Monday, September 21, 2009

Hari lebaran.

Hari ini hari raya Aidilfitri. Dengan kesempatan yang diberi, saya menyusun sepuluh jari meminta ampun kepada sesiapa sahaja yang terguris hati dengan perlakuan atau percakapan dalam sengaja atau tidak sengaja. Minta halal makan dan minum. Semoga hari lebaran ini disambut dangan penuh kemeriahan. Insyallah. Bagi yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Yang kanak-kanak, janganlah bermain mercun. Nanti putus jari baru tahu. Jadikanlah hari mulia ini satu peluang untuk kita saling bermaaf-maafan selain mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia.


tashanajwa.

0 orang berkata:

Daisypath Friendship tickers