Thursday, March 29, 2012

Ulangtahun si kecik. ;)

Assalammualaikum,

Dear Little Princess, 

Happy Birthday!


Nurul Damia Binti Shamsuddin, 

Along doakan mia jadi anak yang baik, dengar cakap mama and papa, 
jangan nakal nakal AND paling penting jangan gedik. :p :p :p 
kalau nakal nakal along tak nak bagi chocolate. 
Loveyou mia gemok! :)

Lots of love,
Natasha :)


Semester 4 :)

Assalammualaikum,

Dalam tak sedar, satu lagi semester telah pun selesai. Hampir 2 tahun aku di sini. Rasa macam baru semalam je daftar masuk. Hehehe. Berangan betul. Macam macam warna dan corak telah aku lukiskan untuk semester ini. Rasa macam tak puas. Kini aku telah pun selamat pulang ke rumah tercinta. :) 

Kalau di imbas kembali, semester 4 ni macam macam kerenah ada. Kelakar je kalau ingat balik. Ada yang tergolek macam nangka busuk la. Ada yang sweet sweet la. Ada yang patah seribu la. Macam macam! Huhu. Kalau di ingat balik mesti tersenyum sorang sorang lah. 

Hurmmm. Semester depan dah nak final. Lepas tu masing masing dengan hala tuju sendiri. Hopefully, semuanya tak berakhir macam tu je. Teringin nak hangout dengan satu kelas macam dulu dulu masa part 1. Rindunya. :'( 

Last time, Pangkor. Next semester mana ek? Huhu. Guys, be prepare okay. :)


Next destination :)

Lots of love,
Natasha :)

Sunday, March 11, 2012

Cot Cet Cot Cet :p :p :p

Assalammualaikum,

Pagi indah. Nyaman rasanya. Segar! :) Tersenyum memikirkan pekara yang dibicarakan malam tadi. Aku masih tertanya, adakah ia akan berakhir begitu sahaja. Akal mati seketika. Ku pejamkan mata. Segala coretan masih segar di ingatan. Lega setelah bercerita tentang segalanya. Katanya aku adalah rakan baiknya, tak kan pernah penat mendengar segala bebelan ku. Pasti penat bukan? :p :p Aku masih lagi tersenyum sehingga ke pagi ini. Semoga kamu menjadi teman terbaik untuk meneruskan perjuangan ini. 

*Saya sayang awak okay. :)

Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, March 7, 2012

A B C 1 2 3

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik. Sekarang ni aku dah nak final pun. Sekejap je rasa. Macam tak sedar langsung masa berjalan. Haihh. Segalanya dah selesai. Just few things lagi je. Hopefully its going to be okay lah kan. Study week pun tak rasa macam study week je. Nak balik, tapi malas AND banyak kerja kalau ikutkan. Takut balik rumah tak study pulak nanti. Atleast kalau duduk sini, sentuh jugak lah buku tu. Kalau kat rumah, berhabuk la jawapnya. Hehehe. :) Tak apa, stay positive. Duduk sini, study. Tusyen ye anak-anak. Harus mengulangkaji semuanya. Kata nak score semester ni. Insyallah, Aminnn.

*Ingat ye anak-anak :)

Lots of love,
Natasha :)

Thursday, March 1, 2012

Mereka :')

Assalamualaikum,

Hari yang kurang baik agaknya bagi aku. Mungkin pembalasan masa silam aku agaknya. Haihh. Keadaan menjadi parah pula tiba-tiba. Aku buntu seketika. Macam mana agaknya aku semester hadapan. Muram. Aku termenung. Mendengar lagu kuat-kuat, itu cara aku melepaskan segalanya. Mendiamkan diri, itu juga cara aku menenangkan hati. Diam itu lebih bagus. Kadang-kadang aku takut dikala aku kurang baik, aku bakal menempelak balik. Hari ini aku buat orang di sekeliling aku terasa. Bukan sengaja. Aku tidak tujukan tindakkan ku kepada sesiapa pun. Aku hanya berfikir, meratapi apa yang telahpun terjadi. Hurmmm.. Aku minta maaf jika itu mengguris hati kalian. Tiada niat pun. Hurmm.. Aku sedar siapa aku tanpa kalian. :'(

Lots of love,
Natasha :'(

Daisypath Friendship tickers