Friday, July 22, 2011

Ia datang kembali...

Assalamualaikum

Hari sudah pun larut malam. Mungkin sudah pun berganti siang nanti. Aku bersendirian di sudut ini. Aku mungkin tiba-tiba teringatkan dia. Namun aku masih tertanya-tanya, Mengapa perlu aku sedemikian. Bukalah mata natasha, Lihat! Dia bukan lagi milik kau. Kenapa perlu kau seksa diri. Aku tak mampu untuk menghilangkan dia dari diri aku. Terlalu manis perkenalan aku. Tapii... Lihat! Tak mungkin natasha. Jangan teruskan... Bukalah mata, lihat kiri dan kanan. Mereka menanti dan mengharapkan harapan yang benar dari engkau. Aku hanya mampu berkata-kata, dan aku tak mampu berkata-kata lagi. Hakikatnya aku tiada sesiapa untuk disayangi. Kekosongan itu sangat terasa. Kenapa semua persoalan ini silih berganti pertanyaannya. Aku sendiri tidak mengerti tentang hati ini. Kau patut buangkan semuanya. Sedarlah, tiada siapa yang sudi datang memujuk. Hati yang hancur payah bercantum kembali. Bangkitlah wahai semangat, kau perlu tabah dalam persoalan ini. Jangan pernah membiarkan dia menyakiti engkau lagi, dan lagi, dan lagi. JANGAN! Lihatlah siapa yang menantikan kau natasha. Ada, memang ada. Namun, adakah ia akan terguris lagi selepas ini?

Hapuslah air mata...


Malam bersalut air mata,
Natasha

0 orang berkata: