Monday, November 4, 2013

Sengih berbicara

Mudah kan?
Bila kau rasa kau perlukan,
Meraba raba
Mahupun di dalam semak,
Tetap kau cari.

Tapi bila kau rasa
Kau tak perlu aku,
Kau tepis aku
Tanpa sedikit pun rasa.

Kau rasa?
Aku tak mudah berbicara.
Tapi sekali yang keluar itu
Pedih.

Kau nak? 
Sanggup ke?
Sekurang kurangnya aku sempat toleh
Dan memikir.
Tapi tidak orang lain.


Thursday, September 19, 2013

Aku benci kau

Assalammualaikum,

Kau.
Kau dan barang kau
Boleh angkat kaki dan jalan
Aku dah malas.
Kau sila jalan
Serious.
Silakan.

Bye.

Saturday, September 7, 2013

Ikut suka hati namanya.

Assalammualaikum,

Salam diberi pembuka bicara. Ermm. Mauk cerita apa ya pada kalian? Hehehe. First, pejam celik pejam celik dah nak habis cuti diploma. Now dah kena ready untuk daftar masuk as a degree student. Excited but in the same time nervous. Kenapa nervous? Gila tak nervous! Otak dah dibekukan sementara cuti dengan penambahan lemak bukan sahaja di perut dan bahagian lain, tapi di bahagian otak juga. Hahaha. Kesimpulannya, bukan otak tidak digunakan sepenuhnya. tapi tidak digunakan dengan cara yang extreme just like masa diploma. Hahaha. Another thing is, most of the time duduk rumah bukan ada baca buku yang berat berat ke apa. Tak ada nak kena hafal apa-apa pun. Ni kena prepare Art Law bagai. Hafal hafal!

Ya Allah, kau permudahkanlah hari hari untuk menempuhi degree ini. Lapangkanlah dadaku agar mudah menerima ilmu mu Ya allah. Murahkan lah rezeki kami, ringankan beban kami. Berkatilah kami.

Aminn.

Raya dah habis kan. Best tak? What i would say that this year okay la.. Dapat gather dengan kawan kawan sekolah yang lebih kurang 3 tahun tak jumpa. Merantau raya raya ke negeri orang. Konvoi gila gila punya this year. I rather spending my time talking chit chat with people who actually really spent their time for these type of occasion, like raya raya. and not just playing with gadget and talk about idiot things such as rebut rebut harta or what. Huhu. But now raya dah habis kan. Make a new healthy lifestyle after this. Jumpa kawan kawan yang dah berapa lama takjumpa tu. Keep in touch, keep updating about your surrounding. Bukannya buat hal sendiri ke apa. Make something new in your life. Tak rugi pun. :)

Lastly, to those yang berminat nak buat PRE Wedding, Post Wedding video, or nak hired photographer ke. Let me know. :) or else you guys boleh visit 

www.facebook.com/ActionToCutProductions
 or 
can just inbox me nnajwa.sham@gmail.com 

hahaha. Promo tak habis. cerita takda berkesinambungan langsung. Dari awal sampai akhir. Pedulik pelak gua. huhu. till then.




Lots of love,
Natasha :)

Thursday, September 5, 2013

Coklat yang pahit.

Assalammualaikum,

Yang gula itu, semua orang suka.
Berikan pada sesiapa sahaja,
Pasti ada yang tersenyum riang.

Sama juga dengan diriku jua.
Kau berikan gula kapas patutnya,
Bukannya coklat pahit,
Bukan juga kelat necaffe.

Tak inginkan apa,
Cuma kasih yang diberi tanpa meminta,
Cuma hadiah yang tulus dari jiwa,
Dan semua datang tanpa mengira.

Aku tak perlukan majlis berbentang karpet merah,
Aku tak perlu hadiah berjuta juta,
Aku tak perlu bunga berlambak lambak,
Aku tak perlu.

Cuma sesuatu yang ikhlas
dan yang sepatutnya aku terima.

Thursday, August 15, 2013

Kan dah sampai.

Assalammualaikum.

Dah raya dah kan. Selamat hari lebaran semua! Takda bahan la nak cerita dengan hangpa semua.

Yang pasti aidilfitri kali ni tak sehebat tahun tahun yang lepas. Mungkin dek kerana situasi yang bergelora.

Adat lah. Tak semua indah kan. Maka tuhan itu sengaja mencipta ribut taufan itu sebelum diganti dengan pelangi indah.

Semua serba tak kena lah tahun ni. Sabar itu tetap ada. Tapi kadang tu ada tersasul jugak lepaskan geram. Manusia kan tak sempurna.

Takpe. Redha je dengan ujian tahun ni. Yang penting usaha perbaiki keadaan tu ada. Tak kesah lah.

Ada sesuatu yang Allah tu simpan untuk tahun depan ke. Mana la tau.

Bersangka baik lah tentang semuanya, sebab segala yang disebut itu adalah sebuah doa. :)

Ceria ceria kan diri anda di hari raya. Jangan lupa pos duit raya kat kitewww! Hahaha.
Toodles.

Lots of love,
Natasha ;)

Wednesday, July 10, 2013

The war is back! :)

Assalammualaikum,

Hari berperang bakal tiba kembali. Hehehe. Apa yang perang tu? Ni nak kabor ni. Keputusan untuk sambung degree dah keluar. Maka dengan itu, hajat teman untuk sambung degree telah terlaksana. Weee..
Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugakkan. Plus, hari graduation pula bakal tiba tak lama lagi. Senyuman ini aku harapkan akan kekal hingga ke garisan penamat itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Oh tuhan, permudahkan segala urusanku. Aminn.

Lots of love,
Natasha ;)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan bakal tiba.

Assalammualaikum,

Lusa ramadhan bakal muncul lagi buat ke sekian kalinya. Aku rindu pada musim ramadhan. Bulan paling penuh dengan rahmat yang maha esa.
Masih sempatkah untuk bertemu ramadhan kali ini. Semoga tuhan panjangkan umur aku untuk beribadah di dalam bulan yang penuh kebaikkan ini.
Tingkatkanlah usaha dalam mencipta bahagia didunia dan akhirat. Semoga bulan bonus ini dimanfaatkan bersama sama.

Lots of love,
Natasha :)

Tuesday, June 25, 2013

My angels

Assalammualaikum,
Takda apa yang hebat hari ni. Cuma aku rindu mereka ini. Buah hati pengarang jantung. Teman bergolek bersama katanya. Masing masing jauh. Aku kat kl, depa sorang kat tanjung malim, sorang kat machang. Tapi walaupun jauh, masih bergelak ketawa bersama. Kalau la tuhan tu dapat tunjuk macam mana banyaknya aku rindu kan bagus.
P/s : bila nak mandi wet world sama sama. Orang dah lama tak terjun terjun taman tema. Nnt kite jenjalan ek.
Lots of love,
Natasha :'(

Monday, June 24, 2013

Untuk engkau yang berjiwa kejam

Assalammualaikum,

Tak banyak yang aku ingin perkatakan. Cuma aku ingin menyatakan, jika kau sakiti dia, kau lukai dia.
Ketahuilah sesungguhnya engkau telah menjadi manusia yang kejam.
Aku tak faham dengan kehendak dan kemahuanmu. Fahamilah dia telah menurut segala yang diperkatakan. Tapi kau?
Aku terasa peritnya melihat dia derita, kecewa.
Jadilah manusia yang punya pertimbangan rasa.
Tetapkan pendirianmu. Buangkan segala rasa ragu-ragu.
Kenapa memilih jalan sengsara.
Aku kecewa!

Lots of love,
Natasha :'(

Friday, June 21, 2013

Satu kesalahan

Assalammualaikum,

Gemuk tu satu kesalahan ke?
Gemuk tu satu jenaka ke?
Gemuk tu satu bahan ujikaji mungkin?
Gemuk tu diukur bagaimana?

Aku tak rasa gemuk tu salah. Tapi manusia sering menyalahkannya.
Aku rasa aku gemuk, tapi atas sebab kelalaian diri aku sendiri. Atas sebab kemalasan diri aku.
Tapi yang berkata kata itu, sila jaga batas. Sekali aku cepuk, mungkin kau akan terus membisu.
Aku jarang lontarkan kemarahan. Tapi aku tetap manusia biasa, punya had had tertentu.

Lots of love,
Natasha. :)

Tuesday, June 18, 2013

Doa buat diri aku.

Assalammualaikum,

Sudah jam 3.45 pagi, tapi mata masih tak menunjukkan tanda mengantuk. Masih lagi duduk menonton tv cerita P.Ramlee. Hidup yang dikatakan terbalik. Sekian lama tak meluah rasa disini. Aku sebenarnya masih lagi bingung tentang keadaan yang tak tahu bagaimana mahu dikata. Apa ya? Berat bebanan di bahu. Aku pasti semuanya ada hikmah. Kuatkan semangat wahai diri. Tak mengapa, hari ini mungkin kurang bernasib baik, di kemudian hari siapa yang tahu. Haihh dunia. 

Ya tuhan, 
Aku meminta padamu,
Murahkan rezeki aku,
Sihatkan tubuh badanku,
Permudahkan perjalanan hidupku,
Semoga engkau sentiasa memelihara hambamu ini.

Aminn.


Lots of love,
Natasha :')

Monday, June 17, 2013

Demi segalanya.

Assalammualaikum,

Manusia kadang alpa. Perlu disedarkan dari mimpi yang sementara. Perlu ditepuk tampar sebelum nampak yang nyata. Mungkin itu istilahnya hidup. Ada asam garam kehidupan sebagai rencahnya, baru cukup rasa. Aku mungkin tidak melatah dengan segala tindak tanduk nya. Namun aku tak pasti. Tak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Bertahan sebelum aku melangkah.

Wahai diri.
Jadilah orang yang cerdik akalnya
Jadilah orang yang tabah hatinya
Jadilah orang yang teguh peribadinya

Semoga engkau permudahkan segala.

Amin.

Lots of love,
Natasha ;)

Miliki

Assalammualaikum,

Aku punya mata
Mata aku sering memerhati
Kadangnya dari jauh
Kadangnya betul betul didepan

Aku punya telinga
Telinga aku sentiasa terbuka
Mendengar segala madah yang gembira
Mahupun yang gundah gulana

Aku punya hati
Hati aku sentiasa berkata
Kadangnya benda yang tak pernah ada di benak akal
Kadangnya pula sudah terang lagi bersuluh

Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, May 22, 2013

Seutuh kasih ikatan janji

Assalammualaikum.

Bila masa dan jarak memisahkan, maka engkau wahai manusia jangan putus meminta doa. Bila jarak menjadi kuasa, maka dekatkanlah diri dengan yang maha Esa. Namun bila masa mengambil alih tugasnya, jangan engkau leka dengan dunia. Kerna ianya hanya syurga sementara. 

Kurang lebih aku, dia lengkapkan. Kurang lebih dia, aku cuba lengkapkan. Hanya itu yang terdaya. Namun semua takkan berlaku jika tanpa usaha. Aku sedang mengenal erti hidup di dunia. Aku sedang mengenal apa kehendaknya cinta. Aku sedang mengerti apa sifatnya di dunia.

Oh Tuhan, 
Engkau yang maha berkuasa bukan?
Tolong aku tuhan,
bantu aku 
Pimpin aku
Dimana silapnya
Aku buta barangkali
Jadi aku minta
Perlihatkanlah padaku
Apa itu dunia.



Amin.



Lots of love,
Natasha :')

Friday, May 10, 2013

Saya cerita, awak baca.

Assalammualaikum & salam jumaat,

Bila agaknya kali terakhir kita bersua? Tanda tanya yang muncul buat seketika. Mengimbas memori di ingatan. Mungkin semasa ketiadaan air. Bilakah itu ya? Ermm. Awal bulan kut. Haih. Kenapa dan mengapa. Janganlah ditanya. Pasti jawapan yang terpacul 'entah'. Sukar mencari punca. Adakah ia semakin pudar. Keduanya tidak mahu perbaiki. Bukan. Masing masing mungkin kesibukan. 

Kini kita dalam kesamaran itu. Bila ia akan kembali cerah, itu aku pun tak pasti. Kau kata kau usahakan, tapi sepertinya tidak. Terkadang itu, aku rela bersendiri. Terlalu banyak yang harus difikirkan selain cerita ini. Sepi tidak bermakna hilang, sepi itu tanda memberi peluang. Cuba faham.

Saki baki perit dihati masih berbekas. Tidak tahu bagaimana cara untuk melenyapkan. Sesungguhnya aku rasa ianya tidak kuat. Bukan aku yang memadamnya. Bila difikir, dimana silapnya? Persoalan itu, hanya kau yang tahu. Mungkin juga aku sepertinya telah putus asa. Hurm. Mungkin juga. Aku tidak kesah. Selagi adanya rasa, ku turutkan jua.

Seperti yang aku pinta, pupukkanlah kembali jika tidak mahu kehilangan. Semaikanlah, hidupkanlah bait bait cinta. Sejujurnya aku tidak rasa. Mungkin satu ketika dahulu ya, tapi seperti iklan ditelevisyen, dunia semakin berubah, manusia turut berubah sama. Jika kau alpa, engkau yang tertinggal.

Jika engkau yang ku maksudkan membaca. Fahamilah sebaiknya.





Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, May 8, 2013

Lihat jam itu.

Assalammualaikum,

jam sudah pun menunjukkan angka 4.35, dan aku masih berjaga. Ingin sekali melelapkan mata dibuai mimpi indah, tapi tidak berjaya. Apakah keserabutan ini menyebabkannya. Hurmm. Aku pun tak pasti. Letih tidak jugak reda tatkala melihat timeline yang agak semak dengan isue semasa yang tidak juga reda. Nasib la. Celaru jadinya. Alunan ayat suci bermain di pembesar suara telefon bimbit milik aku. Berdoa agar diberi ketenangan dan dipermudahkan segala jalan bagiku. Semoga dimakbulkan. Amin.



