Friday, June 26, 2009

Sinar cahaya.

Setelah beberapa hari diriku dekat padaNya. Aku terasa diriku amat lah kerdil. Sekerdilnya si semut di celahan pokok. Aku kini bersujud dan berdoa padaNya. Aku kini telah sedar dari lamunanku selama ini. Aku telah sedar! Ya! ini bukan satu igauan atau mimpi ngeri, malah ini adalah kehidupan yang nyata. Aku reda atas suratan mu. Kini aku mencari kain yang putih itu. Ya, kain yang suci di kamarku. Aku menyelak baju-bajuku, sehingga aku menjumpai kain itu. Ini lah telekung solat ku yang selama ini tersimpan rapi,tersusun elok di dalam kamar itu. Telah sekian lama baru aku mencarimu. Aku kini harus berpijak di bumi yang nyata ini. Aku patut lupakan segala igauan yang fantasi semata-mata. Badanku kekok, kaku sementara. Terasa malu seketika. Aku kini mencuba sedaya yang mampu. Alhamdulillah, aku menuju ke jalan yang lurus. Setiap detik jika ku ingatkan pasti menyesal. Namun ia mengajar aku erti penyesalan. Doaku tidak berputus memohon ampun, tidak ada yang lain selain keampunan dariNya. Semoga ia berkekalan hingga nafas terhenti. Moga ia jadi teladan setiap manusia. Selagi termampu mengubah menjadi yang terbaik, teruskan lah sehingga berjaya.

tashanajwa.

0 orang berkata: