Wednesday, April 7, 2010

Gelombang itu muncul.

Tuhan tolong nyatakan lah,
padanya tentang cinta,
adakah masih diri ku diperlukan.


Segalanya menjadi lebih rumit. Rumit dengan perasaan yang bercelaru. Apakah yang sebenar dan setulusnya hati ini mahukan? Persoalan yang pelbagai menjadi tanda tanya. Mengapa aku? Rumitnya keadaan ku kini. Dibelenggu dengan segala madah yang diungkapkan. Bukan aku tidak memberi peluang, namun hati ini sememangnya tidak boleh dipaksa. Aku diulit mimpi yang tak pernah hilang. Setiap masa memikirkan keadaan yang harus ku hadapi. Alangkah bagusnya jikalau segalanya mimpi. Namun aku masih sedar, ini semua adalah kenyataan. Hai kamu disana, dengarkan lah suara hatiku. Aku tak ingin sentiasa dibelenggu dengan tanda tanya. Masihkah perlu dipertimbangkan. Aku tidak mahu ditabur dengan persoalan yang membuatkan aku lemah. Aku tak mahu kehilang sesiapa. Aku berkawan dengan semuanya. Namun mengapa? Mengapa aku yang disalah sangka. Sesungguhnya aku tidak mahu tersalah langkah. Aku tak ingin disakiti kembali dan tak mahu menyakiti sesiapa pun. Penyataan ini sememangnya menyeksa jiwa dan ragaku. Hai tuhan ku, berikan lah aku kekuatan untuk membuat keputusan. Berikan lah aku petunjukmu agar tidak tersalah langkah. Andai hati ini memutuskan keputusan, biarlah ia yang terbaik bagi diriku. Biarlah aku tidak menghampakan sesiapa. Walau seteguh mana pun hati ini ku pertahankan, namun aku tidak dapat menyembunyikan segala kebenaran yang tersurat. Sayangku, jika engkau mendengar segalanya, pasti kau bersedih. Namun bukan niatku untuk menyakiti mu. Aku ingin menyatakan segala kesedihan yang membelenggu diriku selama ini.

Ternyata semua bicaraku,
Tersimpan di dalam hatiku,
Ternyata semua persoalan,
Tak pernah kau fikir di fikiran,
Mengapa kau masih,
Mencari kepastian dalam cinta,
Dan di sini masih,
Menanti jawapannya.



Hanya disinilah kau akan mendapat jawapan yang tulus dari hatiku.
semoga diriku mendapat pentunjuk darinya, dan semoga aku dapat membuat keputusan yang terbaik bagi diriku ini.
tashanajwa.


0 orang berkata:

Daisypath Friendship tickers