Friday, October 14, 2011

Permata :)

Assalamualaikum,

Menghabiskan masa bersama rakan. Bercerita tentang dunia. Bercerita tentang hal-hal negara. Bercerita juga tentang isi hati. Isu tentang hati ini. Bertemu dan berpisah adalah satu lumrah hidup yang tak akan pernah lari. Cuma cara dan situasi yang membuatkan ia berbeza. Kadang-kadang kita tak minta pun benda tu terjadi. Tapi setiap perkara yang berlaku itu bersebab. Kita tak minta ditemukan, dan kita juga tidak minta dipisahkan. Mereka katakan padaku, Hidup ini satu perjudian. Ya memang betul! Hidup memang satu perjudian. Perjudian untuk menanggung segala risiko. Menang atau kalah itu bukan masalahnya. Kadang-kadang, manusia jatuh dengan mudah. Tapi takut untuk bangkit dah menempuhnya semula. Peganglah pada satu pepatah, "Jatuh sekali tidak bererti kita kalah, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya". Aku sendiri seringkali terjatuh. Jatuh tangga, jatuh katil dan paling parah bila jatuh hati. Mungkin dulu aku mudah tersungkur ke bumi. Tapi pengalaman telah mendewasakan aku. Aku bangkit, Aku kukuhkan kedudukan. Dan kini aku semakin stabil. Mungkin jika sang angin bertiupan, tidak lah aku goyah seperti dulu. Aku hanya mampu melihat dan memerhati saja. Apa kan daya. Nak ku capai, tinggi menggunung. :) Sayang sungguh.. Sesungguhnya aku hanya mampu tersenyum sahaja tika mereka bercerita. 




Lots of love,
Natasha :)

0 orang berkata:

Daisypath Friendship tickers