Saturday, August 13, 2011

Patah tumbuh, Hilang berganti.



Assalamualaikum,

Ku hirup udara segar di tengah pagi. Nikmatnya ku rasa. Tuhan telah pun menjawap doaku. Akhirnya! Pada mulanya, ku ketuk pintu hati ku dan bertanya. Adakah ini yang engkau mahu wahai Natasha? Aku terdiam sementara. Ya, ini adalah noktah buatku. Demi masa depan dia, dia, dan aku. Aku mulakan langkah yang baru dan berdoa agar menemui yang dijodohkan untukku. Tidak lah aku hebat, jangan engkau salah ertikan. Aku ini manusia biasa yang mempunyai naluri. Aku ini juga wanita yang turut punya hati kecil. Perit untuk ditelan, tapi ianya sementara.

Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha mengerti. Aku mohon hilangkan perit ini segera, agar aku tidak meratapi. 
Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha berkuasa. Aku mohon berikanlah kebahagiaan aku di kehidupan yang seterusnya. 
Ya Tuhanku, sesungguhnya engkau maha mendengar. Aku mohon agar engkau tetapkan hati dan juga pendirianku. 

Langkah demi langkah aku susuri. Niat dihati memang untuk menyusuri ke jinjang pelamin. Tapi langkahku memesong akhirnya. Tidak mengapa, aku tahu pasti ada yang datang menemani. Dulu ada yang berkata padaku, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sesungguhnya aku tidak takut, cuma mungkin aku tidak lagi kukuh untuk berumah di tepi pantai. Baru separuh di bina, digegar tiangnya lalu runtuh semua. Tidak mengapalah. Aku akan bina yang baru sendirian. Semoga nanti ada yang datang membantu, tapi bukan meruntuhkan.


Lots of love,
Natasha.

0 orang berkata: