Wednesday, October 26, 2011

Puitiskah?

Assalamualaikum,

Di kala aku keresahan, hanyut di buai malam nan kelam. Aku buntu dengan segala permainan yang menjerat diri ini. Seakan terdengar setiap hembusan nafas itu. Sayup sahaja kedengaran bunyinya. Haih. Apa saja lah yang akan melanda diri ini lagi. Puas aku termenung, di sambung pula dengan pertanyaan yang tak pernah terjawap. Andai kata setiap ujian ini mampu menguatkan diri ini, aku terima. Cuma padamu aku berserah. Nada-nada lagu tersusun merdu menghanyutkan diri ku ini. Bagai mengimbas kembali sejarah silam. Mengapa ya? Aku buntu sekali. Hairan. Semuanya kerana dia. Hurmm.. Mungkin dulu aku bernyanyi riang bersama teman-temanku. Kini aku hanya berlagu seorang diri.


* lagu-lagu indah sentiasa bermain di fikiran :)


Lots of love,
Natasha :)

0 orang berkata: