Wednesday, July 27, 2011

Abu pergi pekan. Fullstop!

Maaf! :'(

Assalamualaikum

Salam diberi pembuka bicara, nada disusun mengikut irama. Haih, dunia.. Hari ni aku dah buat salah. Maaf kan lah hambamu ini ya tuhan. Sesungguhnya aku telah menyakiti kawan aku. Tak sengaja. Tak ada niat pun nak tengking. Manusia tak lari dari membuat kesilapan. Tekanan hidup yang dilalui sejak beberapa hari ini membuatkan aku menjadi tersekat dengan setiap perlakuanku. haih. Bersalah rasa, aku tak pernah nak tengking-tengking orang. Tekanan! :'(


p/s : sorry, tak sengaja. aku sayang kawan aku. hurm..

Lots of love,
Natasha

Monday, July 25, 2011

Semalam bukan hari ini.

Assalamualaikum

Satu demi satu dugaan yang datang. Aku redha, aku terima seadanya. Tapi tak usah kau ragut senyuman itu dari aku. Tak tahu malu ke? Hurmm.. Sedih, sebak. Air mata yang aku tumpahkan bukannya free, sakit dada dek sebab sebak jantung nak terkeluar. Hidup oh hidup. Katanya kalau tak begitu, bukan hidup namanya. Tapi pernah ke kau datang untuk membetulkannya kembali setelah kau jatuhkan aku sedemikian rupa. Pernah? Pujukan demi pujukan hati yang aku tempuhi. Tolong, boleh tak? Tolong jangan nak buat drama dah kat sini. sangat menghargai pertolongan anda. thankyou.


Lots of love,
Natasha

Sunday, July 24, 2011

Mengeluh lagiii..

Assalamualaikum

Hati berdegup kencang, seakan nafas yang tercungap-cungap dek kerna naik tangga. Hati ku yang sudah pun mula riang kembali, direntap dengan tiba-tiba. Aku terpaku. Kenapa kau. Kenapa? Apa lagi drama yang kau ingin tonjolkan di sini. Tak perlu. Kenapa kau harus menyeksa batin ku sebegini rupa. Kau datang dan pergi. Kau hadir tika aku mula meraih senyuman itu. Kau rentap dengan sesuka hati. Perlu ke? Bagaikan nadi yang terhenti buat seketika. Jantung bagaikan nak gugur ke tanah. Luka mulai rabak. Hati mula berdetik masa lampau... Kenapa??

Ya tuhan ku, sesungguhnya hanya engkau saja yang mampu menguatkan semangatku.





Terseksa sanubari,
Natasha

Hijau punya pasal!


Segalanya bermula dengan warna HIJAU 

Baju HIJAU : Ain, Aku dan Siti.
Disebabkan warna hijau, dapat pulak hadiah CD Dilarang Masuk.


Lepas dapat CD ni, dapat pulak gelaran "akak senior". Hamboiii, saya baru part 3 jerr. Takda lah tua mana pun kalau ikutkan. Tengah syok duduk makan mammi monster kat belakang, kene pulak panggil duk depat jadi model bagai. sampai lah kene duk bahan. Mak ai, tuhan saje lah tau time tu. Dengan silaunya semua. Haih. Memang penangan HIJAU betul lah hari ni. 

Lots of love,
Natasha

Friday, July 22, 2011

IF he can hear this..

I hope he can listen, i just want to tell that 


But unfortunately, he cant :'(

Ia datang kembali...

Assalamualaikum

Hari sudah pun larut malam. Mungkin sudah pun berganti siang nanti. Aku bersendirian di sudut ini. Aku mungkin tiba-tiba teringatkan dia. Namun aku masih tertanya-tanya, Mengapa perlu aku sedemikian. Bukalah mata natasha, Lihat! Dia bukan lagi milik kau. Kenapa perlu kau seksa diri. Aku tak mampu untuk menghilangkan dia dari diri aku. Terlalu manis perkenalan aku. Tapii... Lihat! Tak mungkin natasha. Jangan teruskan... Bukalah mata, lihat kiri dan kanan. Mereka menanti dan mengharapkan harapan yang benar dari engkau. Aku hanya mampu berkata-kata, dan aku tak mampu berkata-kata lagi. Hakikatnya aku tiada sesiapa untuk disayangi. Kekosongan itu sangat terasa. Kenapa semua persoalan ini silih berganti pertanyaannya. Aku sendiri tidak mengerti tentang hati ini. Kau patut buangkan semuanya. Sedarlah, tiada siapa yang sudi datang memujuk. Hati yang hancur payah bercantum kembali. Bangkitlah wahai semangat, kau perlu tabah dalam persoalan ini. Jangan pernah membiarkan dia menyakiti engkau lagi, dan lagi, dan lagi. JANGAN! Lihatlah siapa yang menantikan kau natasha. Ada, memang ada. Namun, adakah ia akan terguris lagi selepas ini?

