Assalamualaikum,
Harum segar bau yang menusuk ke hidungku. Aku telah pun jejakkan kaki ke kediamanku di Ampang. Rindu sebenarnya nak balik ke rumah. Namun terlalu berat pula untuk aku tinggalkan puncak. Walaupun banyak yang aku rungutkan tentang tempat itu, tapi tempat itu juga lah memberi semangat padaku.
Lots of love,
Natasha :)
Sunday, September 25, 2011
Friday, September 23, 2011
Di Malam Hari. :)
Assalamualaikum,
Hijau itu memang mengasyikkan :)
Di suatu malam yang buntu. Aku mencari ketenangan. Tapi bukan sendirian, aku berteman. Di suatu saat yang tidak pernah aku rasakan nikmat ketenangan itu yang sebenar. Di tempat hijau ini. Ya, tempat hijau ini. Aku pasti kamu mengerti. Aku yang di ketika itu gundah dan celaru melarikan diri ke arah kehijau yang ada ini. Hijau itulah tempat yang tenang bagiku. Tatkala teman menemaniku, suka dan duka mulai terukir disitu.
Tatkala aku bersendirian, mereka datang mendampingiku. Aku bahagia kerna punya mereka. Aku bahagia kerna menjadi sebahagian daripada mereka. Dalam kerunsingan pasti ada yang datang menghulurkan tangan. Itulah mereka.
Nurul Ain Asyiqin & Siti Fathehah
Andai kata hujan melanda, kamu pasti menjadi baju hujanku.
kerna kita akan sama-sama basah walau aku terlindung.
Andai kata ada yang terluka, pasti kamu menjadi pengubat redanya.
kerna kita pasti berkongsi rasa peritnya.
*Terima kasih kerna menjadi sahabat dan peneman yang setia selama ini :)
Andai tuhan menjemputku pulang, aku ingin kalian tahu bahawa aku sayang kamu berdua.
Terima kasih kerna membuatku tersenyum dengan telatah kalian.
Lots of love,
Natasha :)
Sunday, September 11, 2011
Hebat itu bukan calang-calang!
Assalamualaikum,
Hebat kan.. Saya dah tua dah. Haih. Macam tak percaya je. Haha. Tolong lahh. Opss..
Hebat kan.. Saya dah tua dah. Haih. Macam tak percaya je. Haha. Tolong lahh. Opss..
Happy Birthday Natasha Najwa :)
tak lupa juga kepada kembar saya (:
Happy Birthday Siti Fathehah, Fatin Syazana, Farah Nadiah :)
Sweet 19 kan korang.. Best sangat celebrate birthday ramai-ramai ni. Lalalalala.. saya dah tak tau nak merepek apa dah ni.. takpa lah. nanti lain kali dapat idea saya merepek lagi ye. :)
Lots of love,
Natasha :)
Saturday, September 3, 2011
Chi bi dhi bi dhi ;)
Assalamualaikum,
Satu hari yang di tunggu. Hari itu menghampiri. Ia datang menonjolkan diri. Semoga ia selamat tiba di masanya. Hai kawan, hai teman, hai gendutku. Semoga berkekalan hingga masanya ye. Sahabatmu di sini sentiasa mendoakan dirimu dan si dia hingga akhir hayat. Maaf dipinta kerna tak dapat hadirkan diri. Itu bukan disengajakan. Mungkin tiada rezeki untuk kali ini. Namun begitu, di hari yang bahagia nanti pasti akan ku hadir.
Selamat Bertunang buat sahabatku,
Siti Fathehah & Aidil Adha.
Lots of love,
Natasha.
Friday, September 2, 2011
Eh, itu dia. Dah muncul pun. :)
Assalamualaikum,
Hari yang di tunggu kini menjelma kembali. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba masanya kita meraikannya. Haih. seumpama lagu yang suka di putar di setiap corong radio. Salam lebaran diucapkan pada semua, tak lupa juga hari kemerdekaan yang ke 54. Aku rasakan seperti baru semalam aku bermimpi, hari ini telah menjadi kenyataan. Baru semalam aku berkejaran di taman, bagaikan tiada apa yang berlaku. Ramainya. Lihat, mereka bertandang ke rumah-rumah itu. Aku pun turut bergembira seperti mereka. Ziarah itu tanda ingatan pada mereka. Namun begitu, jangan pula kita lalai pada yang telah tiada. Ziarah jugalah pusara mereka, kerna kita juga bakal menyertai mereka di kemudian hari. Selamat Hari Raya! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)