Monday, July 6, 2009

Persahabatan.

Persahabatan. Ya! Rakan, kawan, teman, sahabat. Pelbagai ungkapan yang terungkap dari satu perkataan itu. PERSAHABATAN. itu la sebuah ikatan yang murni, suci. ikatan yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi. Ianya tak perlu memiliki rupa paras yang cantik semata-mata, mahupun kayanya sekaya Sultan Brunei. Namun, niat hati setiap manusia berlainan cita rasanya. Bukankah begitu anda rasa? Inilah paradoks zaman serba moden ini, suka duka dikongsi bersama. Tidak ketinggalan yang hanya dikala suka dan gembira sahaja. Setibanya musibah, tinggallah kau bersendirian sunyi tanpa sokongan. Lumrah alam semuanya berekreasi begitu. Yang jujur sehingga lah lakonan semata-mata. Tapi bagi diriku, sebuah ikatan persahabatan itu tiada tolok bandingnya dengan apa pun di dunia ini. Memperoleh ramai kawan tidak lah satu kebanggaan. Biarlah sedikit tapi menyenang dan mengembirakan hati. Kebiasaannya kini memilih rakan dalam kalangan minat yang sama. Kawan boleh mendorong kita ke puncak kejayaan, malah ada juga kawan yang mampu menyesatkan kita. Hargailah sahabat baik mu. Sahabat harta yang paling berharga selain ibu dan bapa mu.

J.E Newton pernah berkata 'Manusia sunyi kerana mereka membina tembok dan bukannya membina jambatan' .

'Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan... daripada kelompok individu beginilah munculnya kegagalan' kata Alfred Adler, Pakar Psikologi Austria.

tashanajwa.

0 orang berkata:

Daisypath Friendship tickers