Lots of love,
Natasha :)

Saturday, May 4, 2013

Debu

Assalammualaikum, 

Buat seketika, mungkin blog usang ini berdebu. Debu debu ini buatkan nafasku sesak dan kian sempit. Oh, mungkin ada yang tertanya apa yang terjadi. Seribu tanda tanya mungkin timbul lagi. 

Terima kasih bagi yang memberi semangat. Aku cuba bangkitkan diri ini. Aku ingin sekali menghapus segala mainan dunia. Semoga tuhan tabahkan diri ini.

Oh ya, nyaris saja aku terlupa. Kepada yang rasa tersakiti, ku pohon ampun. Segala yang tertulis disini tidak sesekali ditujukan pada mereka mereka yang terasa. Ini sekadar luahan hati telus dari jiwa. 

Kepada yang menyakiti, semoga kalian menemui jalan pulang. Aku maafkan kalian. Sesungguhnya tuhan itu maha adil bukan? Tidakkah engkau takut akan kuasa yang maha esa. 

Ucapan terima kasih buat kalian yang sudi membaca. Mungkin doa buat aku semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sudah cukup. Amin.

Sekali lagi aku ingin katakan, maaf. 




Lots of love,
Natasha :)

Friday, April 19, 2013

5 huruf.

Assalammualaikum,

Lama dahulu,
Berkembang mekar,
Segar.
Kemana menghilang?

Hambar kesuraman,
Pudar.
Kian layu dan bakal kering.

Berusahalah.
Jangan biar mati terkulai.
Kau mahu, maka berusahalah.
usahakanlah sebelum terlambat.



Lots of love,
Natasha. 

Tuesday, April 16, 2013

Tekan dan tekan dan tekan lagi

Assalammualaikum,

Di situ aku berdiri, memandang ke arah sana. Sendirian bertemankan sepi. Aku kaku disitu. Mengeluh. Tak siapa yang tahu rasa dihati. Kepala turut berpusing. Senada hembusan nafas dan nadi. Kalau diberi pilihan, pasti berbeza jalanku. Tapi ketentuan ilahi tak siapa berani menghalang. Aku tatap lembut. Ku genggam erat. Ku semat di dalam hati. Langkah demi langkah tersusun kemas.

Ya tuhan,
Aku mohon,
Tetapkan hatiku ini,
Kuatkan jiwa raga ini,
Aku lemah tanpamu,
Aku serahkan segala ketentuanku padamu,
Hanya kau yang tahu apa yang terbaik bagiku,

Aminn.


Lots of love,
Natasha :'(

Sunday, March 31, 2013

Kembali

Assalammualaikum,

Lama aku biarkan tempat usang ni. Bagi yang merindui, sorry la gua busy banyak kerja. :p :p :p Rasa macam dah lama sangat tinggal. Cerita pun banyak jugak yang tercicir. Aku menulis sekadar untuk meluah rasa. Rasa rindu, rasa sedih, rasa ralat. Semuanya. Janggal terasa. Nak mula dari mana? Bait bait kata mulalah disusun. 

Selama aku tinggalkan blog ni. Banyak betul dugaan yang aku terima. Dari yang di jangka sehinggalah luar jangkaan. Dari satu ke satu perenggan aku lalui. Perit, usah dikata. Ermm. Tapi dari mana mahu ku mula? 

Semester yang kulalui penuh rasa tabah, tapi kadang kadang tergelincir juga. Dari mula diuji hebat. Sepi. Tapi aku terus melangkah. Lama kelamaan muncul pula dikatanya Mak enon. Aku ikutkan saja. Sudah ku katakan dugaannya hebat. Segalanya baik pada mula, sehinggalah jatuh merudum. rebah melutut. Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana. Hati dihujani renyaian hujan, tidak juga reda. 

Langkah demi langkah ku gagahkan jua. Ada yang menghulurkan tangan. Oh, terima kasih kerana bukakan peluang. Aku mulai gagahkan diri. Aku cuba naiki anak tangga itu. Tersekat. Oh entah mengapa. tapi masih mencuba. 

Masanya makin hampir aku rasa. Oh debaran usah la kau menjengah. Peritnya. Kini aku sampai ke penghujungnya. Aku harap aku lihat kebahagian di pangkal jalan itu. Sinar. Tuhan, tolong aku. Aku perlukan kekuatanmu. 





Lots of love,
Natasha :')
Daisypath Friendship tickers