Sunday, October 2, 2011

Mimpi tidak di duga.

Assalamualaikum,

Di suatu sudut itu, aku duduk sendirian. Aku termenung, aku berfikir, aku mencari jawapan. Fikiranku kini diawang-awangan. Berkerut dahi. Titik. Aku diulit rasa bersalah. Hurmm. Keluahan yang tiada penghujungnya. Aku cuma mahu masa depanku terjamin. Itu sahaja. Aku tak mahu kepura-puraan ada terselindung di dalam dirimu. Aku tak perlukan teman lelaki. Aku hanya mahukan yang halal bagiku. Masa menentukan segalanya. Aku hanya insan yang lemah menanti dengan penuh kesabaran. Mungkin masanya belum lagi tiba.

Perhitungan antara aku dan dia sudah lama selesai. Aku tak mahu disakiti lagi. Walaupun dengan sepatah kata. Gurisan ini masih belum pulih. Janganlah engkau datang menghampiri. Mungkin nanti suatu masa bila ia benar benar sudah pulih, aku pasti akan muncul semula. Janganlah engkau beranggapan bahwa aku bongkak. Bukan, aku bukan begitu. Aku cuma perlukan masa yang sangat lama untuk bangun dan teguhkan kedudukan aku kini.

Hidup ini tak semudah yang disangka dan tak seindah yang dijangka. Namun aku tahu, disebalik kesedihan, kedukaan, kegembiraan, kemurungan itu pasti ada hikmahnya. Mungkin bukan aku jodohnya. Oleh itu janganlah engkau putus asa. Teruskan langkahmu. Teruskan perjalanan yang masih lagi panjang. Kita terlalu muda. Bekerjaya juga belum punya. Bagaimana? Nukilan ini bukan semata-mata untuk menunjuk bahwa aku lebih baik, tapi nukilan ini hanya untuk luahan hatiku. Di setiap penjuru itu pasti ada ceritanya yang tersendiri. Namun, masih ada lagi penjuru yang lain untuk dikunjungi.

Gelak tawa itu hanya pengganti duka


*kepada seseorang
Saya minta maaf andai kata menyinggung perasaan sehinggakan hadirnya duka itu. Sesungguhnya jika takdir yang ditentukan untuk bersama dia. Pasti takkan kemana. Walaupun begitu, sepuluh jari ini disusun rapat meminta ampun dan maaf sekali lagi. :)


Lots of love,
Natasha :)

0 orang berkata:

Daisypath Friendship tickers