Thursday, March 29, 2012

Semester 4 :)

Assalammualaikum,

Dalam tak sedar, satu lagi semester telah pun selesai. Hampir 2 tahun aku di sini. Rasa macam baru semalam je daftar masuk. Hehehe. Berangan betul. Macam macam warna dan corak telah aku lukiskan untuk semester ini. Rasa macam tak puas. Kini aku telah pun selamat pulang ke rumah tercinta. :) 

Kalau di imbas kembali, semester 4 ni macam macam kerenah ada. Kelakar je kalau ingat balik. Ada yang tergolek macam nangka busuk la. Ada yang sweet sweet la. Ada yang patah seribu la. Macam macam! Huhu. Kalau di ingat balik mesti tersenyum sorang sorang lah. 

Hurmmm. Semester depan dah nak final. Lepas tu masing masing dengan hala tuju sendiri. Hopefully, semuanya tak berakhir macam tu je. Teringin nak hangout dengan satu kelas macam dulu dulu masa part 1. Rindunya. :'( 

Last time, Pangkor. Next semester mana ek? Huhu. Guys, be prepare okay. :)


Next destination :)

Lots of love,
Natasha :)

0 orang berkata: