Sunday, June 26, 2011

Duniawi pun takboleh sangat!

Hurmmm... Start aje blog dah mengeluh. Bukan mengeluh sebab apa pun, mengeluh sebab dunia yang sekarang ni semakin menjadi. Al-maklumlah, orang ramai nak kejar kebendaan, rupawan, segala yang bersifat keduniaan. Bukan nak jadi ustazah, tapi kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. tengoklah berita sekarang. Macam-macam kes yang jadi. Buang anak, bunuh diri, sumbang mahram, kes rogol. Apa lagi yang manusia zaman sekarang ni nak ye? Tak cukup ke dengan petanda-petanda akhir zaman yang dah ditunjukkan. Aku bukan sekadar berceloteh kosong. Aku menasihati sambil mengingatkan diri aku sendiri supaya berubah la selagi termampu dan selagi waktu itu ada. Masa itu sangat mencemburui kita, ingatlah wahai manusia sekalian. Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Sujudlah pada yang Esa, pasti dia ketahui dan menghulurkan bantuan.


Love,
Natasha. :)

0 orang berkata: