Saturday, October 22, 2011

Seminggu di perantauan :)

Assalamualaikum,


*alahai kurusnya la den masa ni.

Hari ni aku sibuk godek-godek external lama. Tiba-tiba jumpa lah balik dengan gambar masa form 3 dulu. Alahai, menangis kalau tengok. Haha. Masa ni kurus je, rambut lawa lagi. Sekarang ni dah gemuks + rambut dah tak lawa macam dulu. Muka suci je. Haha. *okay mula mengarut.

 *meluangkan masa bersama korang adalah salah satu kenangan yang terindah. Even training dalam dorm tak pernah dibuat orang, kita dah buat. :p


Aku baru je balik dari johor beberapa hari yang lepas. Ada game karisma kat sana. Bunyi macam gempak je masa first tu. But then, sedih dengan keadaan aku kat sana. Macam nak tak nak je pihak pengurusan tu jaga team aku. Plus aku dah diberi tanggungjawap jadi kapten pulak. Makin berat lah bahu memikul. Nak jaga anak-anak buah bukan senang woi. Hurm. Kami seharian tak makan kat stadium. Untunglah team kelantan tumpangkan team aku balik and singgah makan dulu kat Angsana Mall, Johor. Memang sedih la bila pengurus kelantan tanya kat aku tentang bas Puncak Alam. Alahai, sayu je hati masa tu.. Aku duduk termenung je kat tepi tingkap tahan air mata. Sedih kut bila kena perli semua. Balik pun dapat bas tah apa-apa. dengan memecut bukan main laju lagi, kecut perut duduk dalam bas. Sampai kat puncak pulak kena tidur kat surau, sebab tak diberi penempatan kat ktorg. Hurm. Apa-apa pun, kiteorg still having a good time. Even keluar kene panggil teksi sendiri, kene perli dengan coach ke. Ktorg tolak semua benda ke tepi. Sebab ktorg tau kalau ikutkan sangat dengan pengurusan yang macam tu, comfirm ktorg tak ke mana. So sempat la berkaraoke and ber-boling kat angsana tu. Walau tak lama, tapi hubungan aku dengan jorang rapat. Harap sangat hubungan ni akan berkekalan sampai bila-bila. :)

Lots of love,
Natasha :)

1 orang berkata:

SarjaN yO said...

nice blog...teruskan menulis...good luck..