Friday, April 19, 2013

5 huruf.

Assalammualaikum,

Lama dahulu,
Berkembang mekar,
Segar.
Kemana menghilang?

Hambar kesuraman,
Pudar.
Kian layu dan bakal kering.

Berusahalah.
Jangan biar mati terkulai.
Kau mahu, maka berusahalah.
usahakanlah sebelum terlambat.



Lots of love,
Natasha. 

Tuesday, April 16, 2013

Tekan dan tekan dan tekan lagi

Assalammualaikum,

Di situ aku berdiri, memandang ke arah sana. Sendirian bertemankan sepi. Aku kaku disitu. Mengeluh. Tak siapa yang tahu rasa dihati. Kepala turut berpusing. Senada hembusan nafas dan nadi. Kalau diberi pilihan, pasti berbeza jalanku. Tapi ketentuan ilahi tak siapa berani menghalang. Aku tatap lembut. Ku genggam erat. Ku semat di dalam hati. Langkah demi langkah tersusun kemas.

Ya tuhan,
Aku mohon,
Tetapkan hatiku ini,
Kuatkan jiwa raga ini,
Aku lemah tanpamu,
Aku serahkan segala ketentuanku padamu,
Hanya kau yang tahu apa yang terbaik bagiku,

Aminn.


Lots of love,
Natasha :'(

Sunday, March 31, 2013

Kembali

Assalammualaikum,

Lama aku biarkan tempat usang ni. Bagi yang merindui, sorry la gua busy banyak kerja. :p :p :p Rasa macam dah lama sangat tinggal. Cerita pun banyak jugak yang tercicir. Aku menulis sekadar untuk meluah rasa. Rasa rindu, rasa sedih, rasa ralat. Semuanya. Janggal terasa. Nak mula dari mana? Bait bait kata mulalah disusun. 

Selama aku tinggalkan blog ni. Banyak betul dugaan yang aku terima. Dari yang di jangka sehinggalah luar jangkaan. Dari satu ke satu perenggan aku lalui. Perit, usah dikata. Ermm. Tapi dari mana mahu ku mula? 

Semester yang kulalui penuh rasa tabah, tapi kadang kadang tergelincir juga. Dari mula diuji hebat. Sepi. Tapi aku terus melangkah. Lama kelamaan muncul pula dikatanya Mak enon. Aku ikutkan saja. Sudah ku katakan dugaannya hebat. Segalanya baik pada mula, sehinggalah jatuh merudum. rebah melutut. Tuhan sahaja yang tahu ketika itu bagaimana. Hati dihujani renyaian hujan, tidak juga reda. 

Langkah demi langkah ku gagahkan jua. Ada yang menghulurkan tangan. Oh, terima kasih kerana bukakan peluang. Aku mulai gagahkan diri. Aku cuba naiki anak tangga itu. Tersekat. Oh entah mengapa. tapi masih mencuba. 

Masanya makin hampir aku rasa. Oh debaran usah la kau menjengah. Peritnya. Kini aku sampai ke penghujungnya. Aku harap aku lihat kebahagian di pangkal jalan itu. Sinar. Tuhan, tolong aku. Aku perlukan kekuatanmu. 





Lots of love,
Natasha :')

Monday, November 19, 2012

Detik nadi ;)

Assalammualaikum,

Apa khabar? Hehe. Rindu nak menulis, tapi masa sentiasa mencemburui. Cewahh! Tapi memang betul pun. Kadang-kadang dalam kepala dah set nak update blog, tapi malangnya 'Krohh Krohh' menyapa pula. Hehehe. Entry kali ni random je. Tapi tak tau nak mula dari mana.. Hurmm. How?

1st, 
Hari tu aku baru balik dari Bukit Tinggi. Lawa sangat tempatnya. Nyaman je. Memang kena lah dengan jiwa aku ni. Suka HIJAU! Ngee. Sambil sambil berderak tu, kameranya memang tak tinggallah kan.. So aku pun praktikkan lah ilmu yang ada. Dapat lah few picture yang boleh aku selit kan dalam portfolio nanti. :) Minat aku dengan kamera mungkin takkan pudar. Malah aku rasa lagi banyak yang aku nak explore pasal kamera ni. Nak nak pulak aku belajar dalam perfileman. 

Aku teringin sangat nak try join shoot yang adventure. Kalau dapat shoot style KUKUBESI ke, buat video macam CST, jadi pengarah macam KABIR ke, memang syok la. Mencabar tu sudah satu kemestian, plus aku ni perempuan beb! Tapi 'apa ada hal', gua nampak je gini, :p :p :p Hopefully, one fine day.










Semuanya tak di-edit ya :)



2nd,
Sekarang ni kan tengah trending pasal Gaza. Ya Allah, sedihnya tengok saudara islam kat sana. Mati Syahid. Titis titis air mata yang mengalir bagaikan sungai yang takkan kering. Tika kita sedang tidur nyenyak, mereka yang di Gaza sedang berjaga demi nyawa saudara saudara seagama. Allahu Akhbar! Sebak oh. Kejam sangat. Aku ada baca pasal boikot semua. Bila aku google, buat research sikit. Banyak rupanya barangan israel yang dijual kat malaysia ni. Bukan kata Mcdonald je. Tapi macam macam. 

Oh lagi satu. Aku terbaca tadi pasal bar code nak tau itu barang israel, depan tu nombor nye start 729. Tak sempat nak save tadi gambar tu. nanti kena google balik. Sedih sangat. Jadi marilah kita sama sama doakan saudara seagama kita yang ada di Gaza tu agar mereka sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dan peperangan terhadap mereka dihentikan. :'( 

3rd
Diam tak diam. Aku dah 20 tahun. So agak agak korang la kan. Soalan apakah yang acap kalinya akan disuakan? Jeng Jeng Jeng.. KAHWIN! Sekarang ni kan musim musim orang kahwin. Tambah pula, ramai bonar member lama member baru yang bertunang, yang mendirikan rumah tangga, even yang lagi muda dari aku dah jadi mak orang pun ada. 

Fitrah manusia, siapa lah yang takmau kahwin cik kiah oi. Semua nak kahwin. Tapi aku rasa macam terlalu awal untuk aku. Lambat lagi. Biarlah semuanya diaturkan olehNya. 20 tahun, aku rasa terlalu awal kut. Tak puas nikmat hidup bujang, plus aku still belajar. Nak jugak aku rasa kerja dalam bidang yang aku minat, nak jugak aku rasa sara papa & mama, nak jugak aku merasa kumpul harta sendiri. Lepas terlaksana semuanya, Insyallah. Barulah boleh nak fikir duit kahwin pula. ;) 

Nak kahwin tu tak semudah yang disangka. Tanggungjawap sangat BESAR okay. And aku pula kerja dalam bidang yang tak tentu masa. Banyak lagi masa untuk planning. Bersabarlah ye. Ganjarannya besar Allah akan beri kepada tiap tiap orang yang bersabar. Nak jadi isteri, nak jadi mak orang, nak jadi nenek, semuanya pasti, tapi biarlah masa menentukan segala. ;) 

Dah cukup panjang kut aku rasa. Hehehe. Ni lah yang jadi bila ada cerita, tapi dipendam. Sekali dimuntahkan, bapak panjang. Macam karangan SPM dah. :p :p :p 

Oh lupa nak cakap. Sekarang ni aku tengah dalam proses nak buat lagi satu blog. Nanti korang jangan lupa ye follow. Nanti kalau dah siap, aku war war kan kat sini. :)

P/s : Al-fatihah buat saudara seagama kita yang telah mati syahid. :'(


Lots of love,
Natasha :')

Monday, November 5, 2012

Kacau Bilau. -____-"

Assalamualaikum,

Hai. Lama menyepi. Memang sengaja. :p :p Kadang kadang kepala je yang rajin mengarang, tapi tangannya malas nak menekan. Hahaha. Apa khabar wahai blogku? Kesian kau, lama kena tinggal. Hehehe. Tinggal lagi satu semester je. 
Ya Allah, kau teguh kan la iman aku. Jangan main-main lagi. Kang menyesal tak sudah lagi. 
Sekarang ni semuanya bergantung pada diri sendiri kan. Mind set sila tukar check ye. Hurm. 
Awan tak indah seperti yang disangka. Maka beringat-ingat lah selalu wahai cik tasha.
Ermm. Korang doakan la supaya aku dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Moga-moga semuanya selesai dengan mudah. Aminn. 
Sekarang ni aku rasa macam main-main je. Tak tau macam mana nak stable kan kepala otak ni bagi center. Kadang-kadang sampai nak tidur malam pun duk memikir je. Bak kata hamba allah sorang ni, tak payah la duk fikir benda yang remeh. Serahkan semuanya pada Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik. Aku pun selalu je doa macam tu. Tapi kejap je relax, lepas tu fikir lagi. Haihh.
Okay, puas dah mengarut. Terima kasih wahai si tukang baca, semoga berjumpa lagi. Jangan lupa doakan saya. ;)



Lots of love,
Natasha ;)

Monday, September 3, 2012

Harta!

Assalammualaikum,

Lama rasanya tinggalkan blog ni. Kesian blog ni kan. Hehehe. Mesti korang tertanya kenapa tajuk post ni 'Harta'. Sebenarnya malam ni aku rasa macam sebak pulak. Tetiba je rasa macam tu. Nak nak pulak tak lama lagi dah nak habis belajar. Ya Allah, rasa nak mengalir air mata. Dari sekaranglah aku kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. Bak kata orang setiap perjumpaan itu pasti ada perpisahan, kan.. 

Kali ni aku nak cerita sikit. Dalam dunia ni, kita boleh kumpul sebanyak mana pun harta yang kita nak. Tapi harta yang aku ada ni tak dapat sesekali ditukar ganti dengan harta yang melambak bergunung berbukit tu semua. Harta aku yang paling aku sayang dan tak ada galang gantinya kalau hilang. 

 




Ini lah harta aku yang tiada galang gantinya kalau dibandingkan dengan harta karun yang setimpal. :)

Lots of love,
Natasha Najwa ;)

Monday, June 4, 2012

Hello June! ;)

Assalammualaikum,

Hello hello! :) Sekejapnya masa berjalan. June pun dah datang menyinggah. Dalam tak sedar, almost 2 years dah study kat UiTM. June oh june, please be nice. Semoga sepanjang bulan ni baik baik aje. Aminn. Oh, yes. Ingat lagi tak last entry aku dah janji nak upload lagi gambar gambar kan. Huhu. Gambar gambar tu dah siap. Yeayy! Even BANYAK gilerr. Hahaha. :) 

Ni gambar dari Simpang Pulai till Cameron Highland. ;)

 



to be continue...

Lots of love,
Natasha ;)


Daisypath Friendship tickers