Monday, June 14, 2010

cuti-cuti si anak ikan.

Makan Time!

This one time kat zoo negara. Dapat la pergi tengok animal show pukul 11 tu. Before tu, that morning hujan pulak. Yela, mane tak nye. tasha bangun pagi weyh! haha. Macam tak percaya pun ada. Almaklum la. hehe.


Dan seterusnya, pergi karaoke pulak kat wangsa walk. Yeay! Abes hilang suara den. Haih. Macam2 jenis lagu i nyanyi you. Lagu rock, slow motion, balada, rap, yang paling best DANGDUT laa. haha. Memang best lepak ramai2 time cuti nie dengan family. Dan ianya belum lagi berakhir.


Ini pula activiti dekat desa water park. Asalnya kiteorg nak pergi A'famosa, tapi xjadi pulak. Then ke sini la jawapnya. At least dapat mandi manda. Yaw! berendam macam badak je keje en. Haha. Anda rasa ini sudah tamat?



Cameron la, hehe. Dan seterusnya kiteorg pergi cameron. Dah alang2 nak balik kg tu, singgah la kejap kat cameron. Jangan jelous weyh. :) Singgah minum teh strawberry nak hilangkan penat naik bukit tu kan. Tapi nasib tak la baik sangat. Turun dari cameron tu tasha demam. Sampai la hari ni. Dapat flu, batuk, plus demam and sakit kepale. Ambik kau 1 set dapat. haha.

Thursday, June 3, 2010

2nd June 2010. :)

Yeay!
GoodBye work. Hello FreeDoom. Gonna Miss Those Moment.
Yaw, i'm gone with tears. But the tears also gone with joy.
ILoveYouKorang!!



Monday, May 31, 2010

ini itu sana sini!

Kecoh suda! haha. Tasha suda jadi pengganggur terhormat. mekacih. Plus, story terbaru. 3 bulan sudah pun berlalu. :) ANDDD, rambut pendek suda. Yeay! At last. Sukaaa,, walaupun abun mara. haha. bak kate die, 'gatal xsaba' haha. Abun, xmau mara2, nanti cepat tua. Pakwan cakap da macam Kuda padi dah ekor rambut. eleh, pawan jelous. kite ade, pakwan xde. :D

Monday, April 26, 2010

Itu ini!

Detik-detik yang pernah aku lalui sungguh berwarna-warni. Pelbagai ragam dan gelgat yang aku tempuhi. Namun apabila mengingatinya kembali, aku sering tergelak sendirian tanpa aku sedari. Masa berlalu begitu pantas, semuanya telah jauh tinggal ke belakang. Tidak ku sangka sekelip mata sahaja masa telah meninggalkan kesan. Aku merindui zaman kanak-kanak ribena ku. Mengingati zaman kenakalan, keceriaan, membuatku rasa ingin mengulanginya. Tapi sayng seribu kali sayang, masa telah berlalu, yang tinggal hanyalah kenangan. Gelak tawa bersama kawan-kawan, cerita suka dan duka yang dikongsi bersama, membuatkan ia rasa sungguh istimewa.

Tuesday, April 20, 2010

Bulat kecil, bulat besar.

Bulat kecil ke bulat besar? sama sahaja. Bulat macam roda. Bulat macam syiling. Bulat macam polo. Hehe. Bulat macam bulan. Seronok kadang-kadang boleh bertukar menjadi sedih. Sedih juga boleh bertukar menjadi satu ikhtibar. Faham tak agak-agak? Semuanya macam bentuk bulat sentiasa ditepi kiri kanan depan belakang. Jadi bersedia menghadapi segalanya. :)


tashanajwa.

Thursday, April 15, 2010

Lagu itu!

That song, yes. lagu itu yang sering kali bermain di corong radio, dan kini sering kali melekat dalam ingatan. Mahukah anda tahu? jeng3

Wednesday, April 7, 2010

Gelombang itu muncul.

Tuhan tolong nyatakan lah,
padanya tentang cinta,
adakah masih diri ku diperlukan.


Segalanya menjadi lebih rumit. Rumit dengan perasaan yang bercelaru. Apakah yang sebenar dan setulusnya hati ini mahukan? Persoalan yang pelbagai menjadi tanda tanya. Mengapa aku? Rumitnya keadaan ku kini. Dibelenggu dengan segala madah yang diungkapkan. Bukan aku tidak memberi peluang, namun hati ini sememangnya tidak boleh dipaksa. Aku diulit mimpi yang tak pernah hilang. Setiap masa memikirkan keadaan yang harus ku hadapi. Alangkah bagusnya jikalau segalanya mimpi. Namun aku masih sedar, ini semua adalah kenyataan. Hai kamu disana, dengarkan lah suara hatiku. Aku tak ingin sentiasa dibelenggu dengan tanda tanya. Masihkah perlu dipertimbangkan. Aku tidak mahu ditabur dengan persoalan yang membuatkan aku lemah. Aku tak mahu kehilang sesiapa. Aku berkawan dengan semuanya. Namun mengapa? Mengapa aku yang disalah sangka. Sesungguhnya aku tidak mahu tersalah langkah. Aku tak ingin disakiti kembali dan tak mahu menyakiti sesiapa pun. Penyataan ini sememangnya menyeksa jiwa dan ragaku. Hai tuhan ku, berikan lah aku kekuatan untuk membuat keputusan. Berikan lah aku petunjukmu agar tidak tersalah langkah. Andai hati ini memutuskan keputusan, biarlah ia yang terbaik bagi diriku. Biarlah aku tidak menghampakan sesiapa. Walau seteguh mana pun hati ini ku pertahankan, namun aku tidak dapat menyembunyikan segala kebenaran yang tersurat. Sayangku, jika engkau mendengar segalanya, pasti kau bersedih. Namun bukan niatku untuk menyakiti mu. Aku ingin menyatakan segala kesedihan yang membelenggu diriku selama ini.

Ternyata semua bicaraku,
Tersimpan di dalam hatiku,
Ternyata semua persoalan,
Tak pernah kau fikir di fikiran,
Mengapa kau masih,
Mencari kepastian dalam cinta,
Dan di sini masih,
Menanti jawapannya.



Hanya disinilah kau akan mendapat jawapan yang tulus dari hatiku.
semoga diriku mendapat pentunjuk darinya, dan semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik bagi diriku ini.
tashanajwa.


Daisypath Friendship tickers