Assalamualaikum,
Coretan demi coretan dah pun tercoret. Hari ni hari yang sangat pelik, hari yang penuh dengan tanda tanya. Kadang kala aku terfikir tentang apa yang telah diperkatakan sebelum ini. Haih. mengeluh sahaja yang mampu keluar dari mulut ni. Ada sesuatu yang berlegar-legar di ruang fikiran, yang sering sahaja mengganggu aku. Bila la semuanya akan berakhir ya? Semuanya bermula dengan persoalan di antara hati. Pertemuan di antara dua hati, tiga hati dan selebihnya. Keliru? Tapi itulah yang terjadi pada aku. Keliru. Niat berkawan di salah tafsirkan. Memang aku tiada status apa-apa, tapi hatiku keras berkata belum lagi masanya. Haih. Kadang-kadang persoalan hati ini sangat rumit kan? Jendela itu seringkali menjadi tempat luahan hati aku. Kadang kala orang kata hebat. Tapi bagi aku, tidak. Hidup aku tak normal. Hidup aku penuh dengan kisah-kisah perit. Aku hanya inginkan sebuah kehidupan yang sederhana. Jangan kamu menganggap aku tidak bersyukur dengan kehidupan ini pula. Tapi ini hanya sekadar luahan hati. Aku inginkan kehidupan tanpa ada calar balar. Aku inginkan kehidupan yang sentiasa cerah dan mendung, tetapi bukan hujan. Aku hanya ingin menjadi biasa. :)
Lots of love,
Natasha :)
Tuesday, October 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang berkata:
Post a Comment