Assalammualaikum,
05 Mei 2012 - 6.35 petang
Kembalinya Mohamed Sain Bin Kawi (Atuk) kepada PenciptaNya. Aku seakan kaku seketika setelah mendapat berita sedih itu. Tiba sahaja di rumah, tak ada yang lain terlintas, hanya ingin melihat wajahnya sahaja. Titisan demi titisan gugur ke bumi. Baru semalam aku menyuapkan makanan ke mulutnya. Duduk di tepi arwah, tidak putus putus alunan yaasin dibacakan. Sayu rasa hati kehilangan orang yang tersayang. Siapalah aku hendak melawan ketentuanNya. 83 tahun berjuang di muka bumi Allah. Atuk kuat! :') Malam itu juga aku temankan atuk sehingga ke liang lahad. Aku jenguk, aku intai, sehinggalah hilang susuk tubuh itu dari pandangan. Berat rasa hati nak melangkah pergi. Tapi aku gagahkan jua. Kenangan bersama tak mungkin sesekali luput di ingatanku. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan atuk di alam barzakh. Semoga atuk sentiasa tenang disana dan tergolong dalam orang orang yang beriman. Insyallah :)

P/s : Kak long sentiasa akan doakan atuk. Insyallah. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab jaga kak long dari kecik sampai la boleh berdiri di atas kaki sendiri. Semoga kita berjumpa nanti di sana.
Lots of love,
Natasha :')
0 orang berkata:
Post a Comment