Hapuslah air mata...


Malam bersalut air mata,
Natasha

Vice Canselor Special Program

Assalamualaikum :)
Its quite boring when the first time i heard it. But then i take this as a challange when everybody going for their holiday but i've to go to this program.

First day : Apa benda la ni? Busan laa -.-'
Second day : Group pulak. haih.
Third day : Alamak pukul berapa ni? *terbabas tidur
Forth day : Go purple, go France! nak menang punya pasal takpa lahh.
Fifth day : Its quite interesting program actually. Not bad. BIG Applause to you DR ROZY.

The conclusion is i've meet new friend from all UiTM in Malaysia, and they are different from others. Their mentality are not the same as other student. Its a big honor to work with you guys. I wonder when we can gather again as a group. Miss that moment alots. i've found that its not a bad thing if i sacrifice my holiday and meet with these wonderful people. AND now i'm also one of the VCSP Change Agent, and i'm proud to be one. :)


Lots of love,
Natasha .

Friday, July 15, 2011

Yeah, dah siap!

at last, siap jugak!

bye ...

Wednesday, July 13, 2011

Inilah erti hidup.

Assalamualaikum. :)

Hari berganti hari, tapi aku masih lagi tidak pasti dengan setiap tindakan yang aku lakukan. kadang kala aku merasakan bahwa aku lah yang paling bersalah. aku bukan menulis untuk bersimpati, aku menulis kerna aku mengenang setiap apa yang terjadi pada diriku. aku sendiri tak mengerti tentang apa kemahuan diriku yang sebenarnya. tapi kadang kala kesunyian itu pasti hadir melawat di sanubari ini. dan seketika itulah segala kerinduan datang mengamit pilu yang sedia ada. aku jemu dengan semua ini. aku mahukan hidupku yang dulu itu kembali. mungkin aku masih ada sesuatu yang belum diselesaikan. aku penat dengan semua ini. aku serik dengar kata-kata rayuan sebenarnya. aku jelik sekali mendengarnya. tapi ego ku kini ditahap yang tertinggi, tingginya melepasi tahap puncak gunung everest.

"ya tuhanku, aku mohon kuatkanlah semangat hambamu ini. aku runsing dengan 
semuanya. berilah aku petunjukmu. tunjukkan aku jalan yang benar. " Aminnn. 

Lots of love,
Natasha.

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH? kau ni merosakkan negara la bersih.

Friday, July 8, 2011

Lagu hati yang bersuara...

BANGUNLAHH!

Assalamualaikum pembuka bicara.

Ya tuhan sesungguhnya aku tidak kuat untuk menempuh dunia ini. Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala rintangan ini. Setiap yang baik itu datangnya dari engkau wahai pencipta.
Wahai bulan, wahai sang angin, wahai sang bayu, wahai sang bintang, bawalah kata hati aku yang merajuk ini hilang dari pandangan. sesungguhnya hati ini telah tertutup dan dibuku tak akan terbuka kembali. Pengalaman yang aku lalui telah mengajarku erti serik. Aku tidak sesekali aku tunduk lagi. Sedarlah wahai jasad, kau tidak diperlukan lagi dalam diri dia. Pergilah, jangan bertarung nyawa dan sia-siakan kebebasan ini. Berdoa lah agar ia akan pulih suatu hari nanti.  Namun Ya Tuhanku, jika ini yang ditakdirkan bagi diriku, aku terima Ya Allah.


Aminn..


Love,
Natasha
Daisypath Friendship tickers