Tuesday, June 18, 2013

Doa buat diri aku.

Assalammualaikum,

Sudah jam 3.45 pagi, tapi mata masih tak menunjukkan tanda mengantuk. Masih lagi duduk menonton tv cerita P.Ramlee. Hidup yang dikatakan terbalik. Sekian lama tak meluah rasa disini. Aku sebenarnya masih lagi bingung tentang keadaan yang tak tahu bagaimana mahu dikata. Apa ya? Berat bebanan di bahu. Aku pasti semuanya ada hikmah. Kuatkan semangat wahai diri. Tak mengapa, hari ini mungkin kurang bernasib baik, di kemudian hari siapa yang tahu. Haihh dunia. 

Ya tuhan, 
Aku meminta padamu,
Murahkan rezeki aku,
Sihatkan tubuh badanku,
Permudahkan perjalanan hidupku,
Semoga engkau sentiasa memelihara hambamu ini.

Aminn.


Lots of love,
Natasha :')

Monday, June 17, 2013

Demi segalanya.

Assalammualaikum,

Manusia kadang alpa. Perlu disedarkan dari mimpi yang sementara. Perlu ditepuk tampar sebelum nampak yang nyata. Mungkin itu istilahnya hidup. Ada asam garam kehidupan sebagai rencahnya, baru cukup rasa. Aku mungkin tidak melatah dengan segala tindak tanduk nya. Namun aku tak pasti. Tak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Bertahan sebelum aku melangkah.

Wahai diri.
Jadilah orang yang cerdik akalnya
Jadilah orang yang tabah hatinya
Jadilah orang yang teguh peribadinya

Semoga engkau permudahkan segala.

Amin.

Lots of love,
Natasha ;)

Miliki

Assalammualaikum,

Aku punya mata
Mata aku sering memerhati
Kadangnya dari jauh
Kadangnya betul betul didepan

Aku punya telinga
Telinga aku sentiasa terbuka
Mendengar segala madah yang gembira
Mahupun yang gundah gulana

Aku punya hati
Hati aku sentiasa berkata
Kadangnya benda yang tak pernah ada di benak akal
Kadangnya pula sudah terang lagi bersuluh

Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, May 22, 2013

Seutuh kasih ikatan janji

Assalammualaikum.

Bila masa dan jarak memisahkan, maka engkau wahai manusia jangan putus meminta doa. Bila jarak menjadi kuasa, maka dekatkanlah diri dengan yang maha Esa. Namun bila masa mengambil alih tugasnya, jangan engkau leka dengan dunia. Kerna ianya hanya syurga sementara. 

Kurang lebih aku, dia lengkapkan. Kurang lebih dia, aku cuba lengkapkan. Hanya itu yang terdaya. Namun semua takkan berlaku jika tanpa usaha. Aku sedang mengenal erti hidup di dunia. Aku sedang mengenal apa kehendaknya cinta. Aku sedang mengerti apa sifatnya di dunia.

Oh Tuhan, 
Engkau yang maha berkuasa bukan?
Tolong aku tuhan,
bantu aku 
Pimpin aku
Dimana silapnya
Aku buta barangkali
Jadi aku minta
Perlihatkanlah padaku
Apa itu dunia.



Amin.



Lots of love,
Natasha :')

Friday, May 10, 2013

Saya cerita, awak baca.

Assalammualaikum & salam jumaat,

Bila agaknya kali terakhir kita bersua? Tanda tanya yang muncul buat seketika. Mengimbas memori di ingatan. Mungkin semasa ketiadaan air. Bilakah itu ya? Ermm. Awal bulan kut. Haih. Kenapa dan mengapa. Janganlah ditanya. Pasti jawapan yang terpacul 'entah'. Sukar mencari punca. Adakah ia semakin pudar. Keduanya tidak mahu perbaiki. Bukan. Masing masing mungkin kesibukan. 

Kini kita dalam kesamaran itu. Bila ia akan kembali cerah, itu aku pun tak pasti. Kau kata kau usahakan, tapi sepertinya tidak. Terkadang itu, aku rela bersendiri. Terlalu banyak yang harus difikirkan selain cerita ini. Sepi tidak bermakna hilang, sepi itu tanda memberi peluang. Cuba faham.

Saki baki perit dihati masih berbekas. Tidak tahu bagaimana cara untuk melenyapkan. Sesungguhnya aku rasa ianya tidak kuat. Bukan aku yang memadamnya. Bila difikir, dimana silapnya? Persoalan itu, hanya kau yang tahu. Mungkin juga aku sepertinya telah putus asa. Hurm. Mungkin juga. Aku tidak kesah. Selagi adanya rasa, ku turutkan jua.

Seperti yang aku pinta, pupukkanlah kembali jika tidak mahu kehilangan. Semaikanlah, hidupkanlah bait bait cinta. Sejujurnya aku tidak rasa. Mungkin satu ketika dahulu ya, tapi seperti iklan ditelevisyen, dunia semakin berubah, manusia turut berubah sama. Jika kau alpa, engkau yang tertinggal.

Jika engkau yang ku maksudkan membaca. Fahamilah sebaiknya.





Lots of love,
Natasha :)

Wednesday, May 8, 2013

Lihat jam itu.

Assalammualaikum,

jam sudah pun menunjukkan angka 4.35, dan aku masih berjaga. Ingin sekali melelapkan mata dibuai mimpi indah, tapi tidak berjaya. Apakah keserabutan ini menyebabkannya. Hurmm. Aku pun tak pasti. Letih tidak jugak reda tatkala melihat timeline yang agak semak dengan isue semasa yang tidak juga reda. Nasib la. Celaru jadinya. Alunan ayat suci bermain di pembesar suara telefon bimbit milik aku. Berdoa agar diberi ketenangan dan dipermudahkan segala jalan bagiku. Semoga dimakbulkan. Amin.



Lots of love,
Natasha :)

Saturday, May 4, 2013

Debu

Assalammualaikum, 

Buat seketika, mungkin blog usang ini berdebu. Debu debu ini buatkan nafasku sesak dan kian sempit. Oh, mungkin ada yang tertanya apa yang terjadi. Seribu tanda tanya mungkin timbul lagi. 

Terima kasih bagi yang memberi semangat. Aku cuba bangkitkan diri ini. Aku ingin sekali menghapus segala mainan dunia. Semoga tuhan tabahkan diri ini.

Oh ya, nyaris saja aku terlupa. Kepada yang rasa tersakiti, ku pohon ampun. Segala yang tertulis disini tidak sesekali ditujukan pada mereka mereka yang terasa. Ini sekadar luahan hati telus dari jiwa. 

Kepada yang menyakiti, semoga kalian menemui jalan pulang. Aku maafkan kalian. Sesungguhnya tuhan itu maha adil bukan? Tidakkah engkau takut akan kuasa yang maha esa. 

Ucapan terima kasih buat kalian yang sudi membaca. Mungkin doa buat aku semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki sudah cukup. Amin.

Sekali lagi aku ingin katakan, maaf. 




Lots of love,
Natasha :)

Daisypath Friendship tickers