Monday, November 19, 2012

Detik nadi ;)

Assalammualaikum,

Apa khabar? Hehe. Rindu nak menulis, tapi masa sentiasa mencemburui. Cewahh! Tapi memang betul pun. Kadang-kadang dalam kepala dah set nak update blog, tapi malangnya 'Krohh Krohh' menyapa pula. Hehehe. Entry kali ni random je. Tapi tak tau nak mula dari mana.. Hurmm. How?

1st, 
Hari tu aku baru balik dari Bukit Tinggi. Lawa sangat tempatnya. Nyaman je. Memang kena lah dengan jiwa aku ni. Suka HIJAU! Ngee. Sambil sambil berderak tu, kameranya memang tak tinggallah kan.. So aku pun praktikkan lah ilmu yang ada. Dapat lah few picture yang boleh aku selit kan dalam portfolio nanti. :) Minat aku dengan kamera mungkin takkan pudar. Malah aku rasa lagi banyak yang aku nak explore pasal kamera ni. Nak nak pulak aku belajar dalam perfileman. 

Aku teringin sangat nak try join shoot yang adventure. Kalau dapat shoot style KUKUBESI ke, buat video macam CST, jadi pengarah macam KABIR ke, memang syok la. Mencabar tu sudah satu kemestian, plus aku ni perempuan beb! Tapi 'apa ada hal', gua nampak je gini, :p :p :p Hopefully, one fine day.










Semuanya tak di-edit ya :)



2nd,
Sekarang ni kan tengah trending pasal Gaza. Ya Allah, sedihnya tengok saudara islam kat sana. Mati Syahid. Titis titis air mata yang mengalir bagaikan sungai yang takkan kering. Tika kita sedang tidur nyenyak, mereka yang di Gaza sedang berjaga demi nyawa saudara saudara seagama. Allahu Akhbar! Sebak oh. Kejam sangat. Aku ada baca pasal boikot semua. Bila aku google, buat research sikit. Banyak rupanya barangan israel yang dijual kat malaysia ni. Bukan kata Mcdonald je. Tapi macam macam. 

Oh lagi satu. Aku terbaca tadi pasal bar code nak tau itu barang israel, depan tu nombor nye start 729. Tak sempat nak save tadi gambar tu. nanti kena google balik. Sedih sangat. Jadi marilah kita sama sama doakan saudara seagama kita yang ada di Gaza tu agar mereka sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dan peperangan terhadap mereka dihentikan. :'( 

3rd
Diam tak diam. Aku dah 20 tahun. So agak agak korang la kan. Soalan apakah yang acap kalinya akan disuakan? Jeng Jeng Jeng.. KAHWIN! Sekarang ni kan musim musim orang kahwin. Tambah pula, ramai bonar member lama member baru yang bertunang, yang mendirikan rumah tangga, even yang lagi muda dari aku dah jadi mak orang pun ada. 

Fitrah manusia, siapa lah yang takmau kahwin cik kiah oi. Semua nak kahwin. Tapi aku rasa macam terlalu awal untuk aku. Lambat lagi. Biarlah semuanya diaturkan olehNya. 20 tahun, aku rasa terlalu awal kut. Tak puas nikmat hidup bujang, plus aku still belajar. Nak jugak aku rasa kerja dalam bidang yang aku minat, nak jugak aku rasa sara papa & mama, nak jugak aku merasa kumpul harta sendiri. Lepas terlaksana semuanya, Insyallah. Barulah boleh nak fikir duit kahwin pula. ;) 

Nak kahwin tu tak semudah yang disangka. Tanggungjawap sangat BESAR okay. And aku pula kerja dalam bidang yang tak tentu masa. Banyak lagi masa untuk planning. Bersabarlah ye. Ganjarannya besar Allah akan beri kepada tiap tiap orang yang bersabar. Nak jadi isteri, nak jadi mak orang, nak jadi nenek, semuanya pasti, tapi biarlah masa menentukan segala. ;) 

Dah cukup panjang kut aku rasa. Hehehe. Ni lah yang jadi bila ada cerita, tapi dipendam. Sekali dimuntahkan, bapak panjang. Macam karangan SPM dah. :p :p :p 

Oh lupa nak cakap. Sekarang ni aku tengah dalam proses nak buat lagi satu blog. Nanti korang jangan lupa ye follow. Nanti kalau dah siap, aku war war kan kat sini. :)

P/s : Al-fatihah buat saudara seagama kita yang telah mati syahid. :'(


Lots of love,
Natasha :')

Monday, November 5, 2012

Kacau Bilau. -____-"

Assalamualaikum,

Hai. Lama menyepi. Memang sengaja. :p :p Kadang kadang kepala je yang rajin mengarang, tapi tangannya malas nak menekan. Hahaha. Apa khabar wahai blogku? Kesian kau, lama kena tinggal. Hehehe. Tinggal lagi satu semester je. 
Ya Allah, kau teguh kan la iman aku. Jangan main-main lagi. Kang menyesal tak sudah lagi. 
Sekarang ni semuanya bergantung pada diri sendiri kan. Mind set sila tukar check ye. Hurm. 
Awan tak indah seperti yang disangka. Maka beringat-ingat lah selalu wahai cik tasha.
Ermm. Korang doakan la supaya aku dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Moga-moga semuanya selesai dengan mudah. Aminn. 
Sekarang ni aku rasa macam main-main je. Tak tau macam mana nak stable kan kepala otak ni bagi center. Kadang-kadang sampai nak tidur malam pun duk memikir je. Bak kata hamba allah sorang ni, tak payah la duk fikir benda yang remeh. Serahkan semuanya pada Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik. Aku pun selalu je doa macam tu. Tapi kejap je relax, lepas tu fikir lagi. Haihh.
Okay, puas dah mengarut. Terima kasih wahai si tukang baca, semoga berjumpa lagi. Jangan lupa doakan saya. ;)



Lots of love,
Natasha ;)
Daisypath Friendship tickers