Monday, June 27, 2011

hati oh hati!

Haih. Duniawi yang sangat menyesatkan umat manusia. Aku di sini bukan untuk berfalsafah. Tapi aku sedih. Sedih dengan kewujudan manusia yang munafik ini. manis di bibir, tapi dihati, tuhan yang tahu. Aku sedih dengan anak muda yang telah disesatkan dek air kencing syaitan yang kini semakin bermaharaja lela di duniawi. Wahai anak-anak adam, bangkitlah kamu dari mimpi ini. bukan ini tujuan sebenarmu di dunia. Ingatlah!


Love,
Natasha.

Sunday, June 26, 2011

Duniawi pun takboleh sangat!

Hurmmm... Start aje blog dah mengeluh. Bukan mengeluh sebab apa pun, mengeluh sebab dunia yang sekarang ni semakin menjadi. Al-maklumlah, orang ramai nak kejar kebendaan, rupawan, segala yang bersifat keduniaan. Bukan nak jadi ustazah, tapi kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. tengoklah berita sekarang. Macam-macam kes yang jadi. Buang anak, bunuh diri, sumbang mahram, kes rogol. Apa lagi yang manusia zaman sekarang ni nak ye? Tak cukup ke dengan petanda-petanda akhir zaman yang dah ditunjukkan. Aku bukan sekadar berceloteh kosong. Aku menasihati sambil mengingatkan diri aku sendiri supaya berubah la selagi termampu dan selagi waktu itu ada. Masa itu sangat mencemburui kita, ingatlah wahai manusia sekalian. Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Sujudlah pada yang Esa, pasti dia ketahui dan menghulurkan bantuan.


Love,
Natasha. :)

Monday, June 20, 2011

itu ke ini ke. same, okay?

Dulu katanya tak sedia bertudung, tapi sekarang dia lebih memilih yang berlitup itu. haih. salah aku lagi?? -.-'



Sunday, June 19, 2011

ya rabb lindungilah!

Assalamualaikum :)

Hati sayu. Ego direndahkan serendah-rendahnya. Dendam terhapus dengan seikhlas hati.
Ya rabb, aku hanya ada kau sebagai tempat aku mengadu siang dan malam. Sesungguhnya kau lebih mengerti apa yang terkandung di hati ini ya pencipta. Tunjukkanlah jalan yang benar kepada hambamu. Tenangkanlah jiwa ini ya tuhanku. Lindungilah aku dan seluruh keluargaku di dunia dan di akhirat Ya Allah.

Friday, June 17, 2011

Berhentilah, tolong!

Hari ini, malam ini. Kenapa aku rasa bagaikan ada saja yang tak kena. Aku tidak mengerti. Sungguh tidak mengerti. Keluhan dari hati, satu persatu diluahkan. Selama ini ku pendam, biarkan ia terbuku di dalam hati. Tapi bagaimanakah keadaan untuk selepas ini? Aku runsing, sangat runcing. Mengapa aku yang dipilih untuk diuji sedemikian. Hai tuhan, aku sangat memerlukan kekuatan. Sesungguhnya aku sangat lemah ketika ini. Hentikanlah semua ini wahai insan pendusta. Sesungguhnya aku tidak sanggup meneruskan semua ini lagi.

Thursday, June 2, 2011

Bila hati berkata-kata...

Putus Asa!
itu sahaja yang aku fikirkan buat masa ini. terlalu berat. kepala aku ini bagaikan dihentam oleh batu yang besar. sungguh menyakitkan. aku benci semua ini. aku sangat membenci keadaan yang sedemikian rupa. salahkah aku? aku dah tak macam diri aku yang dulu. tapi kau. kau yang berubah seperti aku yang dulu. aku mengharapkan sesuatu yang baik bila bersama kau. tapi pulangan yang aku dapat hanyalah kecewa. aku tidak mengerti. mengapa semuanya terjadi dengan sekelip mata. aku yang menjadi mangsa. hati aku terseksa. tanpa diubati, kau terus melukakan parut yang belum sembuh itu. kau tau bagaimana peritnya luka yang aku alami? tidak. kerna kau yang melukakannya. aku putus asa. kau faham dengan erti putus asa itu? sekurang-kurangnya berterus teranglah pada aku. bukannya menyakitkan lagi. kan mudah kalau begitu.. hurm. 

wahai sang angin,
aku ingin meminta,
bawalah duka ini pergi,
sesungguhnya aku tak rela begini,
menangisi nasib yang tidak pasti,
gantungnya tak bertali,
luka dihati rabak rasanya,
tapi aku pinta sekali lagi sang angin,
tolong bawa ia pergi,
sesungguhnya aku tak rela diperlakukan sebegini. :'(

love,
Natasha
Daisypath Friendship tickers