Saturday, August 13, 2011

Patah tumbuh, Hilang berganti.



Assalamualaikum,

Ku hirup udara segar di tengah pagi. Nikmatnya ku rasa. Tuhan telah pun menjawap doaku. Akhirnya! Pada mulanya, ku ketuk pintu hati ku dan bertanya. Adakah ini yang engkau mahu wahai Natasha? Aku terdiam sementara. Ya, ini adalah noktah buatku. Demi masa depan dia, dia, dan aku. Aku mulakan langkah yang baru dan berdoa agar menemui yang dijodohkan untukku. Tidak lah aku hebat, jangan engkau salah ertikan. Aku ini manusia biasa yang mempunyai naluri. Aku ini juga wanita yang turut punya hati kecil. Perit untuk ditelan, tapi ianya sementara.

Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha mengerti. Aku mohon hilangkan perit ini segera, agar aku tidak meratapi. 
Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha berkuasa. Aku mohon berikanlah kebahagiaan aku di kehidupan yang seterusnya. 
Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha mendengar. Aku mohon agar engkau tetapkan hati dan juga pendirianku. 

Langkah demi langkah aku susuri. Niat dihati memang untuk menyusuri ke jinjang pelamin. Tapi langkahku memesong akhirnya. Tidak mengapa, aku tahu pasti ada yang datang menemani. Dulu ada yang berkata padaku, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sesungguhnya aku tidak takut, cuma mungkin aku tidak lagi kukuh untuk berumah di tepi pantai. Baru separuh di bina, digegar tiangnya lalu runtuh semua. Tidak mengapalah. Aku akan bina yang baru sendirian. Semoga nanti ada yang datang membantu, tapi bukan meruntuhkan.


Lots of love,
Natasha.

Monday, August 8, 2011

Hidup yang tiada ertinya

Assalamualaikum,

Takbir mula berkumandang. Sayup sahaja kedengarannya di pagi hari ini. Hembusan angin mula menyapa diriku. Aku hanya mendiamkan diri. Berdiri di sudut itu, angin mula menyanyikan lagu mengikut irama. Dingin tapi tenang dihati. Fikiran ku mula ikut melayang bersama. Hidupku indah, tapi penuh dengan ujian. Titisan demi titisan menyusuli. Sebak. Aku kira dia tak mungkin kembali. Walau pujukan sehebat manapun. Aku tak mungkin kembali. Buku lama telah aku tinggalkan di masa silamku. Aku wanita, begitu juga dia. Aku mengerti apa yang dia rasa. Tidak mungkin aku menyakiti wanita sekaum denganku. Ingatkah engkau dimasa itu? Haih. Hati ku kini tersentap kembali. Aku pasrah Ya Tuhanku. Lindungilah hambamu ini. Aku tak ingin disakiti lagi. Pagi ini aku mengharapkan sesuatu darimu Ya Tuhanku. Tunjukkanlah aku.




Lots of love,
Natasha.

Saturday, August 6, 2011

Puas?

Assalamualaikum,

Jiwa dan sanubari yang tenang kini goyah kembali. Mengapa? Aku tak mengerti mengapa engkau kembali. Engkau memang dengki! Dengki dengan kesenangan jiwa aku. Kannnn? Sudah aku katakan dulu, aku bukan yang terbaik, jangan engkau berpaling kembali. Teruskanlah hidup yang telah engkau pilih. Titik.



Lots of love,
Natasha

Wednesday, July 27, 2011

Abu pergi pekan. Fullstop!

Maaf! :'(

Assalamualaikum

Salam diberi pembuka bicara, nada disusun mengikut irama. Haih, dunia.. Hari ni aku dah buat salah. Maaf kan lah hambamu ini ya tuhan. Sesungguhnya aku telah menyakiti kawan aku. Tak sengaja. Tak ada niat pun nak tengking. Manusia tak lari dari membuat kesilapan. Tekanan hidup yang dilalui sejak beberapa hari ini membuatkan aku menjadi tersekat dengan setiap perlakuanku. haih. Bersalah rasa, aku tak pernah nak tengking-tengking orang. Tekanan! :'(


p/s : sorry, tak sengaja. aku sayang kawan aku. hurm..

Lots of love,
Natasha

Monday, July 25, 2011

Semalam bukan hari ini.

Assalamualaikum

Satu demi satu dugaan yang datang. Aku redha, aku terima seadanya. Tapi tak usah kau ragut senyuman itu dari aku. Tak tahu malu ke? Hurmm.. Sedih, sebak. Air mata yang aku tumpahkan bukannya free, sakit dada dek sebab sebak jantung nak terkeluar. Hidup oh hidup. Katanya kalau tak begitu, bukan hidup namanya. Tapi pernah ke kau datang untuk membetulkannya kembali setelah kau jatuhkan aku sedemikian rupa. Pernah? Pujukan demi pujukan hati yang aku tempuhi. Tolong, boleh tak? Tolong jangan nak buat drama dah kat sini. sangat menghargai pertolongan anda. thankyou.


Lots of love,
Natasha

Sunday, July 24, 2011

Mengeluh lagiii..

Assalamualaikum

Hati berdegup kencang, seakan nafas yang tercungap-cungap dek kerna naik tangga. Hati ku yang sudah pun mula riang kembali, direntap dengan tiba-tiba. Aku terpaku. Kenapa kau. Kenapa? Apa lagi drama yang kau ingin tonjolkan di sini. Tak perlu. Kenapa kau harus menyeksa batin ku sebegini rupa. Kau datang dan pergi. Kau hadir tika aku mula meraih senyuman itu. Kau rentap dengan sesuka hati. Perlu ke? Bagaikan nadi yang terhenti buat seketika. Jantung bagaikan nak gugur ke tanah. Luka mulai rabak. Hati mula berdetik masa lampau... Kenapa??

Ya tuhan ku, sesungguhnya hanya engkau saja yang mampu menguatkan semangatku.





Terseksa sanubari,
Natasha
Daisypath Friendship tickers