam tu, comfirm ktorg tak ke mana. So sempat la berkaraoke and ber-boling kat angsana tu. Walau tak lama, tapi hubungan aku dengan jorang rapat. Harap sangat hubungan ni akan berkekalan sampai bila-bila. :)

Lots of love,
Natasha :)

Saturday, October 15, 2011

Rindu!

Assalamualaikum,


Rindunya lah kat korang. Bila la nak balik Puncak balik. Hurmm.. Ada lagi sebulan masa. Nak pergi kelantan pun duit takda. Haih.. Cik Siti & Cik Ain, korang bila nak datang rumah saya? Hehehe. :)


P/s : Kan best kalau korang ada. ;)

Lots of love,
Natasha :)

Friday, October 14, 2011

Permata :)

Assalamualaikum,

Menghabiskan masa bersama rakan. Bercerita tentang dunia. Bercerita tentang hal-hal negara. Bercerita juga tentang isi hati. Isu tentang hati ini. Bertemu dan berpisah adalah satu lumrah hidup yang tak akan pernah lari. Cuma cara dan situasi yang membuatkan ia berbeza. Kadang-kadang kita tak minta pun benda tu terjadi. Tapi setiap perkara yang berlaku itu bersebab. Kita tak minta ditemukan, dan kita juga tidak minta dipisahkan. Mereka katakan padaku, Hidup ini satu perjudian. Ya memang betul! Hidup memang satu perjudian. Perjudian untuk menanggung segala risiko. Menang atau kalah itu bukan masalahnya. Kadang-kadang, manusia jatuh dengan mudah. Tapi takut untuk bangkit dah menempuhnya semula. Peganglah pada satu pepatah, "Jatuh sekali tidak bererti kita kalah, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya". Aku sendiri seringkali terjatuh. Jatuh tangga, jatuh katil dan paling parah bila jatuh hati. Mungkin dulu aku mudah tersungkur ke bumi. Tapi pengalaman telah mendewasakan aku. Aku bangkit, Aku kukuhkan kedudukan. Dan kini aku semakin stabil. Mungkin jika sang angin bertiupan, tidak lah aku goyah seperti dulu. Aku hanya mampu melihat dan memerhati saja. Apa kan daya. Nak ku capai, tinggi menggunung. :) Sayang sungguh.. Sesungguhnya aku hanya mampu tersenyum sahaja tika mereka bercerita. 




Lots of love,
Natasha :)

Sunday, October 2, 2011

Mimpi tidak di duga.

Assalamualaikum,

Di suatu sudut itu, aku duduk sendirian. Aku termenung, aku berfikir, aku mencari jawapan. Fikiranku kini diawang-awangan. Berkerut dahi. Titik. Aku diulit rasa bersalah. Hurmm. Keluahan yang tiada penghujungnya. Aku cuma mahu masa depanku terjamin. Itu sahaja. Aku tak mahu kepura-puraan ada terselindung di dalam dirimu. Aku tak perlukan teman lelaki. Aku hanya mahukan yang halal bagiku. Masa menentukan segalanya. Aku hanya insan yang lemah menanti dengan penuh kesabaran. Mungkin masanya belum lagi tiba.

Perhitungan antara aku dan dia sudah lama selesai. Aku tak mahu disakiti lagi. Walaupun dengan sepatah kata. Gurisan ini masih belum pulih. Janganlah engkau datang menghampiri. Mungkin nanti suatu masa bila ia benar benar sudah pulih, aku pasti akan muncul semula. Janganlah engkau beranggapan bahwa aku bongkak. Bukan, aku bukan begitu. Aku cuma perlukan masa yang sangat lama untuk bangun dan teguhkan kedudukan aku kini.

Hidup ini tak semudah yang disangka dan tak seindah yang dijangka. Namun aku tahu, disebalik kesedihan, kedukaan, kegembiraan, kemurungan itu pasti ada hikmahnya. Mungkin bukan aku jodohnya. Oleh itu janganlah engkau putus asa. Teruskan langkahmu. Teruskan perjalanan yang masih lagi panjang. Kita terlalu muda. Bekerjaya juga belum punya. Bagaimana? Nukilan ini bukan semata-mata untuk menunjuk bahwa aku lebih baik, tapi nukilan ini hanya untuk luahan hatiku. Di setiap penjuru itu pasti ada ceritanya yang tersendiri. Namun, masih ada lagi penjuru yang lain untuk dikunjungi.

Gelak tawa itu hanya pengganti duka


*kepada seseorang
Saya minta maaf andai kata menyinggung perasaan sehinggakan hadirnya duka itu. Sesungguhnya jika takdir yang ditentukan untuk bersama dia. Pasti takkan kemana. Walaupun begitu, sepuluh jari ini disusun rapat meminta ampun dan maaf sekali lagi. :)


Lots of love,
Natasha :)

Saturday, October 1, 2011

Syurga pemberiannya :)

Assalamualaikum,

Pagi ini aku masih lagi bernadi. Alhamdulillah. Pelik bukan aku berkata begitu. Ayat demi ayat, kata demi kata. Aku membacanya dengan tenang. Baris demi baris menyusul lagi. Tercoretlah kisah seorang anak adam yang telah pergi ketika umurnya 4 tahun. Sayunya hatiku ketika itu. Pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya selama dia bernafas di atas bumi ini. Kagum! Duhai adik, aku tahu betapa siksanya hidupmu menanggung sakit. Namun di setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Dengan kehadiran dirimu di dalam keluargamu itu, engkau menambahkan lagi seri, tambahkan keimanan di dalam setiap orang, tambahkan lagi pahala pada insan-insan tercinta itu. Kehadiranmu membawa cahaya untuk ibu dan ayah mu. Sekurang-kurangnya kau anak yang soleh wahai adik. Mengalir air jernih di pipiku ketika membaca coretan buatmu. Titisan demi titisan jatuh ke bumi. Sebaknya dada. Tuhan menganugerahkan dirimu hadiah yang tak terhingga nilainya. Kalau lah aku mengenali dirimu adik, mungkin aku peluk dirimu. Sesungguhnya yang hadir dari hatimu itu jujur dan ikhlas. Namun begitu, aku di sini hanya mampu mendoakan dirimu agar sejahtera di sana.


Lots of love,
Natasha :)