Alhamdulillah syukur pada yang maha esa. Hari ke3 puasa telah pun dilalui. Walaupun dahaga di panas terik, namun kesabaran mengharungi tetap ada. Pahala pun berganda-ganda. Syukur padaNya di atas nikmat yang diberi. Semoga kudratku masih kuat untuk mengharungi segala cabaran. Aminn.
tashanajwa.
Monday, August 24, 2009
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan.
Salam ramadhan buat semua.
Semoga amalan di bulan yang mulia ini mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Perbanyakkanlah amalan di bulan puasa agar mendapat pahala yang berlipat ganda di samping mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Wednesday, August 19, 2009
Segalanya terserah pada takdir.
SPM kini menunggu masa. Hati yang gemuruh acap kali menjelma. Jantungku bagaikan mahu runtuh berguling-guling. Namun aku hanya bertawakal dan sentiasa berdoa agar segalanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun dilanda pelbagai musibah, namun diriku tetap bangun dan berdiri semula. Tika kesusahan ataupun dalam serba kemewahan ku terima segala dugaan. Tanda Maha Esa menguji hambanya. Namun demikian rupa cobaannya, kini aku masih berdoa dan berterima kasih padaNya kerana masih bernyawa. Aku serahkan segalanya pada takdir yang ditentuka. Manusia hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Moga memperoleh kebaikan dan kesenangan di dunia dan akhirat. :)
tashanajwa.
tashanajwa.
Friday, August 14, 2009
Pulihkan lah semangat.
Ya Allah,
Sesungguhnya kau maha pengasih, kau pulihkan dan ceriakan lah kehidupan hambamu kembali. Kau kuatkan lah semangat dalam diriku agar kental dan tabah menghadapi segala ujianmu. Kau teguhkan lah juga keimanan ku terhadapmu Ya Rahman. Sesungguhnya engkau maha mendengar dan maha berkuasa. Hanya padamu tempat aku mengadu dan hilangkan segala keperitan yang telah aku lalui selama ini. Perkenankan lah doaku ini Ya Allah. Rahmatilah kehidupanku di dunia dan akhirat jua. Aminn..
tashanajwa.
Sesungguhnya kau maha pengasih, kau pulihkan dan ceriakan lah kehidupan hambamu kembali. Kau kuatkan lah semangat dalam diriku agar kental dan tabah menghadapi segala ujianmu. Kau teguhkan lah juga keimanan ku terhadapmu Ya Rahman. Sesungguhnya engkau maha mendengar dan maha berkuasa. Hanya padamu tempat aku mengadu dan hilangkan segala keperitan yang telah aku lalui selama ini. Perkenankan lah doaku ini Ya Allah. Rahmatilah kehidupanku di dunia dan akhirat jua. Aminn..
tashanajwa.
Tuesday, August 11, 2009
Wabak hypocrite.
Kenapa dengan wabak ini? Wabak yang akan menjejaskan segalanya. Ianya juga membunuh secara pelahan. Tidak percaya? Percayalah kerana ianya telah melanda diriku. Adakah menjadi kepuasan bagi orang yang seronok melihat rakan2 nya jatuh terhempas bagaikan tanpa payung keselamatan. Adakah itu satu kepuasan? Rugilah bagi dirimu yang berbuat demikian wahai teman. Sesungguhnya kamu dalam kalangan orang yang selalu kerugian. Namun segala balasan ditentukan olehNya. Tidak perlu gentar, tidak perlu berpuas hati atas segala kejayaanmu. Karma duniawi amat berkuasa. Segalanya akan dikembalikan pada kamu bagi setiap perbuatan itu. Maka bersiap sedia lah untuk menghadapi segala yang kamu telah lakukan. Sesungguhnya doa orang2 teranaiya itu doa yang termakbul. Aminn.
tashanajwa.
tashanajwa.
Thursday, August 6, 2009
Tuesday, August 4, 2009
H1N1
Seminggu di Quarantine. Terasa masa cepat berlalu. Hari ini, selasa. Sekejap rasanya bercuti, khamis yang dinanti akan muncul kembali. :)
tashanajwa.
tashanajwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)

