Sunday, November 28, 2010

Lihat Ini!

cube korang tgok ni.
http://malaysia.youthsays.com/tashanajwa/frontera

Tuesday, November 23, 2010

Cerita Ini Cerita Aku!

Hello sayangku, lama tidak bertemu.
Kini aku pulang dengan hati yang gumbira. Ni yang nak story kat korang semua ni. Tertulislah sejarah dimana aku dan rakan-rakan Puncak ku berhijrah ke Pulau Pangkor setelah selesainya paper terakhir kami CTS121 ( film & television ). Huhu. Malam tu lepas isyak kitorang gerak dari puncak ke KL Sentral naik bus. Azab nye, tuhan je tau, tapi gembira berbunga-bunga hati nie, wah! tak dapat digambarkan. Kitorang pergi tu 15 orang semuanya. Sangat la syokk! Kitorang sampai je KL Sentral semua duduk lepak kat McDonald. Memandangkan ada yang kebuluran, hehe. Duduk la lepak sampai pukul 5 pagi. Sementara tu pulak, papa and mama sume datang. Lepas je mama and papa balik, Hafidz puselama 2jam, dan tiba lah kami semua di Jety Lumut! huhu. Naik feri pukul 11.15 and sampai pulau pangkorlak mai teman. Dah tu, teman ain pulak jumpa Zhafran. Pastu ada abg polis tu sibuk je kacau kitorang. Mentang-mentang lah dia pakai baju polis, kan. So sambung balik cerita, pukul 5 kitorang naik ktm, menuju ke ipoh. Seronok yang amat. Yela first time tuhh! Sampai je kat Ipoh pukul 8.45. Time tu dengan perutnye lapa, haih. Jalan-jalan cari bus nak pegy ke jety Lumut. Naik bus Roadway . ;)

Ni gamba kat dalam feri nak g P.Pangkor
Ni pun sama gamba nak pegy P.Pangkor

Nanti bersambung okayyy! ;)


Wednesday, September 22, 2010

Kata ku : kau gila!

Baru je berapa hari duk balik kat puncak ni. tak kan la nak buat hal weyh! Tak tau malu betul lah kau ni. Kan? Nak kata BODOH, pandai kut. Nak kata SELEKEH, kemas kut. Tapi aku pun tak faham kenapa kau buat perangai macam tu. Hish, buat susah hidup orang kau tau! Nama dia MR A, pandai-pandai la korang cari sendiri. Tak nak la aku cakap kau nie macam-macam, sebab muka kau BAIK sangat! Hahaha. Nasib kau la kena belasah kan. Agaknya selagi orang tak buat macam tu mesti tak kan jumpa barang aku, and kau mesti terus kan kerja terkutuk kau tu. Mesti lepas nie banyak lagi mangsa kau, kan?!

p/s : berwaspadalah kamu dengan orang yang sedemikian. Sesungguhnya tangannya sangatt panjang! haha. :)

Wednesday, September 15, 2010

Pada hari itu!

Saya suka sangat! Saya suka sangat sebab! Saya suka sangat sebab hari! Saya suka sangat sebab hari itu! Saya suka sangat sebab hari itu hari! Saya suka sangat sebab hari itu hari jadi! Saya suka sangat sebab hari itu hari jadi saya! Haih,, Penat tak? Sangat kan. 11september2010 jatuh pada hari sabtu dan ianya bersamaan dengan 2 syawal. ;)



Sekian,
Terima Kasih. ;)

Sunday, September 5, 2010

Rumah kesayangan hamba (;

"Katakan lah hanya aku dihatimu."
kata ku : ya sayang, hanya kau yang dihatiku.

Good Morning Malaysia. ;) Selamat pulang ke rumah Natasha. Sukanya hati, riang ria cornflakes. haha. Begitulah nampaknya Cik Tasha. Gembira tetap gembira, tapi assignment tetap jalan. Aduh! "Hancur hatiku, mengenang dikau." tak tau ke assignment ni nak kasi kita pandai? 'ye ke sayang?' bak kata maksu "assignment tak kan pernah habis, lepas satu, satu datang" betul tu. memang tak nak berhenti. Macam kereta api express. Tapi kereta api pun tau stop kejap tau. Kepenatan minda ku. Tolonglah, tolong sangat siapkan Natasha. Awak nak raya dengan tenang kan? So please makesure okay. Bila lah nak abis Sem ni. Kepulanganku bukannya dengan tangan kosong, tetapi membawa assignment yang bertimbun. hahaha. Bagus sangat lah tu kann.. Okay lah, udah duluan dong, bentar lagi sambungi lagi ya.

Saturday, August 21, 2010

Sangkaanku bukan begitu!

kenapa? mengapa? bagaimana?
tanda soal yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga
ianya menjadi satu persoalan yang tidak sesekali terlindas dihati.
kenapa persoalan itu tiba-tiba terjerumus ke dalam otakku?
mengapa pula timbul persoalan yang sedemikian?
bagaimana pula boleh terjadinya perkara begitu?
apakah itu suatu pertanyaan yang merumitkan?

jawapanku bagi hati ini yang tertanya.

mungkin kerana aku cemburu akan dirinya.
mungkin juga kerana aku merindukan dirinya.
mungkin kerana aku banyak dosa terhadap dirinya.
mungkin sekali aku iri hati terhadap dirinya.
mungkin juga aku terasa dengan kata-katanya.
mungkin juga aku tergolong dalam kalangan orang yang bongkak.
mungkin kerana aku mula sedari akan hati budinya.
mungkin juga aku tersilap langkah pada mulanya.

walaupun begitu banyak kemungkinan yang berlaku dalam hidupku
tidak ada lagi cara yang mampu mengembalikannya.
namun aku pasrah dan merelakannya pergi.
ku susun sepuluh jari, ku mohon ampun.
walaupun kita tidak bersua muka lagi.
namun aku tidak pernah akan melupakannya.

titik.

menjadi tanda tanya bukan?
bukan sesuatu yang pelik, tetapi..
inilah yang terbuku dihati secara tiba-tiba.
diluahkan mengikut kata isi hatiku.
aku harap dia akan membaca dan menerimanya. :)

tashanajwa (:

Wednesday, July 28, 2010

Hey! Hey! Hey!

di kala bulan mengambang malam tadi, tiba- tiba tercetuslah idea untuk aku menulis skrip, haiyooo!!! bila mau abiss laa.
Daisypath Friendship tickers