20 julai 2009 21.00
Telah perginya insan tersayang. Embin bt Ngah Heman (maktok) telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang,Kuala Lumpur. Pemergiannya begitu mengejutkan diriku. Terlantar di hospital tanpa aku tahu. Tapi Allah swt lebih menyanyangi dirinya. Moga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang2 mukmin. Walaupun sedih, namun aku redha. 2 minggu sebelum maktok pulang keramahtullah adalah kali terakhir aku bersemuka dengannya.
Maktok, terima kasih untuk segalanya. Kami di sini akan terus berdoa. Maafkan segala kesilapan.
tashanajwa.
Monday, August 3, 2009
Sunday, August 2, 2009
Guru sebagai teman.
Ustzh Saleha & Cik Liena
Guru inilah yang seringkali membimbing tika aku rebah menghadapi ujian. Guru ini mendidik tanpa mengenal erti jemu. Itu lah tugasnya. Mendidik anak-anak bangsa yang kini telah berjaya. Guru ini juga seperti teman ku. Menjadi rakan walaupun berbeza umurnya. Tika susah dan senang, sentiasa disisi untuk membantu. Guru yang menegur kesilapanku. Dia bagaikan ibu di sekolah. Segala ilmu di dada, tetap dicurahkan demi mendidik anak-anak bangsa ini.
Untuk guru tersayang :
Cikgu, saya memang nakal kan. hehe. I'm sorry. :) tapi pegi skula memang best!
tashanajwa.
Ibu ratu hatiku.
Ibu. Wanita yang telah mengandungkan diriku selama 9bulan. Tanpa merungut sesaat pun. Ibu. Wanita yang bersusah payah menentang maut melahirkan diriku ini. Betapa perit pun, namun ibu terus berjuang demi melahirkan aku. Ibu. Wanita ini lah yang membesarkan diriku dengan penuh kasih sayang, mendidik diriku, menyekolahkan aku sehingga lah aku telah dewasa menjadi anak remaja. Ibu. Wanita yang seringkali memeliharaku seperti menatang minyak yang penuh. Tanpa bersunggut, tanpa mengharap balasan dari anak-anaknya. Dia lah ibuku. Di telapak kakinya syurgaku terletak. TAPI! Kita sebagai anak? Adakah kita melakukan pekara yang sewajarnya? Pernahkah kita memikirkan perasaan ibu setelah pengorbanan yang dia lakukan untuk kita. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan, hanya yang dia pinta menyayangi dirinya.
Untuk mama tersayang:
Ma, acha banyak dosa ngan mama. Maafkan acha. I love you ma.
tashanajwa.
Monday, July 27, 2009
Bicara Hati.
Hati yang kian meronta untuk dikeluarkan. Tapi malangnya, hanya dipendam begitu sahaja. Namun begitu, hati ini tetap menangis dan terus bersedih di dalam. Adakah itu salah diriku? Oh Tidak! keadaan menjadi seolah-olah membinggungkan. Aku yang tidak berkata menjadi taruhan percakapan mulut. Aku hanya bersabar, memendam sehingga ianya hilang kehanyutan oleh masa. Hari berganti hari, semoga ia pergi. Aku biarkan kesemuanya ditentukan ilahi. Hindarkanlah diriku dari segala petaka. Biarkan diriku sentiasa bahagia dan gembira. Aminn. :)
tashanajwa.
Saturday, July 18, 2009
Keunikan itu suatu rahmat.

Sesuatu yang unik itu adalah satu rahmat yang diberi khas untuk seseorang. Anda setuju dengan kata-kata itu? Sesungguhnya tiada yang diciptakan yang sama walaupun seiras rupa dan bentuknya. Pasti keistimewaan itu berlainan. Itulah yang dikatakan unik. Unik itu membezakan diri anda dengan orang lain. Itu memang menakjubkan. Segalanya terletak pada hati seseorang untuk membentuk keunikan dirinya supaya menyerlah.
tashanajwa.
Friday, July 10, 2009
Monday, July 6, 2009
Persahabatan.
Persahabatan. Ya! Rakan, kawan, teman, sahabat. Pelbagai ungkapan yang terungkap dari satu perkataan itu. PERSAHABATAN. itu la sebuah ikatan yang murni, suci. ikatan yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia di muka bumi. Ianya tak perlu memiliki rupa paras yang cantik semata-mata, mahupun kayanya sekaya Sultan Brunei. Namun, niat hati setiap manusia berlainan cita rasanya. Bukankah begitu anda rasa? Inilah paradoks zaman serba moden ini, suka duka dikongsi bersama. Tidak ketinggalan yang hanya dikala suka dan gembira sahaja. Setibanya musibah, tinggallah kau bersendirian sunyi tanpa sokongan. Lumrah alam semuanya berekreasi begitu. Yang jujur sehingga lah lakonan semata-mata. Tapi bagi diriku, sebuah ikatan persahabatan itu tiada tolok bandingnya dengan apa pun di dunia ini. Memperoleh ramai kawan tidak lah satu kebanggaan. Biarlah sedikit tapi menyenang dan mengembirakan hati. Kebiasaannya kini memilih rakan dalam kalangan minat yang sama. Kawan boleh mendorong kita ke puncak kejayaan, malah ada juga kawan yang mampu menyesatkan kita. Hargailah sahabat baik mu. Sahabat harta yang paling berharga selain ibu dan bapa mu.
J.E Newton pernah berkata 'Manusia sunyi kerana mereka membina tembok dan bukannya membina jambatan' .
'Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan... daripada kelompok individu beginilah munculnya kegagalan' kata Alfred Adler, Pakar Psikologi Austria.
tashanajwa.
J.E Newton pernah berkata 'Manusia sunyi kerana mereka membina tembok dan bukannya membina jambatan' .
'Ia adalah individu yang tidak berminat untuk bergaul dengan manusia lain yang akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan... daripada kelompok individu beginilah munculnya kegagalan' kata Alfred Adler, Pakar Psikologi Austria.
tashanajwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
