Thursday, March 1, 2012

Mereka :')

Assalamualaikum,

Hari yang kurang baik agaknya bagi aku. Mungkin pembalasan masa silam aku agaknya. Haihh. Keadaan menjadi parah pula tiba-tiba. Aku buntu seketika. Macam mana agaknya aku semester hadapan. Muram. Aku termenung. Mendengar lagu kuat-kuat, itu cara aku melepaskan segalanya. Mendiamkan diri, itu juga cara aku menenangkan hati. Diam itu lebih bagus. Kadang-kadang aku takut dikala aku kurang baik, aku bakal menempelak balik. Hari ini aku buat orang di sekeliling aku terasa. Bukan sengaja. Aku tidak tujukan tindakkan ku kepada sesiapa pun. Aku hanya berfikir, meratapi apa yang telahpun terjadi. Hurmmm.. Aku minta maaf jika itu mengguris hati kalian. Tiada niat pun. Hurmm.. Aku sedar siapa aku tanpa kalian. :'(

Lots of love,
Natasha :'(

0 orang berkata: